BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 2, 2008


hanya Maya! (II)

"Hanna, mengapa bermenung di jendela itu?" Saya kiam. Tidak berpaling. Lama juga Kak Eira tercegat di muka pintu kamar. Sengaja saya begitu. Kak Eira merapati tubuh kaku ini yang sejak tadi merenung sangkar terkukur. Nyanyian terkukur yang asyik mendendang keroncong bersama pasangannya. Saya tersentak. Pantas saja tangan lembut Kak Eira mendakap saya dari belakang. Senyum saya disambut jua lirik usikannya.

"Hanna rindu pada abang Johan, Kak Eira. Seminggu sudah dia di sana. Kerjanya masih berbaki banyak. Sepertinya lama lagi mahu pulang." Saya sedikit mengeluh. Helaan nafas perlahan. Kak Eira saya pandang dari sisi cuma. Dia terkerisin. Cuba mengusik saya.

"Sabarlah, sayang. Dua tiga minggu lagi pulang juga abang sayang Hanna. Hmm..mari." Kak Hanna menarik tubuh saya daripada terus melekat di tepian siku-siku jendela. "Kita solat dahulu ya. Selepas ini, Hanna boleh sambung semula Umbara Cinta itu." Saya menuruti langkah Kak Eira ke kamar ibadah. Ramai sudah menanti. Mak Kiah berhati mulia menghulur pakaian ibadah kepada saya. Sonder gerak bibir terakhir. Hanya itu saya mampu. Bungkam.

Usai bacaan doa akhir, saya masih lagi bugkam. Bingung umpama jam dinding kehabisan bateri. Tiada detik-detaknya, walau terasa nadi masih berdenyut. Ibu beranjak ke saf belakang di mana duduknya saya.
Jemari yang hampir hilang kesan merah henna ini disapa halus. "Kasihan anak ibu ini. Hanna, jangan dibawa layar rindu kamu ke tengah lautan. Ibu risau kamu akan tenggelam dan lemas. Biarlah bahtera di segara sana berlabuh tepat pada masa. Akan pulang juga dia ke dermaga kasihnya." Saya hanya melentok sayup di riba ibu. Usapan lembut ibu meresap ke ubun-ubun juga seluruh tubuh. Damai saya rasa. Walau unggun masih membara rindu saya, namun usapan kasih ibu penawar segalanya.

Saya lena akhirnya dalam usapan rindu ini.

7 lonjakan suara:

Mawar said...

Hasni
nanti boleh kabarkan kepada penulis cerpen yang judulnya ditinta di sini... seperti Aisya, bahasa sdr dijaga. seorang lagi anak murid yang cepat belajar.

syed_saiful said...

salam...
baik karya saudara..sy masih agk lemah dalam bermain dengan kata-kata, mungkin perlukan sedikit lagi pengalaman..

hasni Jamali said...

terima kasih dr.mawar.

alhamdulillah, puji kasihmu banyak membentuk karya saya. saya juga semakin terlatih menggunakan 'saya' di mana-mana.

hasni Jamali said...

salam syed...
terima kasih, pujian dari senior. saya tidak bermain dengan kata-kata tetapi hanya menyampaikan ilham dari hati. ikhlas. saya juga perlu banyak lagi pengalaman. mari menabung, baru ada 'feel'.

Chempaka Aizim said...

hasni

'feel'? saya masih menggubah 'Dia bukan Jocasta'. apa kata kita ambil feel dari kalangan kita sahaja buat masa ini? selepas ini, mana tahu dengan wang habuan dari mana-mana, kita boleh rasakan feel yang sebenar.hehe.......

hasni Jamali said...

salam aisya,
mahu saja saya dengan cadangan anda.
saya juga sudah usulkan kepada syed, hanya menanti jawapan dari dia. Ya, bila mahu mula?

Chempaka Aizim said...

wslm hasni,
jangan gusar. sebaik sahaja saya usai menggubah, akan saya kirimkan pada anda, syed dan 'shifu2' gubahan saya. asalkan ada yang sudi mengkritik, saya akan terus menulis. anda dan syed juga begitu ya?