BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 27, 2008


"janganlah macam ni, saya janji tak buat lagi. hmm, jom saya belanja ais krim kegemaran awak. Aiskrim jagung, ya..." Dia memegang telinganya. Berjanji sayang. Sengaja saya memaling wajah ke belakang. Lalu tergelak kecil. Comel rasa wajahnya.

"hmm, tak mahu." Saya sekali lagi mengulang perkataan 'tak' kepadanya. Hahaha, biar dia rasa.
walau kesalahannya tidaklah sebesar mana pun. Sengaja mahu bergurau dengannya.

"Sayang..." terpegun rasa hati. Pantas saja jemari sasanya memeluk tubuh saya dari belakang. Perlahan-lahan sekuntum bunga lili putih keluar dari celahan jarinya. Saya pula terkesima. Cepat saja layu dalam lakuannya itu. Silap mata digunakan.

"Ha, macam nilah. Senyummu...." Saya mematikan bicaranya. Sengaja. Dia juga tersenyum. Kami beriringan mengorak langkah. Saya tak mahu dipuji. Saya hanya mahu dia tahu kenyataannya begitu.

0 lonjakan suara: