BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 9, 2008


kata teman, jika aku pemaisurinya, apa pula gelaran dia di hatiku? katanya lagi, jika aku bukan miliknya, pada siapa pula dia ingin memiliki? aku bingung, tanpa kata. aku biarkan dia berbicara. katanya, jika aku tiada, ke mana dia akan bawa haluan? seraya itu dia memegang hujung lengan bajuku. Aku yang sedang sibuk menyelak helai-helai akhbar berhenti seketika. Mendongak tepat ke arah matanya, kataku pula, "Jangan ditanya tentang 'jika'...Biar saja 'jika' itu berlalu dengan setiap persoalan kamu. Ya?" Kedutan pada dahinya jelas menunjukkan keanehan yang dirasa. "Mengapa?" seraya itu aku menjawab, "Kerana, hidup kita hanya sementara. Entah esok akan ada buat kita. Siapa tahu. Jadi kita lakukan saja apa-apa yang kita rasa baik dan selamat untuk kita di dunia dan di akhirat kelak. Ya?"
Dia senyum. Aku pula yang rasa semacam. Katanya, "Maka itu, 'jika' saya tidak salah kerana saya hanya ingin tahu isi hatimu. Biar saya tenang dengan jawapan kamu. Entah esok akan ada buat saya dan dirimu juga."
Senyum. Aku berlalu dalam lenggokan hawa. Dia pula tersengih lebar. Bisikan hati ini, "Andai itu yang diminta, ya. Aku mahu." Tika itu juga aku dengar laungannya. Riang dan hebat bergema, "Hey, aku sudah tahu jawapannya! Terima kasih. Kita jumpa lagi, ya!"

2 lonjakan suara:

Anonymous said...

hi, salam mesra.

Mahu saya mencelah menambah pendapat.
Ya, jika seseorang dikurnia rasa bahawa si dia itu jodohnya, pasti sekali degup bisikan hati boleh didengar tanpa ujar di luar.
Saya pernah alaminya, dan aneh sekali melihat teman yang kini sudah saya miliki sebagai jiwa, tersenyum di saat hati saya berbisik sesuatu yang indah.

hasni Jamali said...

hi anonymous....
terima kasih sudi singgah di blog ini. Alhamdulillah, akhirnya ada juga yang faham tentang bicara saya ini. Tahniah buat anda. Semoga lebih bahagia, ya.....