BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 13, 2009

tiada lagi rasa...


pernah dahulu hatiku mencuri masuk ke ruang hatinya. aku sering beria merapatinya. Senyum tidak lekang dari bibir merah ini. adakalanya mata bersinar walau juga menempuh malam tanpa lena. Dia selalu membayangi diri, ke mana sahaja ada nafasnya. indah rasa masa itu.


sekarang pula, bicara aku seakan sepi. kurang tersenyum kerananya. atau mungkin hilang sudah seri sinar mataku, walau lena tepat pada masa. bayangnya juga sudah pergi. tiada rasa lagi. aku pula, termanggu sendiri. tidak mahu kuungkap kata sepi pada diri. kerana aku tahu, Tuhan masih ada bersamaku.


Biarlah dia tak mahu. apa daya aku, menuntut kasih yang tidak berbalas. sayang ini bukan untuknya. Rasa hati, sayang ini ada lagi di ruang yang selayaknya. yang sekian nampak tulis cinta ini.


tiada lagi rasa untuknya.

4 lonjakan suara:

Wan Nor Azriq said...

Salam,

Saya sudah lama tak melawat ukm.Ambil kursus ape di sana? Saya ada seorang rakan di sana,dia pelajar pengajian melayu.

hasni Jamali said...

salam wan nor azriQ,

saya dalam jurusan Persuratan Melayu, siapa rakan saudara? mungkin dia juga rakan saya.

terima kasih berkunjung ke ruang blog saya. selamat meneroka ya.

CikLieYzaOnline said...

aduh...
jiwang sungguh budak sorang ni..

*@t!q@h* said...

has..spe yg de kwn kt pgajian bm tu?tringin jgk nk tau...senior ke?barangkali ye...hehehehe