BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 3, 2009

tinta maaf.


akhir-akhir ini aku sering sangat terlupa. sudah bertanya, masih mahu bertanya lagi. berulang-ulang. hingga bosan si penjawabnya. maaf...

dan akhir-akhir ini juga aku sering mahu sendiri. lagi pula bila tiba waktu malam. aku tak mahu ada yang mengganggu. hinggakan aku sering mengelak untuk keluar bilik untuk menjalankan perbincangan kumpulan. maaf...

malam, waktu indah bagi aku. saat ini aku mula menekuni segala kerja, tugasan dan segala yang berkaitan. aku faham, bukan sahaja aku yang mahu begitu, namun rakan lain juga. tapi sukar bagi aku,- mengelak pertanyaan segala jemputan perbincangan. aku mohon maaf pada teman-teman yang terlibat.

maaf...

0 lonjakan suara: