BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 4, 2009

mimpi....dicium ikan.


akibat terlampau sayang mahu tinggalkan katil, aku terus lena tengah hari itu (4 Mac 2009). dalam lena aku tersenyum, dikurnia satu rasa yang sangat indah. Ya, kisah mimpi itu datang kembali, setelah lama menyepi. sambil disapa mimpi dan khayalan yang indah pada hari yang semakin petang, ada satu kisah aneh...
ya, seperti judul di atas, aku dicium seekor ikan. kisahnya begini. aku bersama insan2 khayalan, berkelah di pantai. kemudian aku ditarik ke dalam laut. jauh aku meronta. kemudian aku diselamatkan seekor ikan yang hampir mati. selepas aku diselamatkan, ikan tersebut yang mempunya mulut 4 segi (pelik)...menyuruh aku menciumnya bagi menghidupkan rakan-rakannya yang lain. dan aku dijanjikan apa-apa sahaja melalui satu permintaan. yang kelakarnya, ikan tersebut tidak sabar mahu mengucup bibir ini. dan aku masih lagi terkial-kial menggaru kepala, mahu minta apa kepadanya. kataku, "nanti-nanti. jangan cium dulu, nak fikir ni, nak minta apa ya?" berulang-ulang aku mengucap kalimah itu. sebenarnya risau dicium dengan mulutnya yang berupa 4 segi itu. lain benar rasanya. hmmm.....boleh bayang tak?

dan akhirnya, ikan itu terus mencium aku. wah, pelik sangat rasanya. dan rakan-rakan ikan itu hidup kembali. hmmm, pelik tapi itulah mimpi yang aku alami. mimpi.

tentang permintaan, aku hanya tersenyum sambil memandang insan2 tersayang dalam khayalan mimpi itu. mungkin jadi kebenaran. hanya dalam mimpi, ya.

mimpi adalah kehidupan lain bagiku. indah dan sangat cantik. ya! mari beri komen.

6 lonjakan suara:

Chempaka Aizim said...

hasni,
membaca entry awk kali ini, sy jadi teringat pada bait-bait lirik lagu dikir barat Singapura yang berkisarkan cinta puteri duyung dan nelayan tua. antara lirik yg menangkap nubari;

menyelamlah si jelita,
menyelami samudera.
ketemu si lumba-lumba,
berbisik ke telinganya.
selamatkan nelayan tua,
andainya timbul bencana.
andai biduknya dipukul gelora..

Ungu Izz Khan said...

hi...

hmm menarik mimpi tu..
hehe

terkadang ade perkara yang dijelmakan melalui mimpi..
ala2 isyarat cmtu..

ape ek?

tp yg pasti mimpi itu satu alam misteri yang ada masanya sungguh indah..
heheh

CikLieYzaOnline said...

hahahaha..
itu ada makna tersirat tu..
ekcelli,ikan tu minta dimakan..
mgkin sbb selama ni asyik mkn ayam..
heeeeeeeeee...

dia suh tambahkan protein lam bdn..
hahahahaha...

ram said...

Assalamualaikum..terpegun mendengarkan cerita tentang mimpi Hasni. Jika dari sudut Islam..Nabi Muhammad s.a.w berpesan jika kita bermimpi yang baik-baik maka selepas bangun atau tiba-tiba sahaja terjaga, mohon agar dikabulkan,sebaliknya jika mimpi itu kurang baik bagi kita, maka ludah tiga kali sebelah kiri dan doa mohon dihindarkan(isyarat sahaja,jangan sampai meludah betul-betul tau)ini yg Ram ingat dari kata-kata seorang Ustaz.kalau salah mohan ada pihak yg sudi membetulkan.hanya menyampaikan ilmu..walau sebaris ayat.

hasni Jamali said...

salam kepada kalian. terima kasih sudi memberi komen.

ilham,
wah, ada juga kaitan mimpi saya dengan kisah dalam lirik itu. namun, saya bukan puteri duyung malah bukan juga nelayan tua. ikan itu si duyung mungkin, dan saya masih puteri dalam hubungan insan2 mimpi. ya...

abang zul,
di sebalik mimpi itu, ada suatu kisah lain yang tidak has nukilkan di sini. hmmm, rahsia....segar dan mekar senyuman kami. kami? hmm....

kak liza,
mungkin juga. hari-hari makan ayam. tapi, musykil juga...ada ke sesuatu itu minta dirinya dimakan? biasanya mereka mahu melepaskan diri dan bebas. hmmm?

ram,
terima kasih ram. ya, sesungguhnya hasni harap agar mimpi indah sentiasa menjadi kenyataan. ya.

Anonymous said...

wow, just wow! i wish i had a dream similar to that, but of course not with a fish.

hahah!