BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 7, 2009

dan tangan terus menggapai.

dari UKM, kereta en.Che Lah (pensyarah Kritikan Sastera) terus memecut laju, diiringi tiga bidadari di dalamnya- dr.Mawar Shafei (pensyarah persuratan Melayu), hasni dan aisya (sahabat), destinasi kami ke DBP.
sementara menanti dr.Mawar dan en.Che Lah yang asyik bermesyuarat, aku dan Aisya merayau-rayau sekita pesta jualan buku di kedai DBP. perasaan kali pertama ke sana, teruja. melihat gelagat buku-buku sastera yang banyak, melambai-lambai untuk digapai oleh kami.
keadaan pagi itu agak lengang, hari bekerja. sangat sedikit yang hadir. seronok menjelajah kawasan yang diipenuhi dengan buku-buku. semat dalam dada, saya cintakan buku. yah!
3 buah buku yang berjaya mencuri hatiku, dan sebuah majalah yang tidak pernah tinggal dalam jadual perkiraanku seperti gambar di atas.

dan seketika lensa kamera terus merakam sekeping dua gambar kenangan di DBP.

terima kasih kepada dr.mawar dan che lah yang terus mengikut jejak langkah prof mereka terdahulu, iaitu membawa mahasiswanya ke DBP. terima kasih juga kerana menjadikan kami pelajar pilihan kalian.

dan sekian, Mari Membaca!

4 lonjakan suara:

Ungu Izz Khan said...

kanda juga suka membaca....
namun agak terbatas sekarang ini...
terkadang sedih pada buku2 yang dipandang sepi..huhu...

aku dan kehidupan said...

seronoknya kalian pergi mengembara disana ya...

hasni Jamali said...

ya, kanda.
sekian kalinya, bacaan dinda bercampur gaul antara karya kreatif dan ilmiah, maklumlah peperiksaan kian hampir.
apa2 pun ilmu itu satu galian yang perlu ditekuni. melalui buku. dan segala ilmu bantu lain. ya.

hasni Jamali said...

aku dan kehidupan:

syukur, kami diberi rezeki ke sana, setelah puas meratap rayu dengan alam di sini. :-)