BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 5, 2009

"hmm? "




Yuran kolej UKM naik

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bimbang dengan nasib mereka apabila pihak pengurusan kolej di universiti itu berhasrat untuk menaikkan yuran asrama daripada RM490 kepada RM600 bagi setiap semester bermula sesi depan.

Kenaikan yuran tersebut kini menjadi perbualan hangat di kalangan pelajar kerana mereka sudah dibebani dengan kenaikan yuran pengajian sejak tahun lalu.

Malah, kesan kenaikan yuran asrama itu akan turut dirasai oleh 4,000 hingga 5,000 pelajar baru yang dijangka memulakan pengajian mereka tidak lama lagi.

Kosmo! difahamkan, kenaikan yuran asrama itu melibatkan lapan buah kolej kediaman iaitu Kolej Ibrahim Yaakub, Datuk Onn, Aminuddin Baki, Ungku Omar, Burhanuddin Helmi, Rahim Kajai, Ibu Zain, Idris Al Marbawi, Tun Syed Nasir, Tun Dr. Ismail dan Tun Hussein Onn.

Bagaimanapun, pelajar yang menginap di dua buah kolej lagi iaitu Kolej Za'ba dan Keris Mas bakal menikmati penurunan yuran sebanyak RM90 ekoran penyelarasan yuran yang dilaksanakan oleh UKM.

Salah seorang pelajar fakulti undang-undang universiti itu yang cuma mahu dikenali sebagai Munirah mempersoalkan kenaikan yuran tersebut kerana mutu perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar masih rendah.

"Kalau dilihat dari segi keselamatan, keselesaan, kemudahan Internet masih lagi mengecewakan pelajar di sini. Kalau nak naikkan yuran pun kena pastikan semua itu dipenuhi dahulu baru pelajar tidak akan mempersoalkan kenaikan ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, kesan kenaikan yuran pengajian pada tahun lalu masih lagi dirasai oleh kebanyakan pelajar dan ditambah lagi dengan bebanan baru ini menyebabkan ramai pelajar merungut.

"Tahun lepas pelajar baru kena bayar yuran pengajian sebanyak RM750 untuk satu semester berbanding sebelum ini cuma RM550. Sekarang nak naik lagi, saya yakin ramai yang akan pening kepada," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang cuma ingin dikenali sebagai Faizal meminta pihak pengurusan universiti mempertimbangkan semula kenaikan tersebut ekoran kemelesetan ekonomi dunia yang turut melanda negara ini.

"Saya merayu kepada pihak universiti pertimbangkan keputusan yang bakal dilaksanakan itu. Kalau boleh kami juga ingin tahu perincian sebenar yuran yang dibayar pada setiap semester supaya ada ketelusan di antara pelajar dan pihak pengurusan universiti,'' katanya.

p/s: Apa komen anda sebagai mahasiswa/i UKM?

7 lonjakan suara:

- ziRa - said...

hasni....
warga KKM akn brgembira dgn brita ini...hehehe...
yuran turun...
tabah la mghdpi bebanan yuran anda..

CikLieYzaOnline said...

Sebagai seorang mahasiswa yang prihatin,saya amat bergembira kerana bulan 8 ini saya akan menjadi seekor katak hijau melompat-lompat sambil membawa bunga serta ijazah kebanggaan impian yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama.Oleh itu,sama ada yuran naik atau turun,ia hanyalah sekadar masalah sipi2 bagi saya...hahahaha(gelak bangga)

Chempaka Aizim said...

hasni,
sy tk nmpk sebarang kesanbagi saya sbb mmg sy kena byr mahal.... haizz.. tp tkpe la. tp sejajar la.. kata awk internet di tmpt awk laju kan?? tmpt sy slow. jadi mereka harus turunkan harga yuran!!! hihi

TULIS ONLINE said...

Blog yang menarik dan cantek.. :-)

Tentang isu2 kampus moh ke blog http://sarfa.blogspot.com

Terima kasih yerk...

*@t!q@h* said...

btol kata zira,warga kkm dan bakal mnjadi wrga kkm berbesar hati dengan berita ini..tapi,yela..keadilan untuk semua..kita harus menerima..berjimat-jimat ye...

Johari Rahmad said...

salam karya,

tahniah kepada anda juga kerana hasil usaha gigih anda telah membawa karya anda ke TC.

untuk cerpen, DBP menghantar RM200 dlm bentuk cek.

Puisi saya juga pernah tersiar di TC bertajuk Cinta Kimia & Sedikit Biologi.

Ayuh, teruskan semangat brkarya anda ;)

(maaf, sy tak jumpa tempat yg lebih sesuai utk meninggalkan nota selain drpd di sini :p)

afiq said...

fiq pon akan grad bulan ogos ni InsyaAllah.. ^_^

tinggal hasni n sha je la kene bayar yuran!

hehehe