BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 1, 2009

'terima kasih sahabat'





"Hanna, Mak Su faham perasaan Hanna. Walau seburuk mana pun perlakuan teman Hanna pada Hanna, jangan sesekali membencinya. Ingat kembali saat-saat dia bersama Hanna ketika Hanna dalam kesusahan dulu." Lembut tangan Mak Su membelai rambutku bersama nasihatnya yang penuh kasih itu.

"Tapi Mak Su. Hanna tak pernah sangka dia boleh buat Hanna macam ni. Sanggup dia membuat perlakuan menonjol kepala Hanna dari belakang. Dia juga mengajuk-ajuk percakapan dan perlakuan Hanna masa dalam kelas hari tu. Hanna..." aku menangis. memang aku tak pernah sangka akan perbuatannya itu. Episod luka aku bersama teman yang pernah aku gelar sahabat seakan-akan mahu hancur tika ini.

Dalam dakapan Mak Su, aku ditenangkan."Hanna, dengar cakap Mak Su ni. Biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita membalasnya. Dan jangan pernah ada perasaan benci pada dia. Kita hanya manusia biasa, Hanna. Ingat, kita masih punya Tuhan untuk kita sayang dan kepada-NYA kita mengadu. Jangan pernah ada dendam padanya. Biarlah, apa-apa pun yang teman Hanna itu mahu lakukan pada Hanna. Apa-apa yang penting sekarang, Hanna mesti tabah, dan jadikan ia suatu pengajaran. Ya."

"Mak Su." dalam sendu yang sekejap. Aku masih tidak mahu percaya akan perlakuannya. sahabat itu pernah aku sayang. sahabat itu pernah aku percaya seratus peratus. sahabat itu segala-galanya. tapi sekarang. hari itu, kejadian yang membuatkan aku sedar akan sikapnya. selama ini, kawan-kawan yang lain katakan padaku akan buruknya sikap teman itu padaku yang sering dilakukan di belakangku. namun, sukar ingin aku percaya. Dan kini terbukti, memang itu realitinya. aku bertegur sapa dengannya sewaktu berselisih di sebuah restoran. aku datang dan menyapanya. dia bersama seorang kawan yang lain. aku mempelawa seorang kawan itu, tentang sesuatu. akhirnya, dia bersuara setelah lama menyepi termasuklah pertanyaan khabarku padanya. namun nada suaranya tinggi, dan aku berlalu pergi dengan hanya melambai salam kepada kawan yang bersama dengannya. aku membawa hati yang hampa. teringat aku akan kata-kata seorang sahabatku yang lain, "Itulah Hanna, depan awak dia tu pijak semut pun tak mati!"

"Sudahlah Hanna. air mata ini, simpan untuk sesuatu yang berharga. sudah ya. yang pentig sekarang, Hanna buat baik dengan semua orang. Biarlah kepada kawan-kawan yang tidak sukakan Hanna tu. Hanna berkawan dan bersahabat dengan mereka yang mahu dan sayangkan Hanna. Ya!" Senyuman Mak Su menyejukkan hatiku yang sememangnya panas sebentar tadi.

"Terima kasih Mak Su. Akan Hanna pegang dan amalkan pesanan Mak Su itu." Gundahku disapu lembut jemari Mak Su. Hilang air mata duka itu. Aku berlalu dalam pimpinan Mak Su. kata hatiku masih ingin bersuara,

'terima kasih sahabatku. moga dirimu disenangi semua orang di sekelilingimu. dan tidak pula ada insan lain yang membuat kepadamu seperti engkau perlakukan padaku. amin.'

tinta hJ 2449: 0105

6 lonjakan suara:

afiq said...

to hasni :

tny la sha..

dia pon amik paper KP tu gax same sye aritu..hehe

ape2 pon KP ni satu paper yg pasal penyelidikan la..hehe

along said...

sahabat xsemuanya boleh dipercayai...dia hnya dtg tatkala perlukan bantuan kita @dimasa kita senang.kita perlu cari shabat yg tau ape tu makna "sahabat sejati"

hasni Jamali said...

ok fiQ, tQ....sha sayang dah bagi notanya.

hasni Jamali said...

along,

pendapat hasni, hanya teman yang benar-benar sejati di hati hasni,akan hasni gelar ia sahabat. itu prinsip hasni tentang sahabat.

baki yang lain, hasni gelarkan ia sebagai teman, kawan, dan rakan. biasa tidak lebih daripada yang istimewa.

ya.

afiq said...

wahh bukak page hasni je ade lagu indstannn..

kelas gitu..


hehe ^_^

hasni Jamali said...

to fiQ:

hmm, hindustan? maklumlah dah kacukan. wa ha ha...(mesti pasni fiQ tanya kat sha sbb tak caya.)