BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 12, 2009

detik nafasnya masih lagi berdetak, walau telah seribu duka...tercalit padanya,



di kala malam yang larut ini, aku masih belum mahu lelap.
dingin bayu bertiup, mengasak lembut ke celah-celah jenang tingkap...sambil aku didendangkan lagu "Suno Na" (dengarlah)...(hindi songs)

tangan masih sakit, aku dihimpit dalam kesesakan perut bas rapid kL 430. tak sanggup rasanya bila kenangkan peristiwa itu. namun aku masih bersyukur, kerana pemandu bas ini masih pandai menekan brek daripada meredah saja pemanduannya. kalau tak, lagi parah......(nauzubillah)

akibatnya, jam kesayanganku retak seribu dan hampir berderai kacanya. rasa sayu di hati, melihat jam pemberian yang tersayang begini rupa akhirnya. namun ia masih kejap di pergelangan tanganku walau ia sudah begitu rupa. jangan dari keretakan itu punya maksud lain dari Maha Pencipta. Jangan.

Aku akan tetap menyanyangi Jam ini, dan masa yang berdetik dari jarum-jarumnya akan membawa aku bertemu kembali bersama yang tersayang-kak kembar.

4 lonjakan suara:

along said...

pemberian 'yang tersayang' memang sesuatu yg sgt kita sayangi n kenangkan selalu.hasni,wlupn kaca jam itu retak seribu,jgn biarkan kenangan hasni pada si pemberi jga sebegitu..

hasni Jamali said...

ya, dengan izin Allah, takkan hasni lupa pada insan2 tersayang.
tidak akan hasni hilangkan kenangan2 terbaik bersama mereka, amin.

Anonymous said...

sayangnya jam dah pecah...mungkin ada rahmat disebaliknya. Bersyukur adik tak mengalami apa2 yang lebih menyakitkan. Biar jam pecah namun kenangan kita bersama seiring dengan detik jam itu....simpanlah jadi kenangan yang terindah....

hasni Jamali said...

salam kerinduan kakak.

adik rindu sangat pada kakak, adik minta maaf pasal jam tu.adik rasa sedih sangat atas perkara yang berlaku.

akak, dah 1 minggu adik di ukm, kenangan akak masih selubungi diri adik. kadang2 adik rasa sendirian. sambil memeluk baju akak. adik juga menangis,

tangisan rindu.