BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 28, 2009

kisah dia, "kenapa?"

semalam, dia menerima panggilan darinya. namun, atas desakan yang tidak mampu dia lawan, akhirnya dia matikan panggilan itu. penuh kasih mungkin panggilan itu dibuat. namun...

kenapa dia menutup panggilannya? kenapa dia seperti jauh hati dengannya? hingga kini dia masih belum mampu memberi kata utus atau membuat panggilan rindu untuknya...kenapa masih belum mampu?

ke mana hati dia untuknya? adakah dia akan menerimanya? akan dia sendiri yang menjawab segala persoalan ini. atas rasa ikhlas dan jujur.

maafkan dia wahai pemanggil semalam. akan dia cuba untuk menerima panggilanmu.

4 lonjakan suara:

anaklaut said...

salam..hj,

tq sudi singgah di anaklaut, mencoretkan bait perkataan yang sungguh bermakna pada saya..

p/s: kisah dia, "kenapa?" sangat menarik hati saya..mungkin "dia" serba salah utk meluahkan sesuatu tu..

moga allah swt memberi rahmat pada anda.:)

Ungu Izz Khan said...

seharusnya tidak begitu...

hasni Jamali said...

kalian berdua;

hati perempuan, paling sukar dimengerti, sehinggakan saya juga keliru dengan suara hati saya sendiri.

tentang dia dan dirinya.
saya juga jadi bingung. seperti dia adalah saya. dan saya mungkin juga dia.

akan saya coretkan seterusnya, mungkin pintu hati dia terbuka untuknya. mungkin....

Ungu Izz Khan said...

ya... xsabar utk tahu cerita selanjutnya..

mana tahu antara kami ada buah fikiran utk dikongsi bersama...

semoga semuanya baik-baik sahaja...