BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 18, 2009

hadirnya keluarga bonda -hanna

sekitar melangkah laju, tanpa menoleh. Gerakan terus berdegup kencang. Hanna berlari semahunya. Berlari mengejar arus dingin. Tanpa menghiraukan sekeliling. Sibuk dengan ragam tersendiri. Lari dan lari dan terus berlari. seketika matanya dipejam-pejam tatkala peluh melalui paras alis. Bunyi muzik instrumental koleksi lagu-lagu hindi ligat menutup ruang dengarnya. Langkahan semakin laju mengikut rentak lagu.

"Auch. Aduh, sakitnya!" jeritan kecil di hadapan Hanna benar-benar mengejutkan lariannya. Dia terjelepuk jatuh apabila bahunya tanpa sengaja digesel kuat oleh insan yang turut jatuh melutut.

"Emm, maaf cik. err..maaf. Saya tak sengaja." Entah salah siapa, tidak diketahui. Hanna keliru kerana terlalu asyik berlari dan mendengar lagu lalu terjatuh begitu rupa. Sedikit luka pada sikunya. Koyakan baju pada ruang siku jelas kelihatan kemerahan dan darah sedikit menitis.

"Tak...tidak mengapa. Saya yang salah. Berlari bertentang arah tanpa lihat kiri dan kanan. Saya mengejar bola itu. Terlalu seronok bermain hingga saya lupa tapak jogging ini penuh manusia berlari-lari." Dia merendah diri. Menyatakan salahnya dan cuba membantu Hanna bangun. Huluran tangannya lambat-lambat disambut Hanna. Matanya terus menangkap laju pada luka di siku Hanna.

"Awak luka ni. Mari saya papah awak ke sana." Dia menghulur tangan sekali lagi. Hanna mengerut dahi menggigit bibir menahan sakit. Sambut tangan Hanna digenggam erat sekali oleh dia.

"Kita mahu ke mana?" Hanna mula bicara setelah lama senyap memerhati tindak tanduk dia. Dengan senyuman dia terus memapah Hanna ke suatu kawasan yang penuh dengan insan-insan yang tidak pernah dilihat Hanna sebelum ini.

"Hmm, sampai pun. Hati-hati. Tunggu, saya bawakan ubat." Hanna mengikut segala arahan dia. Namun, hatinya dirusuh rasa seribu gusar. Ramai yang sibuk bertanya itu dan ini kepada dia tentang Hanna. Dia masih tekun mencari ubat yang sesuai untuk luka Hanna. Tiba-tiba datang seorang tua, mungkin bergelar nenek kepada Hanna.

"Asalamualaikum nak. Kenapa ni? Mengapa baju kamu koyak? Ada luka di siku. Kamu jatuh ya? Seorang tua yang dilihat Hanna penuh tanda tanya disambut baik dengan keramahan Hanna.

"Wa'alaikummusalam. Err..." Terhenti bicara Hanna kerana dicelah kemudian oleh dia.

"Hmm, ini ubatnya. Mari saya sapukan pada luka kamu. Oh, ya. Ini nenek saya. Kami baru saja berpindah di Villa Qaseh ini sebulan dahulu. Mahu berkelah di hujung minggu. Tidak sangka terlanggar awak hingga luka begini. Hmm, maafkan saya ya?" Dia mula bercerita tentang kisah kedatangan keluarganya di kediaman Villa Qaseh. Menurut dia, neneknya digelar Bonda oleh orang sekeliling. Di perkelahan tepi tasik buatan ini, dalam Taman Villa Qaseh, Hanna mengenali rakan dan keluarga baru. Sebuah keluarga besar. Tersenyum Hanna melihat gelagat mereka, ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil.

"Okey, dah siap. Hmm, yang sedang masak bbq itu, ibu saya. Yang sedang kipaskan makanans itu ayah saya. hmm, anak-anak kecil 3 orang itu, anak saudara saya.....(bersambung)

0 lonjakan suara: