BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 24, 2010

Puisi Untuk Abang, ‘Selamat Hari Lahir ke-16’ (25 Januari 2010)

Puisi Untuk Abang, ‘Selamat Hari Lahir ke-16’
(25 Januari 2010)


Abang,
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-16,
Selamat berjuang untuk hidup yang mendatang.

Abang,
Di hari lahirmu ini,
Kakak ingin berpesan,
Selagi ada hayat,
Ingatlah nasihat kakak ini.

Abang,
Bila kakak dah tiada,
Jagalah mak dan ayah,
Dengan penuh kasih sayang.

Abang,
Bila kakak dah tiada,
Kasihlah adik dengan selaut rasa sayang.

Tapi abang,
Sekarang kakak masih ada,
Kakak takkan biarkan abang seorang,
Sama-sama kita bahagiakan,
Mak, ayah dan adik yang kita sangat sayang.

Abang,
Ingat pesan kakak,
Bukan kakak mahu berleter,
Hanya mahu kita sama-sama hayati.

Abang,
Solat itu tiang agama,
Doa itu penyuluh suka dan duka,
Selalulah solat dan berdoa,
Moga tenang dan terang,
Jalan hidup abang.

Abang,
Sayanglah mak dan ayah,
Jangan lagi buat mereka marah,
Selagi mereka ada,
Itulah tempat abang bermanja,
Ingat masa abang ditimpa celaka,
Luka di badan sini dan sana,
Emaklah yang bersengkang mata,
Mengubati luka,
Ayahlah juga yang membawa abang,
Bertemu doktor.

Abang,
Selagi kakak dan adik ada,
Selagi mak dan ayah ada,
Abang bahagialah bersama-sama,
Lupakanlah ego dan amarah,
Janganlah lagi berlumba,
Jadilah anak dan adik yang bercita-cita,
Jadilah insan yang berguna,
Di mata dunia dan akhirat juga.

Abang,
Akhir pesan kakak,
Ingatlah,
Tidak selamanya kita di dunia,
Tiba masa,
Kita akan pergi meninggalkan dunia,
Ke mana kita selepas itu,
Hanya diri jadi penentu,
Bersama amalan yang dibina,
Ke Syurga kita mahunya.


Kakak yang sayang abang,

Hasni Jamali.

p/s: Puisi ini sempat saya deklamasikan dan jika ada yang mahu mendengar secara langsung daripada nada suara ini, bolehlah letakkan email di petak komen. Terima kasih kalian yang sudi mendengar dan menghayatinya.

2 lonjakan suara:

Murizah Mustafa said...

Zah dah dengar puisi Untuk Abang. Amat shahdu dan menyentuh perasaan ini.Luahan dan pesanan yang amat bermakna dari seorang kakak jika dihayati dengan mata hati. Cayalah Hass!!!!!!!!!!!

hasni Jamali said...

Terima kasih Zah...Moga adik has pun akan rasa yang sama. InsyaAllah. Terima kasih Zah sudi dengarkan. :)