BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

sketsa 1

"Min tak rasa malu pada kakak?"

"Malu? Kenapa pula, kak? Min sayang kakak. Min rindu kakak."

"Tapi, kakak...kakak dah banyak lukakan hati Min, kakak lukakan hati mak."

"Kak, tiada manusia sempurna dalam dunia ni kak. Alhamdulillah, kakak sekarang dah sedar akan kesalahan yang kakak lakukan dulu. Min sayang kakak."

"Min, terima kasih kerana masih menyimpan sedikit ruang untuk beri kasih dan sayang Min pada kakak."

"Kak, bukan sedikit. Tapi, banyak ruang untuk Min beri kasih dan sayang untuk kakak."

"Terima kasih Min. Tapi..."

"Tapi apa kak? Kenapa kakak bersedih?"

"Tapi...bagaimana dengan mak? Sejak kakak pulang, mak masih tidak bersuara pada kakak. Mak masih marah dengan kakak."

"hmm, takpe kak. Perlahan-lahan pujuk mak. InsyaALlah, lama-lama nanti mak sejuklah tu, ya kak. Kakak jangan risau. Min akan bantu kakak, ya."

"Terima kasih Min, terima kasih."

"Kakak ni. Dah senyum ya. hmm, jom kita keluar. Mungkin mak ada di halaman, menyapu daun kering. Boleh berbual-bual dengan mak. Mari kak."

kami berlalu menuju ke ruang halaman rumah. Sayup-sayup di tepi jalan mak sedang menyapu daun-daun kering dan mula mengumpul untuk dijadikan unggun api. Mak, adakah dia masih mahu menerima anak yang pernah melukakan hatinya suatu ketika dahulu? Ah, Min. Kakak gugup untuk berpandang mata dengan Mak. Maafkan Seen, mak. Terlalu banyak dosa ini perlu ditanggung, gara-gara tidak mendengar kata-kata mak dahulu.

Langkah yang diatur semakin perlahan. Min menoleh sayu kepadaku. Lalu dia menarik tangan ini supaya lekas menghampiri mak. Bungkam. Kesenyapan mak buat aku terus memandang tanah, tanpa aku sedar ada linang air mata yang jatuh merebak pada rekahan tanah yang tidak menerima hujan beberapa musim ini.

0 lonjakan suara: