BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 21, 2010

Berhubungan baik sesama insan

Tidak rugi mempraktikan apa-apa yang dibaca terhadap kehidupan seharian. Membaca segala ilmu yang baik. ya, ilmu itu memang baik. Jadi amalkan ia untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

sesekali entri berunsur motivasi begini, menjadikan diri lebih dekat kepada Maha Pencipta. Berbahgi ilmu sesama pembaca blog ini. Moga ada kebaikan yang dilimpahi. Amin.

beberapa klik, saya menemui bicara ini:

Tajuk: Bersangka baik sesama insan.
Dikirim oleh: Fitri Qathrunnada on 09 October, 2009, 06:24:19 PM
Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.


Antara sikap yang menunjukkan kita seorang yang berfikiran positif ialah bersangka baik dengan Allah dan orang lain atau dalam bahawa arab dipanggil husnuzzon yang mana merupakan akhlak yang terpuji dalam Islam.

bersangka baik ini perlu kerana :
- dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
- dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
- elakkan dari permusuhan sesama manusia
- jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
- menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
- semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya

Persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?
contohnya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita,
mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita,
menfitnah kita, menyusahkan hidup kita dengan memaksa kita buat macam-macam,
selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dan sebagainya.

Penyelesaianya kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.
- Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!
- cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
- sentiasa memaafkan orang lain.
- anggap semua orang sayangkan kita.
- anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
- ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan, ketabahan hati kita
- banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar)dan istighfar
- cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda
- kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam dan kesumat pulak.
- pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita.
- ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita. oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan.

begitulah, kita sama2 amalkan berfikiran positif dan bersangka baik sesama insan. Lillahitaala.

5 lonjakan suara:

Anonymous said...

baguslah awak khatam berhubungan baik sesama manusia n ajar orang yang krg ajar.

hasni Jamali said...

saudara tidak bernama,

begitulah, kita sama2 amalkan berfikiran positif dan bersangka baik sesama insan. Lillahitaala.

Anonymous said...

hasni awak sja bersangka baik dgn org coz awak tahu mana kebahagian awak bersama org yang beri awak hapi. niat satu p kalo tak ada kemesraan dan kebahagian niat hanya tinggal niatt. teruslah berbaik dgn org. memutuskan hubungan untuk beri kebahagian kat org. satu niat yang baik juga. hope paham sampai bila2.

Anonymous said...

awak tak kenal saya coz saya jauh dari awak beribu batu bahkan sudah jauh dari hati awak. kalo awak kenal pun p dah jauh dari hidup awak. hanya org dekat awak sja yang awak senang memberi kebahagian kat awak. saya nak kenalkan diri saya akak brunei. norhayati n noraini. moga ingat. wassalam

hasni Jamali said...

sepertinya perasaan dan hati dirobek-robek, luka yang dalam, apabila saudara tidak bernama ini, berkata-kata seperti ini.

Tuhan,
atas nama-Mu,
aku nantikan,
kebenaran pada yang hak.

amin.