BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 30, 2009

kasihnya banyak.




sedikit ia berkata-kata,
kerana kasihnya banyak.

sedikit ia marah,
kerana senyum dan kasihnya banyak.

sedikit ia kecewa,
kerana sabar dan kasihnya banyak.

banyak kasihnya,
dialir terus melalui kasih itu.

aksara penuh ceria,
kerana kasihnya yang banyak.

tinta hJ 1344: 3004

Wednesday, April 29, 2009

tiba-tiba... (1645: 2904)- hJ


Ibu datang. bawa tuala dan bekas mandian,"anak ibu ni kenapa masih belum mandi lagi? tengok jam tu, dah 4.16 petang! Kamu tak solat ke?"

Aku senyum, "Cuti hari ni bu. sejukla nak mandi.hihi."

"cuti-cuti juga. kebersihan perlu dijaga. sudah pergi mandi. Nanti ibu panggil Kak Long suruh mandikan Hana. Mahu?" Ugutan ibu yang sangat menggerunkan. Kak Long yang garang tu, takpelah bu.

"Okey, okey. Hana mandi sekarang. Jangan beritahu Kak Long ya bu. hihi." Aku berlalu sambil menarik tuala di bahu ibu. Bekas mandian juga, lengkap segalanya. Ibu hanya menggeleng kepala, melihat aku dan ragam semacam ini.

"wah, sejuknya! dah petang-petang macam ni baru aku nak mandi. apa nak jadilah aku ni!? ish." sambil mandi, aku sempat membebelkan diri sendiri. Mana taknya, angin petang lagi sejuk. lagi pula mandi dengan air perigi. wah, dinginnya sampai ke tulang.

tiba-tiba...

"Woi, apa mandi bising-bising ni? Kamu ya Hana? dah pukul berapa ni, baru nak mandi. Hei budak ni!?"

'alamak, suara Kak Long tu. huhu, itulah dalam bilik air pun aku nak bising. macam mana nak keluar ni? mesti Kak Long tunggu depan pintu. kalau tak pintal telinga, dia tarik kain batik aku ni. wa!!! terdera aku. macam mana ni?'

dari luar aku dengar Kak Long ketawa perlahan, 'ha ha ha'.

tiba-tiba...

"Along, meh sini tolong ibu!" suara ibu. wah, selamat aku. kedengaran kaki kakak cepat-cepat melangkah ke ruang tamu, menuju ke arah suara ibu. ada nada hampa-Kak Long mengeluh sebab tak dapat nak kenakan aku. wahaha...(riangnya hatiku)

cepat-cepat aku keluar dari kamar mandi, "Uish, sejuknya air telaga ni. Cepat pakai baju." sambil jalan ke bilik pun aku membebel juga.

kedengaran suara ibu dan Kak Long di ruang tamu menerjah masuk ke bilik persalinan. Curi dengar sikit. hehe...

"Surat apa ni bu!? wah, cantiknya sampul. bunga-bunga. meh kasi Along tengok."

"Entahla, itu yang ibu panggil Along. Ibu jumpa atas lantai, masa ibu kemas buku-buku Si Hana yang bersepah tu. Lawa tulisannya, apa isinya Kak Long. Baca, ibu nak dengar."

'eh, surat? alamak, surat cinta aku. aduh, apa nak buat ni!? wah... lagi teruk aku kena dengan Kak Long lepas ni! Nak keluar bilik, aku tak pakai baju lagi. Aduh, tak sempat nak rampas surat tu.' suara aku yang hanya terlontar dalam bisikan.

tiba-tiba...

"Assalamualaikum, ibu, Kak Long. Tengok ni, Shira bawa balik apa?" Suara dari luar penyelamat aku kali ke duanya. Terima kasih Kak Shira. dah sarung baju dan seluar. Cepat selamatkan harta tersayang aku. Lari ke hadapan.

Aku bisik lagi. takut nanti Kak Long dan ibu perasan. Mereka terus dapatkan Kak Shira. Entah apa yang dibawa balik oleh Kak Shira hingga ibu dan Kak Long nampak teruja. 'Wah, surat cintaku. Dicampak macam ni je. Ish Kak Long ni. Eh, apa Kak Shira bawa balik tu?'

Kau Pergi Tanpa Pesan. (maaf abah, ibu, kakak dan abang long)




"adik, mengapa muram ni?"

"dingin angin malam ni kak. saje mengelamun. kenapa akak keluar ni, kan akak tu hamil?"

"hmm, kakak risau tengok adik. dari tadi termenung. mari masuk. sejuk pula di luar ni."

"adik mahu duduk di taman kasih ni dulu. kakak masuk dulu, nanti adik menyusul ya?"

"hmm, tak mahulah. kakak nak teman adik. tak elok mengelamun sorang-sorang. jap lagi datang pula bayang-bayang yang tak diminta...er..."

"eh, kakak okey? itulah, mulut tu. suka sangat mengarut tengah-tengah malam ni. baby kick ya? wah, nakal ya adik baby ni. sian kat mummy. heheh."

"sakit dik. biasalah, baby ni bukan boleh tersebut perkataan yang seram-seram sikit. mula dia menendang. hmm..."

"mari kak, kita masuk. sian kakak. heheh...mari saya pimpinkan mummy baby ni."

"oh, mengusik kakak ya. hmm, cubit sekali."

"auch, sakitlah. adik gurau je. abah, ibu dan yang lain dah tido ke kak?"

"tak lagi. ada menonton tv tu. itu yang kakak keluar, cari adik. tak lengkap kalau ruang tamu tu, berkumpul ramai-ramai tanpa adik. kan?"

"kakak, hati-hati jalan tu. nanti baby tendang-tendang lagi. hehe"

"adik, kakak cakap yang lain. pandai adik tukar topik ya?"

'kak, suatu hari nanti. kalian semua kena biasakan juga hidup tanpa adik.'

"apa adik bisik-bisik ni? kakak tak dengar la. auch! baby tendang lagi. kuatnya. entah-entah baby yang dengar Mak Su dia ni."

"hmm, takde apa-apa lah kak. mari adik tolong buka kan pintu.Assalamualaikum semua. meriahnya. ada cerita menarik?"

"Ha, tuan puteri dari kayangan untuk semua. puas kakak pujuk di luar tadi. baru dia nak masuk. adik!?"

tinta hJ, 1309: 2904

tinta hJ 0443 2904








senja terus berlabuh,
merapatkan tirai santunnya.

untuk sekian kali,
dan terakhir lagi,
takkan pernah mencari,
dan perhati.

biar segalanya,
datang dengan diri,
yang membawa hajat hati,
tulus sejati.

biar ia datang sendiri.

tinta hJ.

Sunday, April 26, 2009


suasana suram,
tiada kicau burung,
alam terus sunyi.

coretan kecil: hasni Jamali

Friday, April 24, 2009

suara itu.!?


BismillahirRahmaNirahim,

'selamat pagi, hasni.'ucapan ketika bangun dari lena, beserta senyuman manis. aku.

untuk beberapa hari ini, aku terasa seperti ada yang mengekor. bukan niat aku mahu cerita tentang seram. hakikatnya, segala yang aku rasakan ini, sangat menduga akal dan hatiku.

ya, suara itu. pagi ini juga aku dengar selepas aku bangkit dari lena. suara lelaki yang sedang mengaji, dalam kebisingan bas yang lalu-lalang di kawasan berhampiran bilikku. asyik sekali, mata kupejam bagi menghayati tentang suara itu.ya, sangkaanku benar-benar berlaku. memang suara lelaki yang sedang mengaji al-Quran.

2 hari sebelum ini juga, dalam kebisingan di luar bilik, entah mengapa aku terdiam, ketika sedang berbual bersama teman serumah. "Kejap kejap. Sya, ada dengar tak? macam suara orang mengaji lah!? suara perempuan." itu tanyaku pada Sya. dia hanya diam dan menggeleng. 'aku seorang saja yang mendengar suara itu. mengapa aku? syukur, dalam kebisingan di luar, namun masih ada bayu suci berhembus nada-nada ayat suci Allah.' walau dalam hairan, aku masih lagi berdiam, cuba-cuba mendengar suara itu. Sya semakin rancak bercerita, namun aku hanya mendengar tanpa fokus yang benar. maaf sya.

malam itu, aku terdengar pula suatu suara panjang memekik, seperti meng...i, tidak mahu disebut rasanya. aku cepat menghampiri tingkap dan menutupnya rapat. lekas aku lari ke kamar syikin (bilik sahabat di sebelah bilikku) dan menyatakan perasaan gentar aku ini. namun sebelum itu, aku sempat menutup cermin tingkapnya juga. waktu itu jika tidak silap pandang, dalam jam 11 pm ke atas. Syikin memberi kata perangsang agar aku dan dia juga tidak rasa yang pelik.

dan, kini. aku masih lagi tertanya-tanya, apakah alamatnya tentang apa-apa yang aku alami sekarang ini? aku resah jika ada sesuatu yang tidak elok bakal berlaku, namun aku memohon kepada Tuhan, agar diberi ketabahan dan keselamatan untuk diriku, dan keluargaku juga sahabat saudaraku sekalian.amin.

wasalam.

Wednesday, April 22, 2009

sekali lagi di hujung Tunas Cipta. :-)





alhamdulillah, karya aku sekali lagi tersiar. Rezeki "Puisi untuk Mawar I dan II"(PUMIDII).
sebenarnya, puisi yang aku karangkan ini, khas untuk dr.Mawar Shafei apabila diminta oleh adik-adik persuratan Tahun 1. mereka mahu meraikan hari kelahiran dr.Mawar yang dikasihi pada 27 Februari.

Proses untuk meghasilkan puisi bukan mudah. aku suka menulis tidak teratur waktunya. Jika ilham mendatang, barulah segala aksara berpusu-pusu keluar dan dimuntahkan atas helaian kertas atau papan kekunci komputer riba ini.

dan PUMIDII ini juga amat rumit sekali. masa untuk serah pada mereka 2 hari. memang waktu itu aku sangat-sangat ketandusan ilham. berhelai-helai kertas habis aku conteng. segalanya tidak menjadi. akhirnya, dalam kelas PB hari rabu 26 Februari, puisi ini terhasil juga. dalam kuliah itu, aku duduk di hujung sekali, dan sekejap menyalin nota, sekejap mencoret ilham untuk puisi ini.

alhamdulillah, hasilnya aku kirimkan kepada Dr.Mawar sebagai hadiah peribadi bersama hadiah yang lain, dan aku hulurkan juga kepada adik-adik Tahun 1, dan juga aku hamparkan kepada Binda Aini (Editor TC).

alhamdulillah, bakat aku dihargai sekali lagi. terima kasih kepada pihak TC yang sudi memberi kata penghargaan juga di atas tinta warkah yang dikirimkan, dan terima kasih kerana menghadiahi Hasni majalah Tunas Cipta Mei 2009.

:-) mahu lagi menghasilkan karya untuk semua. harapnya, karya Hasni Jamali boleh diterima di hati semua. amin.

Tuesday, April 21, 2009

Kisah ini untuk kita.


"hmmm, bagaimana dengan baju warna coklat ni? nampak padan dengan warna kulit kyra...kyra. Eh, kenapa ni?" agak aneh dengan kelakuan Kyra yang sejak tadi memicit-micit dahinya, Iman seraya memegang tubuhnya yang juga hampir rebah ke lantai. Baju coklat yang dipegang terus dicampak ke ruang asalnya. Dengan dibantu pembantu butik tempat mereka singgah membeli-belah itu, Kyra dipapah ruang dalam butik itu. Kedinginan penghawa dingin membuatkan Kyra semakin mahu lelap. Dia seakan pitam.

"Kyra, kenapa ni? Kyra. Bangun!" sentakan Iman tamat di situ. Pantas Kyra dibawa ke hospital atas desakan pengunjung lain yang seketika mengerumuni kejadian itu. segalanya jadi tidak keruan. Iman juga haru dan celaru. 'Benarkah tekaannya selama ini? Kyra hamil?' Bisik hatinya berlegar-legar sewaktu menanti kata doktor yang mendiami wad kecemasan, bersama Kyra.


izinkan dinda merindu kanda.




.

Monday, April 20, 2009

ada kalanya, kita tidak mampu...namun kita masih mampu.


melawan perkara ini, namun hati sentiasa berharap, perubahan yang baik bakal berlaku. dari luahan seorang teman maya, aku tefikir sejenak, bukan. terfikir banyak. dalam katanya, dia resah, dia susah. untuk lupakan yang pahit. semakin mahu lupa, semakin dekat datangnya. bagaimana?
puas, baru ada sesal terasa. aku tunduk mendengar katanya itu. kupandang wajahnya tulus mahukan perubahan yang baik. bukan dia tidak melawan, namun cekal jiwanya masih lemah.
'ada kalanya kita tidak mampu melawan kehendak perkara itu. ada kalanya kita tidak mampu menahan keinginannya. tapi kita sentiasa diiring akal dan iman. itu dua perkara yang sering engkau ada. insyaAllah. amalmu banyak, kerap, namun imanmu saja yang masih lemah. nasihatku, pertahankanlah amal dan akalmu yang suci itu. sia-sia saja segalanya, jika keinginan yang mendesak itu kau terima. aku di sini akan membantu sadaya mampu.dan, hanya dirimu saja yang akan menngalahkan lawanmu itu.'
dia masih gamam. ada titis air yang mengalir di pipi. resahnya hilang seketika. kami berpelukan, dan ternyata dia mengatakan insaf. terima kasih juga.

pesanku pada diri juga: Ingatlah, sia-sia segala amal dan akal yang suci, jika kehendak nafsu masih tidak dapat dikawal dan dituruti. ya, kita hanya insan lemah, namun semuanya terletak pada hati yang mahukan kebaikan dan kesucian.

temanku, ada kalanya kita sangat mampu merubah segala yang tidak baik kepada baik. ada kalanya kita mampu mengolah segala kejahatan godaan keinginan yang engkau bicarakan. kita mampu.

Saturday, April 18, 2009



kerja selepas tamat peperiksaan akhir, itu! seperti gambar di atas.
wah, tak sabar mahu bergaul dengan warna-warni.
bersama lenggok jari mengalun garis, dan bentuk.

tari jemari warna warni. :-)

Friday, April 17, 2009

A bulat.


datang lagi,
menduga setiap ilmu di dada,
berbilang-bilang,
berkira-kira,
detik tibanya.

segar,
minda penuh ilmu,
mahu diluah,
bersama masa itu.

dan kejayaan,
akan digapai,
bersatu dengan hati dan semangat jaya!


A bulat : hasni Jamali


terima kasih I- kak hayati dan kak aini,

mesra bicara kita bersama,
meniti tiap kisah indah,
dalam pinjaman hidup di bumi ini.

budi kalian yang tulus,
akan sentiasa dikenang, dan dihargai,
moga Allah sentiasa bersama kalian, amin.

kenyataan,
punya kakak seperti kalian,
indah disayang,
angan-anganku untuk punya kakak,
berbalas baik di UKM ini.
alhamdulillah.

terima kasih II

rakan2 yang kugelar kakak,
di fakulti dan di rumah K4N ini,
sentiasa senang di hati,
dan terima kasih kerana,
mengindahkan impian adikmu ini.

semoga kakak-kakak riang dan riang.
bersama kenangan kita,
dalam memori antara semua. ya!

bicara hJ

pulang semula aku ke sini,
menerjah langit siang,
hingga terbentang malam yang riang.

hati walau masih di sana,
akan sentiasa hampir meniti,
tiap titis mesranya.

dan, di sini,
aku tidak lama,
menyelam dan menghirup,
sesuatu yang sejati,
untuk dibawa pulang,
menetap terus dalam hati.


ikhlas; hasni Jamali

Wednesday, April 8, 2009

dari kaca mata hati,



puisi ini bukan puisi,
hanya lafaz hati yang mencari-cari,
suatu keindahan yang tiada di sini.

renung dari hati,
ke hati,
lalu ada duri,
ada juga bukan duri.
ia madu.

terus ke sana,
tanpa menoleh,
walau mungkin,
ada panggilan yang merisik,
tanya dan soal.

dari kaca mata hati,
berlalu dan senyum.
tunduk dan hilang.

Tuesday, April 7, 2009

dan tangan terus menggapai.

dari UKM, kereta en.Che Lah (pensyarah Kritikan Sastera) terus memecut laju, diiringi tiga bidadari di dalamnya- dr.Mawar Shafei (pensyarah persuratan Melayu), hasni dan aisya (sahabat), destinasi kami ke DBP.
sementara menanti dr.Mawar dan en.Che Lah yang asyik bermesyuarat, aku dan Aisya merayau-rayau sekita pesta jualan buku di kedai DBP. perasaan kali pertama ke sana, teruja. melihat gelagat buku-buku sastera yang banyak, melambai-lambai untuk digapai oleh kami.
keadaan pagi itu agak lengang, hari bekerja. sangat sedikit yang hadir. seronok menjelajah kawasan yang diipenuhi dengan buku-buku. semat dalam dada, saya cintakan buku. yah!
3 buah buku yang berjaya mencuri hatiku, dan sebuah majalah yang tidak pernah tinggal dalam jadual perkiraanku seperti gambar di atas.

dan seketika lensa kamera terus merakam sekeping dua gambar kenangan di DBP.

terima kasih kepada dr.mawar dan che lah yang terus mengikut jejak langkah prof mereka terdahulu, iaitu membawa mahasiswanya ke DBP. terima kasih juga kerana menjadikan kami pelajar pilihan kalian.

dan sekian, Mari Membaca!

datang mendakap segara







sabtu, 4 april 2009.

Segara Teluk Kemang, Port Dickson.
bertaut rindu padamu.
hingga seluruh waktu aku dakapmu.
wajahku merah tanda sayangku padamu.
nyanyian indah terus berlalu,
dibawa pawanamu dan bayu-bayumu.

bersama teman 30,
aku datang riang,
meredah lapar air masinmu.

dan kelupas ini,
bukti segala kasihku,
padamu terus aku dakap dan kasihkan,

puas!!!


catatan segara : hasni Jamali

glosari; SEGARA = LAUT

Friday, April 3, 2009

22 januari dalam lingkungan (Januari 10-24 ~ Tikus)

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang
menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Thursday, April 2, 2009

jauh, (air mata tetap mahu mengalir)


aku mahu bicara tentang kita. semakin hari kita semakin jauh. kalau dahulu kita hanya terpisah kerana sekolah yang berlainan, kini kita jauh kerana merantau ke negeri orang. rindu saat bersama di rumah, bermesra, dan bertegang urat. hmm...(sebak pula dada rasanya).

adik dan abang,
kakak sentiasa merindui kalian,
kini kita berjauhan,
adik berkhidmat untuk bangsa,
kakak masih menggali ilmu,
abang pula berusaha menempuh masa-masa mencabarnya, PMR.

adik dan abang,
kakak rindu sangat pada kalian,
adik, bila kakak kembali bercuti di rumah, adik masih ligat menjalankan tugas,
kita sangat jarang berjumpa.
abang, tempat kakak merasa kasih adik.
walau kita tak bersama seperti dahulu,
namun kenangan kita bertiga masih terpahat dalam hati ini.

adik dan abang,
ada kalanya kakakmu ini mencuri-curi masuk ke kamar,
sembunyi tangis sendirian,
kakakmu ini penyedih,
pantang saja ada kenangan yang terusik,
pasti mahu mengalirkan air mata,
air mata gembira untuk semua.

adik dan abang,
kakak bertuah punya kamu sebagai adik-adik kakak,
kamu racun kamu juga penawar,
tatkala kakak sedang riang di rantau orang ini,
kakak akan mengenang kamu berdua,
kakakmu ini, akan sekali lagi mengalirkan air mata.

adik dan abang,
tika ini, air mata kakak mengalir lagi,
kakak rindu pada kalian,
kakakmu dengar perkhabaran tidak indah tentang adik,
dan abang, yang masih degil dan nakal.

adik dan abang,
kakakmu akan sentiasa membayangi kamu dengan kebaikan,
kakakmu akan selalu memberi nama baik buat kamu berdua,
kakakmu akan sering melengkapkan kamu dengan keindahan iman,
dan kakakmu ini,
tidak akan meminta apa-apa dari kamu.
kerana kakak yang perlu memberi dan mendoakan kebaikan kamu berdua.

adik dan abang,
kakak masih meluah rasa yang sama,
kakak rindu pada kamu,
dan hanya sedikit yang kakak mahu dari kalian,
doa, dan rindu kalian,
masih ada untuk kakak.

adik dan abang,
kakak rindu pada kalian,
walau kita jauh,
hati kita masih dekat bersama. ya.

itu harapan kakakmu, hasni.
buat adik dan abang. (air mata rindu ini masih mengalir).

Wednesday, April 1, 2009

L.a.P.a.R



luahan tika keroncong bertukar hip hop!

yeh gaana from mera dil....hihi



kiriman ini daripada sahabat saya, Shahzad Khan. Ache hai picture. Syukria.
Shahzad, mujhe maaf kartho. mera hindi bura hai. samjhe na, what i m try to say....hihi...

lagu kegemaranku buat masa sekarang....Maula Mere Maula....


Maula Mere Maula - Maula Mere Maula

Maula Mere
maula mere, maula mere, maula mere, maula mere
My God, My God, My God, My God
aankhein teri, kitni haseen
Your eyes, how beautiful
ki inkaa aashiq, mein ban gayaa hoon
That I have become their lover
mujhako basaa le, inme tu
Captivate me in them

(ishq hai
It is love
maula mere, maula mere maula mere, maula mere
My God, My God, My God, My God
ki inkaa aashiq, mein ban gayaa hoon
That I have become their lover
mujhako basaa le, inme tu
My heart says, captivate me in them


mujhse yeh har ghadi, meraa dil kahe
My heart tells me all the time
tum hi ho usaki aarzoo
You are its desire
mujhse yeh har ghadi, mere lab kahe
My lips tells me all the time
teri hi ho sab guftagoo
You are all it talks about
baatein teri itni haseen, main yaad inko jab kartaa hoon
Your speech is so enchanting, that when I remember them
phoolon si aaye, khushaboo
A scent of flowers prevails


rakh loon chhupaa ke main kahin tujhako
Let me hide you somewhere
saayaa bhi teraa naa main doon
Where your shadow can not reach
rakh loon banaa ke kahin ghar, main tujhe
Let me keep you in a house
saath tere, main hi rahoon
I will be there with you


zulfein teri, itni ghani
Your hair is so rich
dekh ke inko, yeh sochataa hoon
I think when I look at it
saaye me, inake main jiyoon
To live in them like a shadow


(ishq hai
It is love
maula mere, maula mere maula mere, maula mere
My God, My God, My God, My God
(meraa dil yahi bolaa, meraa dil yahi bola,
My heart told me, my heart told me
yaara raaz yeh usne hai mujh par kholaa
Friend, this secret has been opened up to me
ki hai ishq mohabbat, jiske dil mein
That love is in the heart of
usko pasand karta hai maulaa)
Whoever God loves

april 2009 tUNAS cIPTA



semakin segar rupa parasmu,
aduh, tidak sabar mahu milikimu,
bak bunga kembang di pagi hari,
aku juga sering menanti.

isimu tentang CInta, itu khabar dari temanku, yang sudah milikimu.
aku, bila lagi? ya, ,mahu ke sana, memilikimu, dan menekunimu.
ya!!!