25 Ogos 2008.
suatu tanda bahawa saya perlu bersedia, jangan pernah menyesal dengan keadaan hidup ini. Sesungguhnya, ketahuilah bahawa Tuhan melahirkan suatu perasaan itu bersebab. Hari ini Dia mahu saya rasa apa-apa yang belum saya rasa sebelum ini. Maka, saya perlu bersabar. Jangan mudah patah hati dengan cubaan hidup yang diberi ketika ini. Ya, saya mesti tabah. Alhamdulillah, sesungguhnya saya amat mensyukuri segala nikmat yang diberi. Amin....(tangis mengalir)
Monday, August 25, 2008
Monolog hati...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 5:15 PM 0 lonjakan suara
Monday, August 18, 2008
Pulang ke rumah...
salam buat diriku...
terasa sekejap sahaja masa yang dapat dinikmati bersama keluarga. Namun kerinduan ini tidak akan aku sia-sia kan walau hanya secangkir waktu yang dapat dihirup. Kemanisan bersama mereka sangat dinikmati setelah sebulan dan beberapa minggu aku di perantauan. Mungkin bagi yang tidak mengerti menganggap aku adalah manja, namun hakikatnya, saat bersama keluarga adalah kenikmatan dan kebahagiaan yang amat perlu.
Sedikit pilu apabila masuk ke rumah, sedikit perubahan yang berlaku. Tetapi aku masih tetap tak mahu beranjak, aku tetap bersyukur kerana keluarga masih boleh menikmati hidup di dunia ini seadanya. Aku bersyukur dan keluargaku jua begitu.
Kasihan ayah, mengerah keringat demi menanggung perbelanjaan aku di UKM ini. Kasihan emak, sering merindu aku dan adikku jua. Aku jua begitu.
Aku akan berjaya suatu hari nanti, dan membalas keringat ayah dan emak. Itulah harapan dan impian aku sebelum aku pergi dijemput ILahi.
Aku harap aku dapat membahagiakan mereka dan adik beradik ku jua. amin.....
(tertunduk sayu)
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 4:51 PM 1 lonjakan suara
Tuesday, August 12, 2008
Jalan-jalan di pesta konvo..
Sejenak melapang fikiran,
bersesak tubuh di jalanan,
bukan hendak mengada saja,
hanya sekadar menghangat mesra.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:54 PM 0 lonjakan suara
Tentang seorang tua itu...
Pengalaman melihat dunia melalui kaca mata seorang tua itu, suatu memori yang sangat perlu dinilai emosi. Rungutannya seiring dengan pergerakan bas (rapid KL), keluhnya "Jangan jadi anak derhaka, nanti masuk neraka!". Dia seperti berkata sendirian, tanpa hala tuju. Saya merapatkan cuping cuba mencuri dengar. Namun asakan lenggok gerakan bas dan bahasa yang kurang jelas membataskan segalanya. Harapan saya agar si tua ini tidak terbiar hidupnya, walau daripada pengalaman lalu yang memeritkan, biarlah diamnya nanti beralas yang patut. amin.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:31 PM 0 lonjakan suara
Monday, August 4, 2008
Seram...
Pengalaman mendengar suara makhluk-NYA yang lain itu, baru-baru ini amat mendebarkan hati. Degup jantung saya lebih hebat beroperasi di kala itu. Mendayu-dayu esak tangisnya.
Terasa lemah kaki untuk melangkah walaupun jarak antara kerusi belajar dan katil cuma sejengkal. Habis hilang semangat untuk menyiapkan segala kerja yang telah dijanjikan hati kerana semangat yang lain itu lebih hebat menerobos dalam diri. Harap biarlah suaranya sahaja yang terdengar.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 4:02 PM 3 lonjakan suara
bicara duka...
awal bicara ini, terselit seribu duka.
Jauh di sudut hati ini, aku mahu dikau mengerti, antara kita hanya sepi menanti.
Maafkan daku wahai kasih, hanya ingin kau mengerti, bahawa tiada yang tersisih lagi.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 9:56 AM 0 lonjakan suara