daun rezeki pelbagai warna,
lambangmu cukup berbeza nilai,
hari-hariku selalu memerlukanmu,
kekangan banyak menduga,
engkau hadir jarang sekali,
hanya pergi sentiasa dan berhari,
keluhan dan tangisan,
bagi diri yang lemah ini,
tiada erti bagi dirimu,
kerna yang menanti pasti,
usaha keringat perlu mendapatkanmu,
pelbagai warna,
pelbagai nilai,
engkau si daun rezekiku.
Ptsl, UKM, 9 September 2008
2 lonjakan suara:
salam hasni,
dedaun rezeki.. andai dapat saya petik dari pepohon di luar jendela, teringin benar saya menukar gantikannya dengan titisan keringat ayah yang berhempas pulas menyekolahkan saya hingga kini.
aisyah
terima kasih aisha, sudi juga meninggal sebarang dua kesan di laman hasni.
Semoga saya tidak leka dengan godaan dunia, walau asyik mengejar bahagia untuk mereka.
Post a Comment