BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 16, 2008


Hasni dan kegemarannya.

Di sini biasanya saya belanjakan masa yang lapang. Seronok membelek dan meneliti helaian-helaian setiap tinta. Saya lebih suka mengumpul antologi atau kumpulan puisi dan cerpen. Dan yang paling indah sekali menghabiskan waktu kelapangan dengan menyingkap helaian novel grafik yang paling banyak dalam koleksi saya. Gambar ini baru separuh yang berada di kamar kolej, jika di rumah, ianya bersusun serak bertingkat-tingkat. Rindu pula pada yang lain di sana.
Sahabat sejiran senantiasa datang memburu bahan bacaan baru daripada saya. Setiap bulan pasti. Ada kalanya, saya menyembunyikan yang terbaru di dalam kotak rahsia, bimbang dirampas kerana belum sempat membacanya. hahaha...kepada sahabat, maaf ya.
Inilah perpustakaan mini saya di kamar K4N!

6 lonjakan suara:

eLLa said...

assalammualaikum..
Terima kasih atas kunjuangan saudari ke blog saya. Terima kasih juga di atas nasihat saudari. Namun mungkin saudari tidak faham takrifan sunyi dalam dairi hidup saya. ya.. insyaAllah akan saya kongsi bersama saudari. Kumpulan cerpen dan puisi.. memang menarik. Saya harap semoga saya akan menjadi senarai rakan saudari yang turut mengejar bahan bacaan baru yang saudari himpunkan. Semoga berjumpa lagi...

saya manis said...

himpunan ilmu sememangnya menjadi kegemaran seseorang. saudari boleh menghasilkan cerpen yang bertemakan pakar-pakar ilmu dalam koleksi buku saudari. jadikan gedung ilmu satu bacaan yang amat brharga, himpunan buku itu umpama himpunan ilmuan dalam minda kita..

syed_saiful said...

ilmu sebagai harta yang bernilai dari wang ringgit, namun apakah maknanya ilmu kalau kita tidak hargainya..

Lily Haslina Nasir said...

Terima kasih kerana singgah dan menyapa di blog kak lily. Singgah-singgahlah selalu. InsyaAllah, akak akan bertandang di sini utk menumpang baca catatan adik.

syed_saiful said...

salam
terima kasih atas coment saudari,
bagi saya kematian itu mungkin satu nikmat, sebagai alat untuk menamatkan penderitaan. cuma, apa yang penting kita haruslah bersedia untuk menempuhinya dengan bekalan dan tidak harus gusar dengan kematian kerana kematian itu pekara yangf pasti akan terjadi

Salina Ibrahim said...

Salam adik,
Alhamdulillah, senang sekali melihat anak-anak remaja yang 'ketagih' pada bahan bacaan. Selamat ya.