Roti, santapan malam hari saya. Kebelakangan ini daun rezeki saya tidak seberapa banyak. Alhamdulillah, masih ada baki-baki gerincing yang boleh saya tukar dengan rezeki ini.
Hmm, tidak sekali saya mahu merungut apatah lagi menyesal. Menjadi perantau begini memang seronok. Bila lagi mahu berdiet. Itu kata hati saya.
Apa-apa pun syukur yang tinggi saya panjatkan pada Ilahi, kerana memberi saya masa untuk berasa insaf dan rendah hati.
Tidak mahu saya menjadi bongkak dengan hari-hari disuap yang enak, hingga berat mengingati-NYA. Nauzubillah!
Tuesday, November 4, 2008
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 7:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 lonjakan suara:
memang benar kata saudara, saya juga merasainya..hdup di perantauan membuatkan kita menghargai apa yang kita miliki..termasuklah nilai yang ada pada "skeleng"..
sdr hasni,
jangan terlalu berdiet ok! waktu peperiksaan perlukan banyak tenaga. jangan sampai biarkan perut berkeroncong di tengah dewan bisu!
Syed dan Aisya.
Saya masih teruja dengan idea kita bertiga. Ilham dalam benak sudah mahu meleleh keluar. Sudah saya sekat dengan fikirkan exam final ini. hehehe.
Ya, ini suatu diet yang baik. Jika tidak berbuat begitu, dari mana pula saya mahu tarik helai daun rezeki. hanya yang tinggal kepingan perak saja. InsyaAllah, masih boleh bertahan.
hasni,
untuk pengetahuan sdr, sy terus menggubah walau dalam kebisingan ulangkaji ujian. jangan gusar, jika syed tidak mahu ikut serta, saya akan berada di belakang sdr, sama-sama menongkah segara penulisan. yang penting sekarang, tumpukan pada peperiksaan!
ya aisya,
pagi ini tertulis sudah suatu kisah di ruang puisi saya. 'Resepi Kasih' judulnya.
sayang kanda,
masih setia dengan hijaunya...
J.
hasni,
saya pastikan kwan sy tak akan lari!hehe
santapan makanan hasni sememangnya amat bererti kan? syukuri nikmat yang diberi..
ya, alam nukilan kreatif.
sesungguhnya, ia banyak membantu saya memberi tenaga. alhamdulillah.
J. siapa awak? jangan tinjau saya dari jauh saja. bimbang ada gelagat saya yang perlu dikawal nanti. muncullah dengan senang hati.
Post a Comment