Albi Nadak by Fares
Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek
hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak
Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek
hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
Translated into Bahasa Melayu
Albi Nadak by Fares
Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu
Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu
Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu
Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya
Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu
Saturday, February 28, 2009
LIRIK ALBI NADAK
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 2:44 PM 10 lonjakan suara
Friday, February 27, 2009
albi nadak...(seruan hatiku)
dan dia, jangan pergi lagi....wahai kasih. setialah bersama jiwa dan ragaku. di sini, dan di syurga pasti.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 2:08 PM 0 lonjakan suara
Monday, February 23, 2009
aku dengan diri, dan lain-lain.
mahu luahkan segala yang terpendam. malam dan berlalunya hari dengan kebingungan. terlalu kasar untuk dikatakan 'bangang'. biar saja bingung. kuasa, hanya pada nama. tiada langsung rasa tersirat. yang tersurat tetap meniti di tiap bibir-bibir palsu. bosan dengan mainan janji manis. terjelepuk dalam pangkuan sendiri. apabila air mata tiba masa untuk mengalir. itu saja pengubat duka dan perit hati. yang lain-lain masih sinis dan meluah kata palsu. sangat bingung. dan tetap begitu, entah bila akan kesudahannya, menanti malam itu berakhir. (hampa)
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 1:09 PM 2 lonjakan suara
Saturday, February 21, 2009
sulaman kasih...alhamdulillah, menjadi.
alhamdulillah, hasil tunjuk ajar mak, aku berjaya juga menyulam manik dan labuci ini. hmm, lawa juga. hehe...(puji sendiri)...sekarang baju lama bertukar wajah, nampak baru dan segar... 1 hari 1/2 aku ambil masa untuk jahit manik dan labuci ni di bahagian lengan. kedua-duanya. berbaloi, sampai lupa nak makan. tak rasa lapar langsung. tapi bila dah siap, perut memberontak tanda lapar. wah,...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 8:44 PM 6 lonjakan suara
Monday, February 16, 2009
'Selamat hari lahir', mak....
Dalam sendu aku berlari,
Mencari cahaya darimu ibu,
Aku tersenyum,
Tatkala rindu dan kasihku berbalas,
Dari kasih dan sayangmu.
Ibu yang kukasih,
Senantiasa dekat dalam hati,
Walau aku jauh di rantauan,
Iringan doa tidak pernah lekang dari bibir,
Hanya untuk ibu tersayang.
Dan ibu,
Aku senantiasa mengharap belas kasihmu,
sentiasa untukku dan juga adik-adik,
anak-anakmu yang manja.
Ibuku sayang,
Ucap maaf kami hulurkan,
Andai kami pernah melukakanmu,
Lafaz ampun kami hulurkan,
Andai duka sering tercalit di hatimu,
Hanya kami inginkan,
Bahagia buatmu sentiasa,
Dan ucap kata,
'Selamat Hari Lahir' buat ibu,
Mak tersayang.
hasni, hasniza dan hazren Jamali.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:36 AM 6 lonjakan suara
Sunday, February 15, 2009
bakal hari yang dinanti
"Esok saja, boleh ya bu! satu hari saja. hmm..." kayra memujuk. bulat matanya meminta simpati dari ibu tersayang.
ibu hanya merenung matanya. cuba mengomel lembut. lalu bibir ibu mengukir senyum paling manis. kayra tunduk dan juga tersenyum sipu.
"terima kasih ibu. kayra janji akan jaga diri. sayang ibu." kayra menyalami ibu. hangat dan kejap ucap salamnya.
ibu pula masih merenung matanya. sukar untuk melarikan pandangan. hati ibu penuh kasih. hanya kayra teman manja ibu....
dan akhirnya kayra ke sana jua. melepaskan erat genggaman salamnya. ibu akur dan kekal tersenyum. senyum untuk kayra si manis itu....
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 10:18 PM 0 lonjakan suara
Wednesday, February 11, 2009
jalan-jalan dan borong di PC FAIR....
seusai solat maghrib, aku mula menyusun langkah ke Dewan Gemilang, letaknya tapak jualan atau pesta IT...aku p dengan syikin. aku tunggang motor Tok. tQ tok, bagi pinjam motor....hehehe...seronok juga bawa motor ni. lama dah tak tunggang motor. hmm, rindu pada motor yamaha di rumah...cup cup..mwahhhhh.
hasil merayau di PC Fair tadi, banyak juga berhabis...apa-apa pun syukur sangat, apa yang aku idam-idamkan dapat dibeli. aku beli speaker, headphone dan pengalas keyboard (jenis getah)..
wah, pulang je...terus pasang speaker, sangat seronok main Need For Speed, Counter Strike dan FIFA...VrooMMmmmmm.....BAng bang, trRRR tRRrrrr.....GOLlllllllllllllllllll!!!! hehehe....
pasang lagu bollywood, dan lagu-lagu Melayu yang indah. alhamdulillah...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 10:25 PM 2 lonjakan suara
Tuesday, February 10, 2009
dari kekasih untuk kekasih...
dan semalam, apabila dia datang membawa khabar...
kekasihnya amat senang dan menebarkan senyuman memanjang.
bersama harum bunga dan hijau daun, pawana datang menyeri lagi suasana.
kekasih itu membawa khabar yang enak. sama-sama disantap keasyikan itu bersama sang kekasihnya.
dan apabila menjelma sang bayu lagi, dedaun hijau dan harum bunga masih menyeri dan menebarkan wangian itu. terus resap bersemadi...
dalam diri, hanya dari kekasih untuk kekasih.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 10:36 AM 7 lonjakan suara
Wednesday, February 4, 2009
karya kenangan sewaktu 11 tahun
senyuman sebagai pembuka bicara. wah, dalam aku kebosanan semalam..habis dicarik-carik segala bahan yang ada dalam bilik ini. termasuklah kotak ajaib aku, muncul pula kenangan sewaktu aku di bangku sekolah rendah. sebuah naskah yang aku jilid sendiri ( hanya tebuk 2 lubang, kemudian diikat dengan tali)....karya zaman kanak-kanak riang. hehehe
kertasnya kekuningan menandakan usianya mencecah hampir 11 tahun dihasilkan. Aku ambil, dan baca dengan kuat, kemudian aku rakamkan karya itu melalui Sony Ericsson W550i aku. Wah...tergelak sendiri tatkala membacanya, tatabahasa yang ringkas dan celaru, dan yang paling membuat aku tersipu malu (baca sambil ketawa), babak akhir kisah ini. hmm, kuat juga imaginasi aku ya. zaman kanak-kanak memang indah. dan kisah itu berjudul "Kisah Seorang Polis Wanita."
(senyum lagi)...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:56 PM 5 lonjakan suara
Tuesday, February 3, 2009
tinta maaf.
akhir-akhir ini aku sering sangat terlupa. sudah bertanya, masih mahu bertanya lagi. berulang-ulang. hingga bosan si penjawabnya. maaf...
dan akhir-akhir ini juga aku sering mahu sendiri. lagi pula bila tiba waktu malam. aku tak mahu ada yang mengganggu. hinggakan aku sering mengelak untuk keluar bilik untuk menjalankan perbincangan kumpulan. maaf...
malam, waktu indah bagi aku. saat ini aku mula menekuni segala kerja, tugasan dan segala yang berkaitan. aku faham, bukan sahaja aku yang mahu begitu, namun rakan lain juga. tapi sukar bagi aku,- mengelak pertanyaan segala jemputan perbincangan. aku mohon maaf pada teman-teman yang terlibat.
maaf...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 7:13 PM 0 lonjakan suara
aku punya seorang teman dari tanah Arab. dia lelaki. mahu bicara dengannya, kami guna bahasa tengah. payah juga, sebab aku tidak selancarnya. andai aku atau dia boleh berbahasa bahasa masing-masing, alangkah indahnya bualan harian kami. biasanya aku yang terbantut dalam berbicara, yalah...kamus pasti ada di sebelah...(buat rujukan. salah makna nanti habis....) hehehe...
namun, apa-apa pun, aku bersyukur. kerana Tuhan masih beri aku kefahaman yang baik dan dia juga. kami saling memahami, bahawa aku tak berapa fasih. dan saling memahami makna-makna dalam ayat tutur aku yang adakalanya tunggang terbalik. :-)
thanks abdo...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:44 PM 0 lonjakan suara
Sunday, February 1, 2009
aktiviti sepanjang cuti seminggu
di rumah, tiada seindah bercuti di tempat-tempat lain. macam-macam ada. heheh....
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 5:46 PM 2 lonjakan suara