BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 5, 2009

bersama Biru- hJ di hatimu.


(gambar ni hanya hiasan je. heheh...hanya yang tahu saja yang faham...kan kak?)

...dedikasi indah untuk kak hayati dan kak nur yang amatku sayang...

yang terindah akan sentiasa bersama,
bersama kerdipan bintang,
kisah kita akan sentiasa di hati.

dalam rangkap biru,
aku dan dirimu menyusuri langkah,
kehijauan yang indah.

bersama masa itu,
kita akan terus bersama,
tanpa rasa jauh,
walau kita berada di luar benua berbeza.

ibarat pelangi petang,
yang kita hayatinya bersama,
dan perjalanan indah dalam kereta besi,
kan sentiasa menjadi indah dalam impian.

aku kan sentiasa merindu kamu,
aku kan biasa merindu kamu,
aku kan selalu merindu kamu.

aku sang perindu,
bersama biru selalu,
hJ di hatimu.

...wasilah mesra kita, adik untuk kakak kembar sayang...

4 lonjakan suara:

anaklaut said...

salam...


lama menyepi...apa khabar?

hasni Jamali said...

salam
anak laut, kini saya cuti semester. biasalah duduk di kampung, line internet masih belum ada. jadinya agak sukar mahu online selalu.

saya sihat. anak laut pula?

hasni Jamali said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

terima kasih adik sajak biru. Kasih selaut biru. Sayang sebentang luas di langit biru. Langit dan awan yang kita lihat adalah sama. Tetap sama merindui selagi langit dan awan masih kukuh.....dan hanya kita yang tahu erti rindu dan sayang dalam sajak biru.....