...semalaman aku menangis, tanpa henti. dalam dakapan Tuhan, air mata masih lagi membasahi pipi. sesungguhnya perpisahan amat menyakitkan. walau kenyataannya kita akan bertemu kembali, namun aku perlu terima hakikat, bahawa usia yang panjang hanya diketahui oleh-NYA...
bersama lagu 'kerinduan' nyanyian bob tutupoli, aku merayu menangis akan keadan yang berlaku.
tinta liriknya:
di dalam hatiku menangis,
bilaku mengenang dirimu sayang,
kini jauh sudah harapan hati,
selama ini kurindu...
tiada belai kasih sayangmu,
tiada senyum yang manis lagi,
berat rasalah hatiku kini,
tanpa dirimu disisiku...
kini kumengenang dirimu,
aku gelisah selalu,
jangan kau lupakan diriku,
berita kuharap darimu.
Moga kakak-kakak sayang, bahagia di benuamu...Brunei Darussalam.
Tuesday, June 16, 2009
rintihan semalam
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:12 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 lonjakan suara:
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tabah hadapi perpisahan. Yakin satu hari nanti kita berjumpa dalam pelukan mesra yang satu.... menangislah jika itu yang mampu meleraikan rindu...berdoa jangan putus semoga kita bertemu lagi...salam kerinduan....kerinduan yang tak pernah padam....hanya engkau sahaja tahu siapa diriku...
Post a Comment