BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 30, 2009

cerah langit...

"ibu hadiahkan meja baru untuk anak kesayangan ibu. teruskan menulis ya, nak. ibu sentiasa menyokong kamu." jari lembut ibu menyentuh dan membelai rambutku yang sedang leka mencuba duduk di set meja baru baru yang ibu belikan. Ah, tampak indah sekali.

'mengapa aku masih begini, sering sahaja bermenung. tiada tinta kata walau setitis pun. tidak pula aku seperti dulu, di mana-mana sahaja aku boleh meluah rasa. dalam kelam dan bercahaya lilin juga aku boleh. namun sekarang? apa sudah jadi pada benakku? tidak mahu lagikah terisi dengan ilham indah meluah rasa?'

"anak ibu, teruskan usahamu. ibu tahu bukan mudah. sesungguhnya Allah menduga kita dengan nikmat-NYA. ibu mahu, anak ibu gunakan ia sebaiknya. mungkin belum sekarang ilham itu mahu hadir. tak mengapa. bacalah lebih banyak buku dan galilah ilmu-ilmu. pasti kan bawa hasil lumayan nanti. ya. jangan bersedih dan jangan kusutkan minda dengan hanya bermenung. tidak mengapa untuk sekali sekala, sekurang-kurangnya anak ibu bijak merenung kelemahan dan kelebihan diri. sudah, kemaskan meja. berwuduk dan berdoalah. minta petunjuk Tuhan. ibu senang melihat kamu tersenyum. bangun, berwuduklah." aku pantas saja mengikut kata ibu. Ya, ada benar kata-katanya. aku jadi lebih tenang dengan berwuduk. duduk semula di sisi ilmu. berdoa agar Tuhan merahmati setiap gerak lakuku. amin ya Tuhan.

ibu tersenyum dan aku juga.

4 lonjakan suara:

Ungu Izz Khan said...

tersentuh hati dengan tulisan ini...

ada butir-butir air mata...
namun ditahan agar tidak tumpah...

merinduinya yg sntiasa ada dalam hati...

hasni Jamali said...

abang, kita rindu pada insan bergelar ibu. dia segalanya bagi kita. Al-Fatiha untuk ibu abang dan ibu has. moga mereka sentiasa dirahmati Allah. abang masih punya ibu, ibu has. has relakan. ya...

Ungu Izz Khan said...

terima kasih...
kasih ibu membawa ke syurga..

terkadang terasa sukar perjalanan yg ditempuh tanpa seorang ibu..
bila ada masalah, sentiasa terkenang arwah mak..

ya... ibu has, abg anggap seperti ibu abg juga..
terima kasih ya..
abg masih perlukan kasih seorang ibu...

hasni Jamali said...

ya...sama2 kasih. dan sama2 kita menumpang kasih ibu. sementara masih ada hayat kita di sini. :)