"kubiarkan dia terus berbicara. kudengari penuh setia. tawa dan sendanya. aku tahu, suatu hari nanti kami akan dipisahkan. Ilahi penentu segala jalan takdir kami. ketawalah sayangku. riangkan hatimu. aku setia di sini, walau sesekali lelah kulihat pada wajahmu. namun kau masih tabah untuk menemaniku. kita kan bersama untuk sedetik ini. tabah dengan rela hatimu. sesungguhnya Ilahi, menguji kekuatan kita sebagai hamba-NYA. moga di sana nanti kau pergi dengan rela. aku juga, redha...walau pahit untuk kuterima."
Saturday, October 3, 2009
rela dan redha saya
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 9:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 lonjakan suara:
usai membacanya....
ada butir air mata....
jangan tertetes air mata kerana duka, kerana episod ini merupakan bahagia. walau sekejap, namun sangat bermakna.
Post a Comment