BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 29, 2009

sama-sama bantu hati

malam ini saya memilih untuk tidur lebih awal. sebenarnya mata masih tidak mahu lelap, jadi saya bangkit semula, dan mencatat di sini. entah mengapa hati tiba-tiba jadi resah. Mata gelisah tidak mahu lena. buku? sudah banyak yang dibaca. namun isi-isinya masih terawang-awang, mencari arah akal dan otak saya.mungkin.

Ah, kenapa begini? paling saya tidak suka akan keadaan gelisah hati ini. gusar dan resah jiwa. amat minta dijauhkan. tapi malam ni ia hadir pula. segala aksara ilmu saya letakkan penuh hormat di atas meja. rasa mahu berhenti membaca sebentar. esok akan bersambung semula. ya.

hati, tolong usirkan gusar ini. Selawat dan doa sudah bibir saya titipkan. moga jiwa merasa kemurniannya. saya ikhlas bicara. bantu saya ya, wahai hati. mohon saya pada Tuhan. Moga ketenangan diberi kembali. dan esok berlalu dengan lancar. amin.

saya tutup bicara, pada mata moga ada lena buatmu. sama-sama kita bantu hati ini, agar tenang kembali. amin.

terima kasih mata, dan jasad. Usaha dan doa. amin.

4 lonjakan suara:

NaNa_MiSs said...

Salam kak,

Selamat menghadapi peperiksaan dengan hati yg tenang. Jika x keberatan, boleh x akak emel esei utk Akademi Sastera tempoh hari? Sekadar ingin mempelajari sesuatu tatkala 'terkurung' di rumah saat ini

princess_psico88@yahoo.com.my

NOREHAN MOHAMAD said...

salam manis buatmu,
moga lena disulami mimpi indah.
selamat menghadapi peperiksaan dengan jayanya.
moga ketenangang mendampingi diri sepanjang masa.

hasni Jamali said...

salam nazna, :)

terima kasih ya. ya, nanti akak poskan, tunggu bila senang untuk beremail k. :)

hasni Jamali said...

salam Rehan,

ya, sangat manis lena semalam. mimpikan soalan2 exam sekali. hmm... :) resah minggu peperiksaan. entah mengapa lah hati ni.

:) terima kasih mendoakan akak. moga jumpa nanti ya.