Pernah suatu hari dia bercerita padaku. Katanya, demi sayang dan cintanya dia rela menanggung seribu duka. Dia rela terdampar dan hanyut dalam segala luka. Dia pernah bermohon agar duka dan luka menetap dalam dirinya, supaya dia tetap akan bersama insan yang disayanginya itu. Namun, Tuhan tidak merelakan segala duka dan luka yang diminta olehnya, dia hingga kini masih merasa nikmat bahagia dan sempurna. Alhamdulillah.
Pernah juga suatu hari dia meluahkan perasaannya padaku. Bicaranya berbaur rindu dan pilu. Dia sukar menahan segala gejolak perasaan itu. Dia menangis dan meratap sayu, pada balik helai-helai kertas putih, dia mencoret segala resahnya. Moga dia beroleh ketenangan dan sentiasa aman.
Esok harinya, dia akan pulang bersama keluarga. Insan-insan yang disayangi dan dicintai dan dikasihinya. Dia kulihat bahagia, walau sedikit resah bersarang dalam dada. Tidak mengapa, kuyakin dia tabah mengharung segala lemah dan godaan jiwa. Dia kuat. Aku tahu.
Sebelum pulang, dia menoleh kepadaku. Pada wajahnya ada seri, walau kulihat ada manik-manik halus bersinar di matanya. Dia menangis. Ah, mungkin saja itu tanda tangis gembira daripadanya. Ya, tangis gembira. Aku relakan kepergiannya bersama keluarga yang disayangi, dicintai dan dikasihinya. Dia berlalu dalam senang.
Suatu ketika, hatiku berdetik menyatakan, alangkah bahagianya jika hati punya ketabahan menanggung segala resah. Alangkah nikmatnya jika jiwa sama-sama kuat berpadu tenaga, membantu hati terus dilamun kekuatan melawan resah.
Sememangnya hati dan jiwa sama-sama berpadu memasang segala kekuatan. Hasilnya, air mata tetap jua mengalir. Itu tandanya resah dibantu untuk selesai ke akhirnya. Adakalanya air mata gembira mengalir kerana memperolehi kesenangan dan adakalanya air mata yang gugur terhampar akibat hati dan jiwa yang gagal mendapatkan kesenangan.
Namun segala usaha masih tetap dihargai, yang duka tidak selamanya akan terluka. Tuhan telah memberi suratan bahawa perjalanan yang masih ada untuk hamba-Nya mengenali duka dan suka sebaiknya. Air mata duka berganti rasa suka dan tiada lagi hiba. Segala pilu, dan sendu yang dulunya mengurung duka jiwa, menjadi sempadan agar diri tetap berpegang kepada iman. Mengakui Qadak dan Qadar sebaiknya.
..ketika mendapat khabar, bahawa dia kini gembira, aku juga merasakan sukanya. Walaupun tempoh yang diberi pinjam oleh-Nya hanya seketika, dia tetap merelakannya. Katanya, dia akan perteguhkan hidup dan hayat yang diberi pinjam ini sebaiknya. Duka dan suka dinikmati bersama kalam Tuhan yang Maha Esa. Moga begitu sentiasa dan keakhirnya...
"terima kasih sahabat. Maksud hidupmu begitu memberi aku inspirasi untuk terus menghadapi gejolak rasa dan resah dunia. Moga syurga menjadi milik kita, dengan Hendak-Nya. Amin."
Prinsip hidupmu: "Tidak selamanya kita akan ada di dunia ini, hargai dan jalani segala hayat yang ada sebaiknya, moga iman kekal bersama, membawa kita ke syurga Ilahi."
..nyaman petang itu, kuhayati segala nurnya. Penuh keinsafan dan aku berdoa agar segala perjalanan hidupku di dunia ini, membawa redha Ilahi, dan nikmatnya dapatku tebarkan pada insan-insan yang aku sayangi...
hJ
Tuesday, December 22, 2009
instrumental diri dan hati
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 7:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 lonjakan suara:
tereratnya silatur rahim bila ada pertemuan mata, jalinan gurau snda antara intipati yang membuat mereka tak lupa kenangan lama. Kemesraan dengan selang seli tawa hilai membuatkan hati terluka lara bila kenangan bermain dimta. tersenyum lebar bersama debaran dijiwa menandakan banjir cinta mula melanda. Apa yang tampak jelas sedikit... yg kawan akan makan kawan, saudra cuma pada harta kita, manakala sahabat ... terbunuh pon sanggup, terhina pon sanggup... namun balasan dari apa yang terkeluar tidak sama sekali.
Post a Comment