Pagi-pagi lagi tiada senyuman terhulur.
Pagi-pagi lagi sebuah pesanan panjang terukir menghiris.
Entah kenapa, pagi-pagi lagi begini terjadi.
Aku bingung, langkah longlai, sepi mengatur perjalanan pagi-pagi lagi.
Masa terasa begitu lembam,
Perbuatan menjadi bungkam,
Tiada bahasa yang mampu mengungkap,
Kusam dan terpendam,
Remuk redam,
Diam.
Bibit perpisahan sekali lagi menerjah,
Jauh terbang membawa lara hati,
Entahkan langkah akan terhenti,
Membawa pergi,
Retakan hati.
Duri,
Tajam menikam diri,
Robek segala sukma janji,
Beku,
Menahan pilu,
Sekali itu,
Aku tidak diperlu.
Sayang aku, rindu aku,
Entahkan ada tujunya lagi,
Selain ayah dan ibu,
Yang masih kekal bersemadi,
Menitip semangat kata,
Menyeru doa berjuta.
Pada sujud syukurku,
Aku menyatu,
Pada Allah, tempatku mengadu
Yang kekal dan Maha Mengetahu
Setiap rencana yang dikisarkan,
Tentang aku yang masih di situ,
sendiri berteleku,
mengharung liku-liku.
hJ 5.07pm 090210
Monday, February 8, 2010
Liku-liku Seorang Aku by hJ
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 5:05 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 lonjakan suara:
emmm tersentuh jiwa dan perasaan bila baca ni.. adakah nukilan yg tertulis diatas kena mengena ng hasni atau hasil nukilan yg baru dari hasni?...klu ada kena mengena sory yea.. walauapa pun berlaku terus pandang kehadapan jang pedulikan apa yang berlaku sesunguhnya Allah sentiasa dekat denganmu..sesunguhnya Allah sahaja teman yang setia tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat pun.. :)
salam Hafiz,
terima kasih sudi ke mari,
ya..semuanya berkait pada diri, insyaAllah akan tenang selepas meluahkan rasa hati.
beginilah hidup, dan inilah dunia. kita diuji pelbagai musibah, moga hati ini masih kekal pada jalan Allah, hanya Allah saja yang kekal bersama kita.
terima kasih ya. :)
sama2 sentiasa singah keblog nih.. heheh.. jln2 cuci mata kt sini..hehe.. emm insyallah semoga baik2 selalu ek.. Amin..semoga kita sentiasa didalam lingkungan dan jagaan Allah s.w.t
ya Hafiz, terima kasih. Hasni juga ada datang blog hafiz, membaca ilmu dakwah...bagus sekali. teruskan untuk kebenaran ya. :)
Post a Comment