BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 10, 2010

Untuk Bekas Teman Saya

Untuk bekas teman saya,


Abang, maaf. Saya dah redha abang dengan dia. Pergilah abang bersamanya. Bina hidup bahagia bersamanya. Usah abang tagih lagi kasih ini. 14hb sudah hampir benar. Tarikh pernikahan abang dengannya. Maaf, atas sms dan panggilan abang semalam saya jawab dengan nada keras. Bukan maksud saya untuk melemparkan nada keras itu semahunya, tapi mahu abang menjauhi diri ini. Abang sendiri kata, abang tak mahu derhaka pada mak abang. Jadi terimalah dia dengan rela hati. Tak usah bangkitkan lagi rasa kecewa dan kesedihan saya. Cukuplah. Memang tiada jodoh antara kita. Hanya saya pinta, jika itu semahunya pilihan abang, jagalah dia jagalah hatinya sebaiknya. Jangan diabaikan. Saya pergi dari hidup abang. Bahagialah abang dengannya.

2 lonjakan suara:

MASKOR@ROSNANI ZAKARIA said...

apakah ini hanya mainan gerakan keyboard hasil dr ilusi idea atau ianya realiti??

hasni Jamali said...

salam manis Zu,

ini kisah realiti...bukan sekadar mainan gerakan papan kekunci semata. Beginilah hidup. Adakalanya dia datang, dan tiba masa dia pergi. Dengan izin Tuhan, segalanya berlaku dengan penuh hikmah. Hasni terima sedaya mampu sebagai hamba Allah yang begini adanya. Moga, iman hasni kepada Allah adalah untuk selamanya. Manusia juga makhluk Allah, yang akan pergi meninggalkan bila tiba masa. :)