Dinda,
di kala diriku di rantauan,
hatiku sering merindukanmu,
hatiku sering memanggil namamu,
dalam jaga dalam lenaku.
Dinda,
hidup berjauhan denganmu,
ibarat aku hilang arah tuju,
umpama aku hilang segalanya,
kerana dinda peneman di kala sunyi,
kerana dinda penghibur di kala sepi.
Dinda,
diriku terseksa mengharungi hidup,
mahuku pulang segera,
mendapat belas dan kasihmu,
mendamba rindu belai dirimu.
Dinda,
kan kulayangkan sayangku sepenuhnya,
untuk kebahagiaanmu di dunia,
untuk keamananmu di syurga.
Dinda,
kan kudakap rindu kudus kita,
sementara aku di rantau duka,
bertemanlah dinda pada cinta kita,
si kecil yang riang dalam susuk tubuhmu.
Dinda,
kandakan pulang segera,
melerai rindu dakapan lara.
hJ: :)
Monday, January 11, 2010
Puisi Kasih untuk Dinda
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 9:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 lonjakan suara:
waduh, waduh...puisinya menusuk2 kardiovaskular. hehe =)
puisi kasih untuk dinda..
indah... :-)
SIAPAKAH JEJAKA TERSEBUT...
Salam buat Shukri Mohd Ali:
terima kasih kerana merasakan tusukan itu. Moga ia menyenangkan pembacaan dan perasaan saudara :)
Tribute daripada Puisi Kasih buat Kanda, cuba menyerapkan emosi lelaki (si suami) dalam puisi ini. :)
hingga datang lagi, ya :)
Salam manis untuk Putera Cinta:
terima kasih kerana merasakan keindahannya, dan sudi menyumbangkan wajah model itu... :)
salam manja untuk Atikah Riana:
Siapakah? hehe... :)
Post a Comment