BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 9, 2010

Sketsa 1.1

Pagi itu, segalanya membongkar seribu rahsia. Ah, kenapa akan terjadi pagi itu. Keadaan yang tenang tiba-tiba bingit mencucuk ruang rongga. Aku jadi tidak selesa. Masih terlantar di katil. Sengaja. Tidak upaya aku untuk bangkit dari lena pagi itu. Segalanya memualkan.

Hampir tengah hari. Aku gagahkan juga tubuh yang lemah ini. Pagi itu, berlalu dengan payah sekali.

"Kakak. Kakak!? Kakak di mana?"

"Ya, Min. Kakak dalam bilik air. Ada apa Min?"

"Oh, tak apa-apa. Kakak mandilah dulu ya."

********

"Mak, mak nampak Kak Sheen tak? Dari tadi Min tunggu kakak."

"Ambilkan mak gula tu Min. Tolong kacaukan kuah asam pedas ni."

"Mak, Min tanya lain mak jawab lain pula. Hmm..."

"Kacau sajalah kuah tu."

"Yelah. tengah kacau ni. Mana Kak Sheen ya. Tadi katanya dia tengah mandi. Tapi, kenapa dari tadi Min tak nampak kelibat Kak Sheen."

"Min, jangan lupa letakkan garam ni sikit. Mak nak ke belakang sekejap, ambil daun kelsom."

"Okey mak. Eh, mak. Mak dah tak marah Kak Sheen lagi ya? Asam pedas ni kan, kegemaran kakak. Oh..."

"Sudah, kamu buat saja apa yang mak suruh. Jangan asyik nak main saja."

"Alah mak ni. Orang cakap sikit pun tak boleh. hmm...mungkin mak dah boleh terima kakak. Alhamdulillah, syukur. Eh, mana kakak ni?"

*************

"Tak sabar nak bagi tahu kakak, tentang berita gembira ni. Asam pedas ikan cencaru. Sedapnya. Cari kakak dalam bilik dialah. hmm..."

"Oups! Eh, Min...maafkan kakak. Kakak tak sengaja. Tepi sikit."

"Aduh, sakit punggung. Eh, kakak nak ke mana tu? Kakak tak apa-apakah? Kakak sakitkah? Eh, apa ni?"

*************
"Mak, Min tolong mak angkatkan kain jemuran ni ya?"

"Kenapa anak mak ni tiba-tiba saja jadi rajin?"

"emm..."

"Apa hal tersengih-sengih ni? Kamu ni Min, ada lah benda yang nak kamu minta ni kan?"

"hmm, tak ada apa-apalah mak. Saja, Min kesian tengok mak. Min tolong mak ni, ikhlas."

"Baguslah kalau kamu ikhlas. Tapi susah mak nak percaya, tau."

"Mak tak mau percaya sudah. Min nak tolong juga."

"Ish, Min-Min. Kamu ni sama je macam kakak kamu..."

"Sama? sama apa mak?"

"eh, tak ada apa-apalah. Mak nak naik dulu, kamu habiskan angkat jemuran ni ya."

"Tapi, mak...Mak!"

******************

'Tak sampai hati Min nak bicara pada mak tentang apa yang Min jumpa hari ni. Mak seperti sudah mula mahu menerima kehadiran kakak. Sebenarnya Min tahu, Mak amat sayangkan kakak. 8 tahun terpisah dengan anak kesayangan, pasti rindu mak sudah terubat dengan kehadiran kakak. Tapi, kenapa perlu ada hempedu dalam setiap kemanisan? Ah, kakak...Kenapa?'

"Min...Hei Min. Amboi jauh termenung? Ingatkan buah hati kah?"

"Kak..."

"Eh, kenapa Min nampak sayu saja ni? Min sakit? Min ada masalahkah?"

"Tak kak...Min..."

"Kenapa ni sayang? beritahu kakak, Min tak cukup wang untuk belanja di sekolah? Nanti kakak ambilkan, ya."

"Tak kak...bukan soal wang."

"Jadi kenapa?"

"Kak, kakak muntah-muntah tadi kenapa? Kenapa wajah kakak pucat masa Min jumpa kakak di bilik tadi?"

"Tak...kakak okey."

"Kak, jangan selindung lagi kak. please kak!?"

"Min, kenapa ni? kakak tak ada apa-apa. Kakak sihat. Mungkin kakak letih saja."

"Letih? Kakak letih kenapa? Bukannya kakak ada buat kerja apa-apa pun dalam rumah ni. Semua mak yang buat."

"Min!?"

"Oh, mungkin kakak letih...kakak letih menipu kami kan? Betul tak kak? Betul apa yang Min cakapkan ni bukan?"

"Min, sampai hati Min tuduh kakak macam tu?"

"Sudahlah kak. Buang masa saja Min menangis untuk kakak."

"Min!? Apa bukti Min yang kakak menipu Min? Apa Min? Cakap!"

"Ini! Ambil ni! Sekarang ni, Min tak tahulah bagaimana perasaan Mak kalau dia tahu hal ni. Min sendiri tak sampai hati nak beritahu mak. Sampai hati kakak."

"Min...Min!"

***************

'Ya, Tuhan. Bagaimana ini semua boleh berlaku? Cukup sudah aku berhati-hati menyimpan rahsia ini. Akhirnya, terbongkar juga. Aku pasrah setiap kehendak-Mu, Ya Tuhan. Hanya kupinta, moga Min mendapat sedar akan telahannya itu salah sama sekali tentang aku dan keadaanku sekarang. Moga juga mak memahami situasi aku sekarang ini. Pada-Mu aku bermohon. Berilah aku kekuatan ya, Tuhan.'


Dari beranda rumah, aku berlalu longlai. Bungkusan alat penguji kehamilan aku pegang erat. Bimbang andai ia tercicir di mana-mana. Entah apa pula tuduhan terhadapku selepas ini andai bungkusan ini dijumpai sesiapa selain Min. Dan yang paling aku takutkan ialah Mak. Bimbang Mak juga akan salah faham terhadap situasi yang berlaku sekarang ini.

Kelibat Min di ruang rumah tidak aku lihat. Ke mana dia membawa diri? Siapa pula mahu jadi teman bualku selepas ini? Mak...? Entahkan mak sudah boleh menerima aku?

Langkahku menjadi lemah, tatkala memandang sekeping kad di atas meja solekku. tertulis tinta, 'kak, nak tahu tak? Hari ni mak masak istimewa untuk kakak. Pergilah lihat. Asam pedas ikan cencaru tau. Nampaknya bodekkan Min setiap hari untuk mak terima kakak, sudah mula berhasil. Tahniah kak, permulaan yang manis untuk kakak dan mak. Kakak janji dengan Min, bahagiakan mak selama-lamanya ya. salam sayang, Min.'

Inikah yang digesa-gesa oleh Min tengah hari tadi, sewaktu aku terlanggarnya hingga jatuh. Ah, Tuhan. Berat sungguh perjalananku selepas ini. Bantulah aku. Terima kasih Tuhan, mak sudah mula menerima aku. Tapi dalam keadaan sekarang, bagaimana untuk aku luahkan segalanya? Aku perlu berani dan kuat. Kandunganku tidak bersalah. Aku perlu berani berhadapan dengan semua ini.

"Min..!"

3 lonjakan suara:

Ungu Izz Khan said...

salam...

segera sambung ya... :-)

Murizah Mustafa said...

hasss!!!!!!!mana lagi nih! waaaa..wawawwa....mana sambungannya>?????????

hasni Jamali said...

salam untuk kalian berdua:

Pasti akan bersambung, tapi masih dalam kekangan sebab sekarang sedang menyiapkan tugasan yang akan dibentangkan dalam minggu terdekat ini... Tunggu ya!

:)