sejak bulan bertandang penuh, hati saya jadi sering gelisah. adakalanya resah merusuh. adakalanya jiwa dibuai-buai rasa duka. air mata sukar sekali mahu mengalir. tak mudah mahu menjenguk hati lara ini.
sejak datang bulan penuh, diri adakalanya bermenung sendiri. melihat keping-keping angin, berserakan meniup daun-daun kering. jelas kelihatan dari luar jendela. hati mengikut pandangan mata ke sana daun berterbangan.
sejak bulan penuh awal tikanya, hati dan diri sentiasa berlagu sepi. merayu-rayu kembali. kemenangan semalam (Akademi Sastera Akhir) sedikit mengubat rasa pilu. tersenyum walaupun ada rasa pahit menanti di hujung hari.
Ah, sudah lumrah perasaan bila datangnya bulan penuh begini. adakala rasa suka, adakala rasa resah. segalanya membawa hati yang rela. setia menemani perasaan ria dan duka. moga, pertemuan baris kata di sini, dapat menyejuk rasa gundah. ya.
Thursday, August 20, 2009
bukan hanna. hasni meluahkan.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 7:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 lonjakan suara:
salam..hasni selamat berjuang dalam akademik sastera, semoga hasni dapat mengharumkan nama UKM.. hafiz doakan hasni berjaya...
Selamat menjalani ibadah puasa...
kekanda sahabat,
hihi. da lama rasanya tidak mengukir rasa di sini. keping-keping angin? erm.. masakan angin dilihat berkeping? hihi. (nakal mencuit nubari. harap dapat mengubat rawan hati saudara..)
salam, putra hafiz.
terima kasih atas sokongan yang diberi, hmm, mari sma2 memberi sokongan 8 oktober nanti ya. terima kasih mendoakan hasni berjaya.
slmt menjalani ibadah puasa juga
saudaraku aisya yang manis,
ya, sangat lama anda tidak dtg ke sini.
hmm,, saya juga tersenyum tika menaip baris2 kata kreatif ini. biarlah apa katanya, selagi saya di landasan yang benar.
(sudah lama tidak berpuitis. rindu jadinya)
Post a Comment