BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

mekar semangat kemerdekaan (surat pelik hanna- 3 perkataan)

"wah, meriahnya.....siapa gantung bendera ni bu? banyaknya...." kagum Hanna memuji. Teruja pun ada. Ibu yang sibuk menyulam lambat-lambat menjawab pertanyaan Hanna.

"Siapa lagi kalau bukan abah kamu tu. hmm, semangat askar pencen tu masih membara dalam hati abah kamu, Hanna." terkerisin hanna mendengar jawapan ibu.

'Abahku, perwiraku.
semangatmu mengalir bersama darahku.
Kerana aku anak abah.
Abah perwiraku,
pejuang tanah airku...

hehehe' hanna bersajak. dalam hati saja. sambil langkah laju menuju ke dapur. hari minggu, beginilah keletahnya. tidak duduk diam. ada saja mahu digeledah. dari atas rumah hingga ke ceruk dapur. dan halaman rumah pun.

"asalamualaikum Mak Jah. selamat pagi. wah, kat sini pun abah gantung bendera juga! hmm,..." senyum hanna melebar.

"Eh, tolong sikit ya. Ini Mak Jah yang gantung tau. Bendera ni, dari hujung tu, Mak Jah dengan Pak Din kamu yang gantung. ha...." senafas Mak Jah pertahankan hak pergantungan benderanya. Hanna hanya mampu tersenyum melihat telatah Mak Jah, yang kemudiannya tercari-cari aliran angin untuk bernafas.

"Bagus, Mak Jah. hanna tabik usaha Mak Jah. hmm, Mak Jah, sarapan dah siap? laparlah...hehe"

"Iyelah, semangat merdeka...hehehe....Sudah. sekejap lagi Mak Jah hidangkan. hanna pergilah panggilkan semua turun minum ya." Bangga melihat Mak Jah yang sangat bersemangat.

"Hmmm, hanna tolong Mak Jah hidangkan ya."

"tak usah. hanna pergi panggil yang lain turun. sudah, tak payah susah-susah tolong. sikit je ni. ya." rajin sungguh Mak Jah. 'sedapnya kuih lapis ni, hehe...' itu sebenarnya hajat hanna. kuih lapis merah jambu dan putih.

"hanna, oh hanna!" eh, macam suara kak Long tu. alamak apa hal pula pagi-pagi ni dia cari hanna? hmm...

hanna berlari-lari anak ke ruang laman. risaunya menjadi. mendengar rungutan Kak Long memanjang.

"dari semalam, surat ni kat atas meja luar. kan Kak Long dah suruh ambil. Kenapa biarkan ni, ha!? kamu ni hanna..."

"surat? er...surat hanna ke Kak Long?" alamak, jangan-jangan surat cintaku tak? oups, habislah. Kak Long dah nampak. harap-harap Kak Long tak buka surat tu. waduh...

"iyelah, surat kamu. Kak Long letak atas meja tu. Pergi ambil. Kak Long nampak ada lagi surat tu kat situ, Kak Long sapu bersih laman ni nanti. okey!?"

"be...ba..baik, Kak Long. err..."garangnya ugutan Kak Long. seram hanna.

"hanna!" pekik Kak Long yang hampir jauh meninggalkan hanna.

"i...i...iYa, Kak Long!" terketar-ketar pula hanna menjawab. rasa macam petir bila dengar suara Kak Long bila memekik.

"surat kamu tu peliklah! nanti beritahu Kak Long ya, isinya. Okey!" Kak Long tersenyum dan berlalu.

"Peliknya senyuman Kak Long."hanna berlari laju ke arah surat itu diletakkan oleh Kak Long. surat apa ya?

tiba di ruang taman yang tersedia meja kecil bulat berwarna putih, hanna melihat surat yang dikatakan oleh Kak Long. memang benar surat itu atas namanya. namun, keanehan yang dikatakan oleh kak Long, jelas terpapar di wajah hanna, yang berkerut dahi sejak menatap surat itu.

lalu, punggungnya dibawa duduk. tubuhnya bersandar pada kerusi. perlahan dia membuka sampul surat itu. sampul surat yang pelik. dasar kertas sampul surat itu berwarna hijau seperti surat-surat lain dari si dia. namun sedikit pelik dan berbeza. banyak lambang-lambang bendera tanah air di lekatkan di atas sampul surat tersebut. pelik tapi benar seperti yang dilihat.

koyakkan mulut sampul surat tersebut menghulurkan sekeping kad berwarna yang si dia paling suka, dan bait-bait bicaranya tidak banyak. hanya tiga perkataan. yang membuatkan hanna berkerut dahi, dan akhirnya dia tersenyum. senyum kesenangan dengan isi kad tersebut. namun, hanna tiba-tiba teringat pesan Kak Long yang mahu mengetahui akan isi kad tersebut. "alamak, macam mana ni? apa yang mahu aku beritahu pada Kak Long? takkanlah nak beritahu dia isi sebenar kad ni? malu lah...ish..."

dari jauh ke dalam rumah, lambaian Kak Shira dan Mak Su cukup membuat hanna semakin gusar. bukan tentang panggilan Kak Shira dan Maksu, tapi tentang pesan Kak Long. hanna berjalan lesu, semangatnya kurang. kerana 3 perkataan itu. lagi pula perkataan akhirnya. cukup membuatkan hanna gusar untuk melafazkannya di hadapan Kak Long. dan mungkin yang lain juga mahu dengar. abah, ibu, Kak Shira, Kak Izah, Mak Su, Mak Jah dan Pak Din. "Hah......macam mana ni?!"

langkahan hanna mati di tengah perjalanan. dia tersenyum. sudah mendapat ilham mahu mengutus kata pada kak Long. sengihnya melebar.

"hanna, kenapa lambat? sudah, mari duduk."

"hmm, baik bu. maaf semua." hanna duduk dan meletakkan surat pelik itu di ribaannya. seusai bacaan doa, mereka mula menjamu sarapan pagi itu. kuih lapis, dan segalanya.

"hanna...apa senyum-senyum tu sayang!?" ish, suara kak Long. okey, hanna dah sedia dengan jawapannya. tak tipu tapi benar.

"hmm, salam kemerdekaan!" yang lain turut terlopong, melihat hanna yang tiba-tiba bangun dan mengucapkan lafaz tersebut penuh semangat. kemudian, leraian tawa memenuhi ruang selera mereka.

"hanna...hanna...kamu ni." kak Long ketawa riang. "itu kah isi surat kamu? patutlah, kak Long tengok penuh gambar bendera pada sampul surat tu." abah dan yang lain masih juga ketawa.

"ha ah, i...iya Kak Long. itu saja. eh hehehh...tak yah la gelak sakan. semangat ni. kan dah dekat hari merdeka."

"Tapi kan hanna. semalam, kalau tak silap akak, rasanya macam kelibat Ilham yang letakkan surat tu dalam kotak pos rumah kita. itu mesti surat dari Johan kan? tapi takkan sikit tu je isinya, hmmm?" kak shira saja mengusik hanna. dah tau tu, diam-diam lah. hmm, merah pipi hanna. macam warna kuih lapis tadi, merah jambu yang pekat sedikit. rajin betul Ilham tolong abangnya hantarkan surat pelik ni.

mata yang lain tiba-tiba memandang hanna serentak. bulat mata mereka menyebabkan hanna tunduk malu. seketika kemudian, derai tawa mereka mengena sekali lagi. riuh satu rumah pagi minggu ini.

dalam hati hanna mengeyakan kata kak Shira. ada satu lagi perkataan yang tidak hanna beritahu pada semua yang duduk menjamu sarapan pagi itu....walaupun ringkas, namun amat bermakna untuk bulan kemerdekaan ini. semangat perwira.

bicara surat itu sebenarnya, 'salam kemerdekaan, sayang.' lirikan senyum hanna memanjang. lamunannya masih terus walau derai ketawa isi rumah tidak habis meninggalkan waktu pagi hujung minggu.

'salam kemerdekaan, sayang.' keramat perkataan ketiga-tiganya. walau perkataan akhir jadi teman senyuman dan mekar selalu buat hanna. mekar semangat kemerdekaan untuk tanah air tercinta.

4 lonjakan suara:

anaklaut said...

salam....cik hj,

tq singgah anaklaut memberi komen..

:)) anaklaut masih belum kahwin, masih mencinta bagi mengisi kekosongan hati..:))

insyallah..kalau ada jodoh kawin la..kalau tak ada, saya redha sajalah..:)

Ungu Izz Khan said...

bagus cerpen nie....

masih ada lagi anak muda seperti saudara yang mahu buat cerpen kemerdekaan ...

betul2 anak malaysia nie.. hehe

hasni Jamali said...

salam en.al

sama-sama.

oo, sedang bercinta rupanya. baguslah. moga hingga ke jinjang pelamin, dan bertahan ke akhir hayat., ya. amin/

hasni Jamali said...

hai kanda,

eh, saudara. hmm, ini bukan cerpen. sekadar angan-angan si hanna.

moga-moga berkat semangat merdekanya, mengena pada pembaca2 blog ini.

'salam kemerdekaan, sayang.'

heheh