BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 22, 2009

langkah pertama yang panjang

(saya mulakan dan akhirkan segalanya kerana Allah Taala)

Semalam (21 ogos 2009) saya menghadiri BENGKEL PENULISAN KREATIF II, anjuran pusat PBKKM, UKM. Panel pencerita diundang khas oleh dr.Mawar Shafei ialah Shamsiah Mohd.Nor (penulis novel TANGISAN BULAN MADU yang kini telah diadaptasi menjadi drama di RTM, antara wataknya ialah BOGAT dan AMIRA).

Saya begitu terjentik dengan pengalaman-pengalaman yang diceritakan. sangat indah, pahit dan begitu manis untuk dicipta sebagai suatu kepuasan. Sangat-sangat membuatkan saya rasa indah dalam lamunan. kagum.

semasa sesi bengkel diadakan saya kira, hanya saya dan aisyah saja pelajar (setahun jagung) di kalangan itu. mana tidaknya duduknya saya diapit DR.Mawar Shafei (yang sudah terbilang karyanya), dan Damya Hanna (novelis terhebat) disusuli Nisah Haron (pengkarya terbilang) dan pensyarah-pensyarah lain. Di hadapan saya pula duduknya betul-betul SHamsiah Mohd. Nor. Sangat puas mendengar dan bergelak tawa merasa sentuhan kisahnya.

habis bicara, kami makan beramai-ramai dalam jamuan kecil namun cukup mesra.

hmm, dalam suasana riuh melontar kalam, saya sempat berkhayal dan mengelamun akan suasana yang seakan indah (dalam khayalan saja). bila pula saya mahu jadi penulis berjaya seperti mereka?

langkah pertama yang panjang akan saya mulakan saat semalam berlalu dengan indah dan pantas sekali. dengan curahan idea, ilham dan pengalaman yang banyak daripada cikgu Shamsiah sangat menyuntik hati saya bersemangat untuk menulis semula. Karya-karya saya yang telah lahir di majalah dan yang masih terperam akan saya keluarkan untuk dibawa bersama langkahan yang panjang ini. dengan izin Allah, segalanya akan terjalin rapat untuk saya dedahkan pada pembaca. moga mendapat restu yang kuat dari Ilahi. amin.

2 lonjakan suara:

MiSs AnDrOpHoBiA said...

Salam kak...
Cemburu rasanya krn x dpt ikut serta dlm bengkel pnulisan sprt ini dan mnimba ilmu bsama dgn pnulis2 terulung negara
Mgkin 1 hari nnt sy dpt mghadiri bengkel yg mana akak sndiri bakal mnjadi pnulis jemputan... InsyaAllah

hasni Jamali said...

salam manis, nazna

usah cemburu. pasti Allah akan makbulkan doa kita untuk nazna cepat sembuh. hmm, akak rasa terharu kerana doa nazna menyeru akak menjadi penulis itu. terima kasih ya. moga2 suatu hari nanti akak akan berjaya seperti mereka. amin.