BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 5, 2009

hanna dan dia. senyuman.

"hai, hanna. kenapa bermenung?" datang kelibat dia. hampir duduknya hanna dan memegang bahu, tanda menyapa kedatangannya.

"eh, hai. hmm...tak perasan awak datang. maaf. hmm, duduklah." senyum dan pandangan berpaling semula ke arah segara. mainan ombak dan buih-buih langsung tidak mengganggu pandangan tajamnya.

"saya mengganggu awak? hmm, tak pe. saya pulang dulu ya."

"Eh, tidaklah. duduk saja. maaf. saya leka dengan keindahan luas laut biru ini. mari duduk. maaf ya." hanna segera menarik tangannya. dia duduk kembali. ada riak senyum pada bibirnya. hanna juga.

"luas laut ini, besar kurniaan Allah pada kita, ya? lihat, ada sinar cahaya pada dasarnya. hmm....apa yang membuatkan hanna tersenyum seperti ini. lebar dan rasa ada sesuatu yang sangat menghiburkan dalam hati. boleh saya mendengar, jika hanna sudi berkongsi." dia memandang hanna tepat pada wajah. walau hanya dari sisi, hanna dapat mengagak kedudukannya rapat amat. hanna beranjak sedikit ke tepi. dia faham dan menyambung senyuman.

"entahla awak. saya seperti terpanggil duduk di atas batu ini. sebenarnya saya mahu pulang ke rumah tadi. entah mengapa, hati dan langkahan saya terus ke sini. dan melabuh punggung. hmmm,..." senyuman terukir semakin indah.

"awak tersenyum lagi. saya tahu, ada sesuatu di sini. buat awak tersenyum seperti ini. saya juga dapat melihatnya." dia memancing riak bual hanna. namun sekelip pun hanna tidak memandangnya. arah alisnya terus ke arah luas laut biru.

"apa yang awak dapat lihat di sini? dan awak juga saya lihat tersenyum. seperti sedang menyelami perasaan riang. ya?" sekali hanna menoleh dan berpaling semula. kali ini tidak melihat laut. hanya anak matanya bermain dengan laluan pantai, yang sesekali menyentuh hujung jari kaki.

"saya tahu. hati awak mengarah langkah awak ke sini untuk saya. ya bukan? dan hati serta bibir awak mengukir senyum untuk saya. dan awak terus tersenyum, malah lebih indah lagi senyuman itu, apabila saya datang ke sini. ya bukan?" sungguh dia meneka.

"hmmm..." hanya keluhan kecil. tidak lekang lagi senyuman itu dibibirnya. hanna tunduk. bermain pasir. seketika lentok jari telunjuknya mencarit pasir, membentuk lambang senyuman. lekukan yang dalam. sudah cukup menggambarkan hatinya yang berbunga.

"hanna...mengapa awak tersenyum? tidak tepat tekaan saya? atau awak mengeyakannya?" kali ini dia bangun dan menutupi pandangan hanna. hadirnya tepat di hadapan hanna, tidak lagi kelihatan laut biru.

"kita pulang ya. mari..."hanna bangkit. masih dengan senyuman. manis sekali. dia tidak marah kepadanya walaupun enak pandangannya terhadap laut biru di halang. hanna mengipas-ngipas punggung seluarnya. membersih pasir yang melekat. menyandang beg dan beranjak ke hadapan. dia turut mengekor perbuatan hanna. walau timbul rasa aneh dalam diri, melihat hanna yang masih mengukir senyum manis.

"awak mahu tahu sebab saya tersenyum ya?" dia mengangguk laju. seperti anak-anak kecil keletahnya. sesekali menggaru kepala, yang tidak mungkin kerana gatal.

"kalau esok awak datang lagi ke pantai, dan melihat laut biru luas, melihat sinar cahaya itu. pasti awak akan tersenyum juga. seperti saya. awak datang selepas saya. dan mungkin esok saya datang selepas awak. senyuman pasti terukir indah."

dia menggaru-garu kepala. mungkin protes terhadap diri tanda tidak mengerti. hanna, terus berlalu tanpa menghiraukan lagi gelagatnya. dia terhenti sendiri apabila hanna tiba di perkarangan rumahnya. sempat juga dia melambai hanna, dan lambaiannya bersambut riang. hanna masih tersenyum.

"sayangku hanna,

dalam dakapan lembutmu aku bersatu...
suara yang merdu, melangit aku menderu.
aku mahu kamu, satu dalam hidupku. satu dalam hatiku.
dakaplah aku, semahumu.

tika baringku, engkau datang.
jangan biar aku bangun, biar dirimu terus menyatu denganku."

dari sekeping kad, tertera tulisan ini. dia berlalu dan tersenyum, kad yang terjatuh dari genggaman hanna itu, benar-benar buat dia faham. hanna bahagia. dia juga bahagia. walau kad itu mungkin dari tulisan sahabatnya. dia berlalu dengan senyuman seperti hanna. melangkah perlahan dan menggenggam kemas sekeping kad itu.

2 lonjakan suara:

Ungu Izz Khan said...

erm...
semakin menarik kisah hanna...

teruskan ya... :-)

hasni Jamali said...

erm...
semakin indah kisah senyumannya...

akan diteruskan, insyaAllah... :)