Kekasih sejati sukar dicari,
Sejatinya dia melingkari hati;
Namun apakan daya masih sendiri,
Di manakah dia impian hati.
Bisik hatiku terasa malu,
Menyaksi warkah penuh azimat;
Namun jiwa meronta sayu,
Mengenang kekasih entah di mana.
pernah saya tuliskan pada 14 Mei 2005. Bertemu kembali dengan catatan ini dalam buku nota atau juga nota biru saya dalam buku berkulit biru (juga). :)
Sunday, August 30, 2009
Pantun: Di Mana Kasih Harapan
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:21 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 lonjakan suara:
Assalamualaikum Hasni,
Sekadar perkongsian, saya dapat rasa inti yang ingin disampaikan melalui pantun ini cuma dari segi bentuknya mungkin tidak boleh disebut sebagai pantun kerana tidak menepati struktur rima a,b,a,b.
Salam ramadan.
salam, wardah.
ya sememangnya tidak menepati isi pantun sebenar. bayangkan saja 2005, ilmu masih cetek yang saya ada. :)
terima kasih sudi berkunjung ya. saya terima kritikan membina ini. :)
Salam Hasni,
Saya pun masih baru dalam mengenali erti sastera sebenar. Namun kecintaan terhadap seni ini semakin membugar. Sama-sama berkongsi manfaat ilmunya
Post a Comment