(PETIKAN DARIPADA AKHBAR BERITA HARIAN ONLINE)
15 peserta Akademi Sastera berentap
Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my
AKADEMI Sastera Peringkat Saringan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada 19 Ogos ini, akan menyaksikan persaingan 15 peserta daripada lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk merebut lima tempat ke peringkat akhir pertandingan berkenaan.
Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), masing-masing menghantar tiga wakil untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah RM1,000.
Tempat kedua pertandingan yang membincangkan karya terbitan DBP dengan menggunakan sebarang teori dan pendekatan sastera itu, pula bakal memperoleh RM700 dan tempat ketiga (RM500), manakala sagu hati masing-masing menerima RM300.
Pada peringkat saringan pertandingan, 15 peserta itu akan dinilai oleh panel hakim yang diketuai Dr Talib Samat dan dianggotai oleh Shamsudin Othman dan A Rahim Abdullah.
Pada 17 hingga 19 Julai lalu, peserta mengikuti bengkel bimbingan yang dikendalikan Dr Tengku Intan Marlina Tengku Ali sebagai mentor UM; Che Abdullah Che Ya (mentor UKM); Naffi Mat (mentor UPM); A Halim Ali (mentor UPSI) dan Azman Ismail (mentor Aswara).
Akademi Sastera Peringkat Akhir yang akan diadakan di DBP pada 8 Oktober ini, bertujuan menanamkan semangat mencintai dan menghargai khazanah bangsa ini, sekali gus memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai penyediaan kertas kritikan dan pembentangan dalam seminar seperti yang dilakukan sarjana.
Penilaian dibuat berdasarkan 60 peratus semasa pembentangan dan 40 peratus untuk penyediaan bahan dengan menggunakan teori dan pendekatan sastera seperti feminisme, takmilah, persuratan baru, hegemoni, kata kunci, pengkaedahan Melayu dan kajian kebudayaan.
Wednesday, August 19, 2009
Tiba Saat yang dinantikan.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 7:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 lonjakan suara:
kanda doakan untuk kejayaan dinda..
teruskan perjuangan...
disini ada sokongan....
Tahniah kak... dpt msuk final
Psni bleh wt knduri kesyukuran kt pusat
TERIMA KASIH KANDA,
MOGA SAMA2 BERKONGSI KEGEMBIRAAN INI.
YA, DINDA TAHU KANDA SENTIASA BERSAMA MENYOKONG DINDA. TERIMA KASIH
nazna ya!?
terima kasih ucapan penuh semangat. hmm, kenduri!? hiihihi....tgu nazna pulang ukm.
Post a Comment