BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 27, 2009

suka duka adik sebagai jururawat, (Ramadhan dilalui penuh sabar)

semalam, saya menerima panggilan daripada adik perempuan yang kini bertugas di hospital sebagai jururawat (menjurus ke arah kebidanan). Kami bertukar-tukar kisah sambil dia menanti giliran untuk mandi. Katanya, dia baru pulang bertugas pada jam 10 malam. hmm, pada usia 20 tahun, dia sudah mula bekerja. Jururawat, sangat mulia tugasnya. saya bangga dan bersyukur kerana dia dapat berjasa untuk pesakit-pesakit, dan pada kami sekeluarga juga.

banyak pengalaman yang ditimba sepanjang dia bertugas di hospital. kagum saya mendengarkan kes2 yang berjaya dia selesaikan. tahniah adik, moga adik jadi hamba Allah yang bertakwa dalam menempuh ranjau sebagai seorang jururawat yang mulia. :)

dan takziahnya di sini, apabila adik bercerita tentang seorang ibu yang selamat melahirkan anak keduanya. namun kegembiraan itu terselit rasa duka amat, apabila ibu yang melahirkan itu meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. anak kedua yang dilahirkan menurut adik lagi sangat comel dan cantik. namun dia menjadi yatim pada hari itu juga. takziah pada keluarga itu. ibu itu meninggal dalam keadaan mulia dia bulan ramadhan ini, dan sucinya dia kerana menerima janji Tuhan sama sepertinya mati syahid- meninggal dunia tatkala melahirkan.

bilang adik lagi, sudah 16 kes dia kerjakan. untuk lengkap sebagai bidan profesional, dia perlu menyambut 30 kelahiran bayi, dan dari situ juga saya diperdengarkan pelbagai pengalaman daripada adik.

selamat bertugas untuk adik, dan salam takziah untuk keluarga yang menerima berita sedih ini.

1 lonjakan suara:

Ungu Izz Khan said...

terima kasih atas post yg amat bermakna bg kanda...

kanda rase sedih bila membacanya..
kini kanda sedar... selama ini kanda rasa hidup ini tidak adil bila bonda pergi buat selamanya....

tp.. kanda lupa bahawa ada insan lain yang langsung tidak akan pernah merasa kasih sayang insan yang telah melahirkannya ke dunia ini..

seperti kes bayi comel itu... kanda rasa sedih utk takdir hidupnya..
sekurang-kurangnya kanda dapat miliki kasih arwah bonda hingga kanda dewasa..
insyaAllah pasti tersembunyi hikmahnya yang hanya Allah saja tahu akan setiap apa yang direncanakannya...

hidup akan lebih bermakna bila kita mula sedar akan kekhilafan diri...