BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 31, 2008

Lirik Mentera Beradu :
Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna….

Thursday, October 23, 2008


hanya Maya!

Dua pasang telapak itu, menyentuh erat susuknya yang kian membesar.
Sepasang insan ini menampil riak bahagia, sangat menghargai dan berterima kasih. Johan dan Hanna besatu memberi jiwa. Menyentuh dan menyisip cinta pada bakal yang lahir itu. Yang kecil di alam sana, riang menanti mentari pagi, bersorak menanti dingin bayu malam. Sebenarnya lebih teruja bertemu dua insan kekasihnya ini.

Aku yang melihat tanpa merasai erti sebenar kasih itu, hanya memandang dan mengukir senyum. Berbahagia mereka dengan kasih yang bakal berbahgi kelak. Tidak, memberi dan menerima lebih baik. Ya, lebih baik begitu.

Dia datang memimpin tanganku, kami berlalu seiringan, meninggalkan dua kasih itu bersama layar mereka. Katanya, "hanya Maya!". Aku tersentak, kemudian terkerisin sendiri. Aku tunduk kerana kutahu, matanya mencari pandanganku yang sedikit malu.

"Nantikan, hanya Maya!."

Monday, October 20, 2008


Yang Hanya.

Yang terindah
dalam hidup
hanya ibu.

Yang menawan
dalam kalbu
hanya ayah.

Yang terpendam
dalam hati
hanya kasih.

Yang kucintai
hanya satu
dalam semua
hanya Tuhan.

hasni Jamali, 3 Jun 2008, K6G107.

Thursday, October 16, 2008


Hasni dan kegemarannya.

Di sini biasanya saya belanjakan masa yang lapang. Seronok membelek dan meneliti helaian-helaian setiap tinta. Saya lebih suka mengumpul antologi atau kumpulan puisi dan cerpen. Dan yang paling indah sekali menghabiskan waktu kelapangan dengan menyingkap helaian novel grafik yang paling banyak dalam koleksi saya. Gambar ini baru separuh yang berada di kamar kolej, jika di rumah, ianya bersusun serak bertingkat-tingkat. Rindu pula pada yang lain di sana.
Sahabat sejiran senantiasa datang memburu bahan bacaan baru daripada saya. Setiap bulan pasti. Ada kalanya, saya menyembunyikan yang terbaru di dalam kotak rahsia, bimbang dirampas kerana belum sempat membacanya. hahaha...kepada sahabat, maaf ya.
Inilah perpustakaan mini saya di kamar K4N!

Tuesday, October 14, 2008

tadi,
saya cuba melawan,
berjaya,
terpaksa senyum dan gembira,
walau ia perit sekali,
namun, saya paksa kudrat terus melangkah.
dia sinonim sudah bersama saya.
sekali dia datang,
saya rasa "bahagianya".
sakit? itu semestinya.
kata sahabat saya,
sakit itu menguji dan menghapus dosa-dosa kita.
bersabar menghadapinya.
ya, saya mengerti maknanya...

p/s: buat 'insan berdua' bersama saya dalam meeting sebentar tadi, alhamdulillah saya dapat mengawalnya supaya tidak terganggu pertemuan kita.


ada sahabat bertanya kepada saya;

Sahabat: Mengapa Johana?
Saya: (tertunduk senyum)
Sahabat: Mengapa diam? Jawabla....
Saya: (fikiran melayang mengimbau sesuatu)
Sahabat & saya:(memandang ke hadapan, melihat sesuatu yang bergerak melangkah kepada kami)


Kaalaa sudah sampai ke penghujungnya,
aku tidak pernah menyumpah,
aku rela engkau begitu.

Kaalaa,
walau seribu luka menggaris hatiku,
kau kerana,
kerana kau, aku rela begini.


Kaalaa,
biar hitam debu jasadku,
kerana kau,
aku sisip insaf buatmu.

Kaalaa,
tika aku menjerit duka,
aku sentiasa menanti kasihmu,
berbalas gelap juga aku rela.
kaalaa.

Bersama Farris, saya sempat merakam putih dan merah jambu bersama. terima kasih saudara Nisah yang sudi memberi dan berkongsi pengalaman di kampus saya, UKM. silalah datang lagi bila lapang bersama anda. Kali itu bawalah sahabat Farris pula, ya...

Friday, October 10, 2008

sudah kumiliki...


berjaya!
terima kasih ibu dan ayah,
memberiku wang belanja secukupnya,
alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan 3 naskah ini serentak kali.
akan saya garap hasilnya,
menjadi bahagia buat ayah dan ibu jua.

Bukan Yang Pertama...


memang dia bukan yang pertama. Maafkan aku, wahai sang pengasih. Selamat membaca!

Thursday, October 9, 2008

9 oktober 08


melakar beribu garis,
tiga rona ini,
antara hijau dan merah,
rona yang mana paling banyak?