BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 30, 2008

air mata rindu


seperti biasa, setiap kali tibanya penghujung cuti semester, hatiku berdetak ronta, tak mahu kembali ke sana. resah sepanjang malam, terasa diri seakan jauh dengan insan-insan tersayang. Perpisahan bakal dan akan berlaku lagi. Tanpa aku mahu dan minta, ianya tetap akan kembali terjah ke ruang benak ini. Mengganggu ruang fikir. Air mata jadi saksi, dan perit hati memanggil kesepian datang menemani diri.

Kuatkan hatimu, wahai diriku yang tabah. Perpisahan yang bakal berlaku nanti, mengajarmu kembali erti rindu sebenar. Memberi sinar baru di sebalik air mata jernih yang mengalir itu. Nur rindu itu kau genggam erat, dan semakin kasihlah kepada insan-insan yang kau sayang selayaknya. (begini aku menasihati diri, dalam sayu namun bersemangat di sebalik perkasa perasaan ini)

Tuesday, December 23, 2008

si Manis 22...



salam manis ya,
januari 2009 nanti.
harapan berseri di setiap waktu,
bersama kicau burung,
dan nyanyian indah sang pelangi.
ya, berbahagia semoga di tahun baru nanti.
amin.

Judul Segalanya...



hari ini indah
sang burung berkicau riang
langit membiru cerah
awan terus menyebar bayu putih
harum dalam senyum.

'Diari Hari Esok'
andai ada tafsirannya
pasti akan tercoret segalanya
yang pasti
segalanya dinanti
hari esok
akan tiba atau sebaliknya.

Dalam samar mencari waktu
hati terus diasak seribu tanya
di mana salah dia?
bagaimana jadinya begitu?
kudengar
bicara akhir dari bibir ibu,
'Biarkan Dia Tidur'

demikian pula kisah yang satu ini
dia nan satu
idaman segenap jiwa
dia
penyeri ibunya
penggalas seksa derita adik-adik
walau hanya duka datang bertandang sekali cuma
tidak sekerap kuping derita
namun dia tetap tabah dan
sesungguhnya dia amat kuat
iman dan lakunya
'Pilu Sang Bayu'
aku pandang dari sudut jiwa.

Sunday, December 21, 2008

tentang seorang teman

baru-baru ini aku punya seorang teman. datangnya dengan seribu keinsafan. dia berseri wajah, juga pada lakunya. aku cukup kagum dengan keindahan penampilannya. kami sering melengkapkan waktu lapang bersama berbual dan menikmati alam. dia kulihat tenag bersahaja. cukup sejuk lontaran bait bicaranya. aku suka. ada juga peneman aku saat riang begini.
harapanku padanya, semoga kekal bahagia begini. tidak mengapa sesekali dicoret rasa duka, itu juga oenyeri hidup yang sementara. hai na!?

Tuesday, December 16, 2008

sekarang lagi asyik memetik gitar. puitis lagu-lagu mainan jemari sendiri, indah rasanya. kupejam mata (beberapa bulan lagi kot, sebab belum pandai sangat), sambil memetik chord gemersik yang terhidang. yah, beberapa minggu sebelum pulang mengaji ke UKM,masih bermasa lagi aku curi bait-bait indah petikan jemari. sambil menghalusi enak suara di tepian jendela, disambut hidangan merdu kicauan burung, yah, kami berirama senandung asyik. (senyum mekar).

Friday, December 12, 2008

bicara 'aku' atau 'saya'!

Untuk pertama kalinya, warkah ini ditulis dalam keliru. 'Aku' atau 'Saya'...? mungkin aku lebih baik daripada saya, walau saya lihatnya lebih sopan, namun aku juga penuh kelembutan kalau kena caranya. ya benar. kata hati biasanya menepati diri. aku.