BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 31, 2009

kesedihan, dan pemergian.

ahad petang, laparku disambut suatu berita kurang enak. kiriman sms daripada kanda, cukup membuat aku tersentak, dan hiba. ibunya telah tiada. pergi dijemput Ilahi. aku mengucap tanda takziah dan cuba mententeramkan kanda. aku faham, sukar untuk menerima kepergian insan yang disayang. entah bagaimana pula jika aku berada di tempatnya. tidak mahu aku, aku sering memohon kepada-NYA. biarlah aku yang pergi dahulu sebelum mereka.
kanda, bersabar ya. semoga ibu kanda ditempatkan bersama insan2 yang dirahmati-Nya. dan kanda, teruskan perjuangan ini. dinda sentiasa bersama kanda, selagi ada hayat dan kemampuan dalam hidup ini, akan dinda terus bersama memberi sokongan kepada kanda.

al-fatiha untuk ibu kanda. amin.

sepintas kenangan sewaktu pembikinan dan perjalanan drama 'Bila Bayangan Berbisik'







adi, hasni dan kak aini...(si putih hidung mancung di belakang tu)...

Friday, March 27, 2009

maafkan aku,

rakan,
maaf dari mulut dan hati ini,
kau hanya rakan,
yang kurang menjaga hati,
kau juga rakan,
yang kerap menyakiti.

rakan,
janjiku terhakis kerana sikapmu,
sedar dalam sedar,
kau masih lagi melukai,
hati dan perasaan rakanmu ini.

rakan,
dan malam sering berlalu,
tanpa rasa akrab lagi,
persahabatan masih jauh,
buat aku dan dirimu,
kau hanya rakan,
maafkan aku.

sekali lagi...

mengapa hati ini mudah saja terusik dengan segala tingkah laku mereka? mengapa aku mudah saja terima hal-hal yang mereka lakukan pada aku? hati ini terlalu lembut, mudah saja terusik, terluka dan berdarah. lagi...aku resah, hinggakan ada yang datang mengganggu. ah, tak mahu fikir lagi.
pernah dulu aku menyimpan hasrat, "aku sayang pada yang sayang aku, aku kasih pada yang kasih aku." itu semahunya. dan apabila aku sudah mula tidak menyukai sesuatu, hancur luluh jasadnya dalam ingatan ini. entah, mengapa sekali lagi mereka terus2 melukai jeritan kecilku. Mengapa sekali lagi?

Wednesday, March 25, 2009

air mata keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi

Tuesday, March 24, 2009

sekitar jamuan makan malam ABADI...






beraksi dan berdandan,


dan malam terus berlalu bersama detik indah ini. lensa terus mendakap wajah, dan meratah tiap tubuh. dalam senyuman kita terus bersama.

Monday, March 23, 2009

suara hatiku, "aku pilu"


dalam riuh rendah suara di lapangan itu, aku duduk dan memerhati sekeliling. dudukku bukan saja sekadar melepas batuk di tangga, walau benar aku duduk di anak-anak tangga namun hanya membisu tanpa kata.
satu demi satu wajah aku lihat, masing-masing gembira, bermain dengan perasaan sesama sendiri. dan aku, masih setia melihat dan meneliti. ada beberapa daripada mereka, menegur aku seikhlas hati dan ada juga acuh tak acuh. ya, hati manusia. sukar dimengerti. aku hanya memberi andaian dari suara hati yang menyatakan begitu.
hingga satu ketika, saat lensa mengetik cahaya, sekali lagi jiwa acuh tak acuh mereka menusuk naluri hatiku. suara hatiku lagi berbisik, "aku pilu" "aku benar-benar pilu".
suara hati tidak pernah lepas dari jiwa ini, dan hanya dia menemani di kala suka dan duka, kerana suara hati yang menyatakan segalanya. "aku pilu diperlakukan begitu. walau apa pun, aku ikhlaskan segala jerih letih, titis-titis peluh dan sedikit air mata, kejar-kejaran aku menghambat masa untuk mereka, dan jerit tekak menghimpun mereka, dan segala peranan kecil ini. tidak mengapalah jika aku tidak dilayan sebaiknya, mungkin ada rasa seksa diarah itu dan ini. mungkin."
suara hati berbisik lagi, "hasni, ikhlas itu penting, luahan ini bukan membangkit namun hanya membuat engkau puas dan lega. derita dalammu hanya aku yang setia mengambil tahunya. berdoalah selalu, agar mereka mengerti denganmu yang mahukan segalanya lancar dan berjaya. hargai mereka selagi dirimu masih mampu. dan berfikir sentiasa ke arah positif."

aku, "terima kasih kerana suara hatiku sudi menyatakan yang positif. akan aku cuba senangkan semua, biar perit hati ini terubat sendiri dengan lafaz ayat-ayat suci dari DIA. ya, begitulah sebaiknya."

kata bukan akhir suara hati, "tabah dengan kekuatan imanmu, hasni. usah pilu lagi. sucikan hatimu ini dengan tindakan positif, ya! amin."

Sunday, March 22, 2009




dan saksikan ia, 27 MAC 2009. hasil pertama arahan saya HASNI JAMALI. moga sampai mesej yang ingin diutarakan. rakan2 produksi, mari kita berhibur...lakukan yang terbaik dan jangan stress ya!...

"BILA BAYANGAN BERBISIK"...apa kata hati anda. mari saksikan....

Tuesday, March 17, 2009

farouk...(pemisah antara yang baik dan batil)

farouk, teman sebilik saya. comey2...heheh...farouk pun pakai cermin mata juga. hihi

bimbang...meruntun nyawa2...




hujan yang turun setiap kali petang. bersama kilat dan guruh. ini natijahnya. sekitar berhampiran kolej Aminnudin Baki, dan berhadapan pusanika. UKM. moga ianya hanya kekal di situ, tidak pula berselera meratah nyawa2 yang sekian hari menggerak langkah di situ...amin.

indahnya khayalan...surat cinta


bersama lagu "Pyaar Ki Ek Kahani" dari filem Krissh... jauh aku melontar khayalan. sesuai benar dengan judulnya yang aku fahami, "Sebuah kisah cinta"...asyik sungguh.

dan tika bibir turut bergerak rangkap demi rangkap, mengikut rentak irama romantis, terkenang saat di bangku sekolah. waktu kecil yang indah dengan kisah-kisah nakal. salah satunya, surat cinta. (hanya tersenyum mengenang kisah ini).

kini, surat cinta itu aku rindui, kerna masih di sini. di hati pada satu belah. menanti balas (si pencuri hati- mungkin masih dalam mimpi)... hmm, indahnya khayalan! (lontaran lembut suara hati).

Friday, March 13, 2009

impikan seperti ini,




hmm, impian yang tersimpan lama. menanti adakah si dia bijak membisik kata rindu, bersama petikan gitar. wah,....

impian tidak semestinya akan tercapai, namun harapan masih ada, terus kekal bersama jawapan. hmmm....

dan sekian kalinya, aku terus mencoret bait-bait kata, sambil menanti bentuk lagunya diubah. untuk nyanyian bersama. ya!

Thursday, March 12, 2009

kisah dari dalam perut kereta besi yang panjang.






dari dalam kotak besi yang panjang,
deretan bunyi kerikil berlaga kasar,
bersama hembusan pawana kehijauan,
dari luar alam yang biru.

indah,
perjalanan pulang,
diisi deraian tawa,
dan kisah-kisah pengisi masa.

"tiket, tiket!" jerit kecil pegawai KTM.
mohon tugasnya selesai cepat.
maka, terbangkit kami insan dua ini dari lena,
menghulur tiket,
dalam segan,
namun sempat menghulur senyum.

dua tiga klik,
wajah kami jadi sasaran lensa kamera,
"ini pengalaman pertama abang zul. tercampak ke perut besi panjang ini. apa salahnya, hingga menjadikan saudari penumpang di sebelah sebagai jurufotonya."

dan akhirnya,
tiba jua ke destinasi,
bersua dengan keluarga tercinta,
kisah paling indah,
terukir elok di ruang hati.
ya....

catatan hasni. 12 mac 2009

Wednesday, March 4, 2009

mimpi....dicium ikan.


akibat terlampau sayang mahu tinggalkan katil, aku terus lena tengah hari itu (4 Mac 2009). dalam lena aku tersenyum, dikurnia satu rasa yang sangat indah. Ya, kisah mimpi itu datang kembali, setelah lama menyepi. sambil disapa mimpi dan khayalan yang indah pada hari yang semakin petang, ada satu kisah aneh...
ya, seperti judul di atas, aku dicium seekor ikan. kisahnya begini. aku bersama insan2 khayalan, berkelah di pantai. kemudian aku ditarik ke dalam laut. jauh aku meronta. kemudian aku diselamatkan seekor ikan yang hampir mati. selepas aku diselamatkan, ikan tersebut yang mempunya mulut 4 segi (pelik)...menyuruh aku menciumnya bagi menghidupkan rakan-rakannya yang lain. dan aku dijanjikan apa-apa sahaja melalui satu permintaan. yang kelakarnya, ikan tersebut tidak sabar mahu mengucup bibir ini. dan aku masih lagi terkial-kial menggaru kepala, mahu minta apa kepadanya. kataku, "nanti-nanti. jangan cium dulu, nak fikir ni, nak minta apa ya?" berulang-ulang aku mengucap kalimah itu. sebenarnya risau dicium dengan mulutnya yang berupa 4 segi itu. lain benar rasanya. hmmm.....boleh bayang tak?

dan akhirnya, ikan itu terus mencium aku. wah, pelik sangat rasanya. dan rakan-rakan ikan itu hidup kembali. hmmm, pelik tapi itulah mimpi yang aku alami. mimpi.

tentang permintaan, aku hanya tersenyum sambil memandang insan2 tersayang dalam khayalan mimpi itu. mungkin jadi kebenaran. hanya dalam mimpi, ya.

mimpi adalah kehidupan lain bagiku. indah dan sangat cantik. ya! mari beri komen.

Tuesday, March 3, 2009

penghuni katil sepenuhnya, :-)


beberapa hari ini, keletihan tubuh memaksa diri rebah ke ranjang. dan aku kini jadi penghuni sepenuhnya. kebiasaannya katil akan berusik sepenuhnya pada tengah malam. waktu lena merangkak datang.
keletihan beberapa hari ini, membuatkan aku...membaca, dengar muzik, tonton cerita, ilham, dan menulis sebegini juga di atas tilam sepapan ini. dan cadar tidak lagi tegang seperti biasa, renyuk menyeksa mata. tapi, lepas guna kemas semula. hmm....
wah, enak sungguh dapat lena nyenyak beberapa hari ini juga. dan kini, meja belajar kesepian. hanya dihimpun timbunan buku dan alat-alat tulis yang lain.
apa-apa pun, segala kerja rumah dan urusan personal masih berjalan lancar. alhamdulillah....
ya, alangkah indah lagi, lena di atas katil seperti di atas. wah....harum hingga ke mimpi. :-)