BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

sihat dengan cara Rasulullah s.a.w

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB - Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan - Segeralah berwudhu - Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::
Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

Wednesday, July 29, 2009

panggilan darinya. seketika tadi.

dan, sebentar tadi...selepas beberapa detik panggilan darinya, dia terima.

dirinya bertanya khabar. katanya itu demam rindu. dia hanya senyap di hujung talian, dan beberapa detik sahaja mengeluarkan bicara. dia biarkan dirinya bicara lama, tanpa sebarang tanya atau celahan.

dia membisu, namun ada juga sedikit bicara buatnya. beberapa minit kemudian, dirinya minta laluan meletakkan panggilan. ada tugasan lagi mahu disambung. dia akur.

akhir kata darinya, mengucap kata rindu. dia juga membalas kata rindu yang sama. ada juga selingan kata sayang darinya. namun dia tidak menurut kata sayang itu. hanya dibiarkan bisu ditalian.

dirinya faham, dia masih kuat tidak mahu menyebut kata sayang. ada nada sedih darinya. namun tidak kurang juga dia. kerana dia, bukanlah sempurna. takut menyata sayang di bibir, sedangkan hati...masih keliru dengan ucapan itu.

dia menanti dirinya mematikan panggilan. terdengar bunyi sepi di hujung talian. dia juga meletakkan telefon di sisi dan bermenung seketika, sambil mengeluh akan tubuh yang masih hangat, dan pinar pandangan.

dia lemah, demam. namun masih mahu melunas rasa resah hatinya.

sesekali terdengar batuknya, melepas ruang pawana. dia tidak sihat. tubuhnya lemas dalam kesesakan tahap suhu yang membahang. sesekali jalannya terhuyung-hayang. tiba langkahnya memanjat anak-anak tangga, jadi tidak menentu. ada sahaja rasa tidak selesa pada langkahnya, taktkala batuk memecah ruang udara.

hingga ke jam ini, hampir merah senja menjelma, tiada panggilan daripadanya dia terima. entah, mungkin dia masih sibuk. kerja dan tugasannya. ah, perlukah dia rasa rindu?

namun, dalam lemah tubuh ini, dia masih gagah mencoret segala rasa. untuk dirinya, yang tidak mampu dia beritahu segalanya. kini, bersama air mata, dia terus melunas bicara hatinya.

dia, mungkin rindu. mungkin dia mahukannya. namun dia masih keliru akan perasaan dia sendiri. tidak mahu dia berpura-pura, tidak mahu dia memaksa rasa hatinya sendiri.

dan rentasan tangis ini, masih hangat mengalir terus dalam hati dia. dia.......berpaling melihat skrin telefon, andai ada panggilan rindu atau pesanan rindu darinya.

tiada apa-apa tertera di skrin.

Tuesday, July 28, 2009

kisah dia, "kenapa?"

semalam, dia menerima panggilan darinya. namun, atas desakan yang tidak mampu dia lawan, akhirnya dia matikan panggilan itu. penuh kasih mungkin panggilan itu dibuat. namun...

kenapa dia menutup panggilannya? kenapa dia seperti jauh hati dengannya? hingga kini dia masih belum mampu memberi kata utus atau membuat panggilan rindu untuknya...kenapa masih belum mampu?

ke mana hati dia untuknya? adakah dia akan menerimanya? akan dia sendiri yang menjawab segala persoalan ini. atas rasa ikhlas dan jujur.

maafkan dia wahai pemanggil semalam. akan dia cuba untuk menerima panggilanmu.

Tuesday, July 21, 2009

suapan dari haruman kasih



semalam, kami menikmati juadah bersama. sebelum menjamah sebarang makanan, saya hulurkan kepadanya sebuah haruman. jelas riak suka di wajahnya. saya juga tersenyum. kami menikmati juadah dengan rasa ria. bercerita itu dan ini.

kali pertama makan bersama sejak 3 minggu permulaann semester 5 ini. seusai makan, saya pula dikejutkan dengan pemberian darinya. sebuah bekas jernih, dilitupi helaian tisu, dan dalam bungkusan pembalut hijau.

sepanjang perjalanan pulang ke kamar masing-masing, kami berbual dan tersenyum. akhiri pertemuan dengan salam dan masih lagi tersenyum. tiba di kamar, saya membuka perlahan bungkusan yang diberi. nah, ini hadiahnya. berbentuk hati 3 biji coklat dan 12 biji coklat yang lain. tertera di situ.... i ____ u.

berbekas lagi rasa senyuman, sepanjang perjalanan. dari haruman bertukar sebuah santapan. saya letakkannya kemas di sudut tulis, biar ia selalu dilihat. dan sentiasa ditenung. untuk makan, hmm...nantilah.

masih berbaki senyum. :-)

Monday, July 20, 2009



Puisi kasih buat kanda.


Kuhayunkan lamunan indah di hujung jendela kamar,
Lirik mataku asyik merentas hijau alam ciptaan yang Maha Esa,
Senyumku memanjang,
Pabila pawana lembut menyapa tubuh,
Kupejamkan mata, lalu
Kuhirup sedalam-dalamnya bayu harum,
Seri campuran bungaan di taman,
Jua jernih sungai yang mengalir.

Detik itu,
Kanda kasihku,
Wajahmu muncul dalam bayangan,
Senyummu kulihat berseri,
Tika ini,
Senyumku memanjang lagi.

Seketika,
Kusisikan kepala di jenang jendela kamar,
Lembut tari jemariku mengusap kasih antara kita,
Saat ini hatiku berdegup pantas,
Hangat titis air mataku,
Ingin jua sama membelai kasih antara kita.
Bibirku terketar sayu,
Kali ini senyumku pendek tetapi manis.

Sedetik kemudian,
Aku melangkah tenang,
Kutinggalkan seketika alam dan panoramanya,
Berdendang riang memenuhi ruang masa,
Sarat kasih kita,
Kulabuhkan dengan penuh cermat,
Di sisi ranjang mulia,
Kujamah suci potret wajahmu, kasih.

Di ruang kamar ini,
Di sisi ranjang suci,
Hatiku mula menyusun baris kata,
Mengalun suara nadi,
Selunak nada puisi,
Puisi kasih buat kanda.

Kanda, suami kasih hatiku,
Biar dirimu jauh di perantauan,
Namun masihku terasa hangat cinta kita,
Menyerap lembut ke pelusuk tubuhku,
Meronta halus dalam tubuhku,

Kanda kasihku,
Segeralah pulang ke sangkar hati ini,
Kami,
Menanti harum denyut nadimu,
Kami,
Ingin berpuisi kasih denganmu.

Kami,
Ungkapan kasih dinda jua bakal si kecilmu.

Thursday, July 16, 2009

ada tautankah dengan kisah semalam?

semalam saya berjalan sendiri, menyelusuri anak-anak tangga yang curam menjunam. sambil kaki galak melangkah satu per satu, saya terpaku lagi pada satu bayang. jika semalam saya kaku melihat gaya seorang lelaki yang tegap berdiri di hadapan saya, tetapi hari ini menyatakan kelainannya.

dia seorang perempuan muda. mungkin sebaya saya. dia kelihatan agak letih. bibirnya putih. langkahnya tidak menentu, sebelah tangannya mengurut dahi sebelah tangan lagi menekan-nekan perut. 'Ah, kenapa dengannya!?' tika ini, saya keseorangan di samping dia yang tidak jauh dari langkahan saya.

bila saya lihat dia hampir rebah ke tanah, lantas saya turun dengan lajunya dari atas tangga. langkahan tidak saya jaga, hampir saja mahu tersembam ke bumi. akhirnya saya sempat menyambut perempuan muda itu. 'Subhanallah' matanya memukau saya. alisnya pekat, cantik. tidak pernah saya melihat mata seindah itu. saya memangku dia dalam dakapan saya. dia kelihatan sangat lemah, layu.

saya bawa dia ke tepi, dudukkannya di ruang kaki lima berhampiran. zip beg ditarik, dan saya keluarkan botol berisi air putih. berselera dia minum, namun hanya seteguk. dia kelihatan tercungap-cungap menahan nafas. keadaannya kembali pulih apabila saya sapukan sedikit air yang direnjis ke telapak tangan ke mukanya. 'alhamdulillah' dia semakin tenang.

sedang saya sibuk memasukkan botol air tadi, terasa hangat tangannya menyentuh lengan saya.

"terima kasih. kamu selamatkan ana dan bayi ana." dia menyalut lembut perutnya.

"kamu hamil?" dia mengangguk. "tapi kenapa kamu berseorangan di sini? baju kamu..." saya menuding ke arah jubah yang dipakai, terdapat kesan koyak di lengan dan paha. sedikit cariknya.

"Dengan izin Allah, kamu selamatkan dua nyawa. Moga rezeki kamu kan sentiasa ada di mana-mana. Ana minta diri dahulu." sekali lagi saya terpukau pada senyumannya. sangat manis. walau derita menghambat dia dan bakal bayinya.

"dia hamil!?" tiba-tiba saya tersedar, apabila datang suatu hembusan angin. bertiup kencang ke telinga saya. hanya sepintas lalu. "tidak sepatutnya aku biarkan dia pulang sendirian. Ah, dia sudah hilang. ke mana dia?"

Wednesday, July 15, 2009

kisah semalam hari.

dua tiga kali pintu diketuk, namun masih belum ada jawab dari dalam.

dua tiga kali juga talian telefon dipanggil, namun belum juga ada jawabnya.

tiga kali lorong itu dilalui, dan terdiam di situ. melangkah kecil dan kaku lagi. saat bayang seorang makhluk bernama lelaki, berdiri merenung aku yang sedang mencari langkah, maju atau berundur.

dia datang semakin dekat, bayangnya mula menjejak samar bayangku.

dan aku...

Sunday, July 12, 2009

Penulis lagi!!!



Jumaat 10 Julai 2009.

deringan panggilan daripada Dr.Mawar cukup mendebarkan. dalam keriuhan kelas yang setia menanti pensyarah Kursus 'Pembangunan Produk Pelancongan', aku digesa untuk ke majlis bersama penulis, Maskiah Masrom.

aku datang hampir 1/2 jam sebelum habisnya majlis tersebut atas kehadiran kelas yang tak dapat dielakkan. hmm, bertemu lagi dengan penulis. aku rasa sangat bertuah dapat mendengar pengalaman Pn.Maskiah dalam beliau menghasilkan novel dan cerpen. sememangnya NYANYI SUNYI amat mencabar pemikiran dan semangat.

pengalaman yang aku timba, untuk menulis...pengetahuan, kajian, minat, kesungguhan dan kebenaran amat penting. KREATIF juga penting bagi memberi didikan dan hiburan.

aku sempat juga bergambar dan bermesra bersama penulis yang hadir. dan juga membeli 2 buah buku hasil karya Maskiah Masrom iaitu JANJIKU PADA MASTIKA dan JALAN SERIBU LIKU. sempat juga meminta tanda tangan....terima kasih Puan.

: no telefon pun ada juga. :-)

turut hadir penulis Nisah Haji Haron dan beberapa yang lain. (aku juga mungkin bakal penulis. insyaAllah. amin.)

detik nafasnya masih lagi berdetak, walau telah seribu duka...tercalit padanya,



di kala malam yang larut ini, aku masih belum mahu lelap.
dingin bayu bertiup, mengasak lembut ke celah-celah jenang tingkap...sambil aku didendangkan lagu "Suno Na" (dengarlah)...(hindi songs)

tangan masih sakit, aku dihimpit dalam kesesakan perut bas rapid kL 430. tak sanggup rasanya bila kenangkan peristiwa itu. namun aku masih bersyukur, kerana pemandu bas ini masih pandai menekan brek daripada meredah saja pemanduannya. kalau tak, lagi parah......(nauzubillah)

akibatnya, jam kesayanganku retak seribu dan hampir berderai kacanya. rasa sayu di hati, melihat jam pemberian yang tersayang begini rupa akhirnya. namun ia masih kejap di pergelangan tanganku walau ia sudah begitu rupa. jangan dari keretakan itu punya maksud lain dari Maha Pencipta. Jangan.

Aku akan tetap menyanyangi Jam ini, dan masa yang berdetik dari jarum-jarumnya akan membawa aku bertemu kembali bersama yang tersayang-kak kembar.

Wednesday, July 8, 2009


asalamualaikum,

hmm, kepada pembaca...jika terlihat majalah Tunas Cipta Jun 2009, boleh tidak khabarkan kepada saya? hmm, terlepas membelinya. biasalah, bandar Labis, satu kedai buku pun tiada terlihat majalah ini dijual. sangat susah mahu mendapatkannya. cuti semester di kampung, rindu pada majalah-majalah ilmiah seperti ini.

jika ada yang terlihat, harap dapat memberitahu seawal mungkin. terima kasih.


aku dan baby ultraman,

aku amat suka dengan ultraman, hero yang banyak membantu menghapuskan raksasa-raksasa di kota Jepun. walaupun bergelar lelaki ultra, dia tetap merendah diri dan tidak menyalahgunakan kuasanya.

dalam koleksi yang aku ada sekarang, sticker ultraman, baby ultraman, dan buku mewarna. nampak macam pelik, tapi itulah kenyataannya.

merah putih dan biru, lambang kekuatan lelaki ultra. dan hijau sebagai pendorong semangatnya. hmm, tak sangka bila aku belek-belek koleksi cakera padat di rumah, ada juga cd ultraman kepunyaan adik lelakiku. sempat juga aku tonton bersama si cerdik Iman sewaktu cuti semester lalu.

Ultraman, sayang kamu. hmmmwah.

Tuesday, July 7, 2009


selamat kembali semua, rakan-rakan seperjuangan. kita kembali meriahkan UKM ya! jadi ulat buku, jadi yang terbaik untuk semua. kita bina memori indah, kita kenangi kisah-kisah indah lalu juga.

UKM,....hasni kembali ke sini.

jangan kau pergi....


"hanna, izinkan aku pergi dari hidupmu. hanna, usah cari diriku lagi. hanna, aku sayang kamu."

"Jangan pergi, jangan........tunggu aku!"

"hanna, hanna. bangun sayang. hanna mimpi ni. hanna..."

"hmmm, kak long. dia.... mahu tinggalkan hanna."

"sudah, jangan menangis. hanna mimpi saja kan. kak long peluk hahna. mari...sudah tu, kesat air mata."

sayangku, aku masih sayang padamu. walau berdetik waktu berlalu, aku mahu terus merindumu. jangan kau pergi dariku, walau dalam mimpi sekalipun. jangan...sayangku. sayangku...jangan kau pergi....tinggalkanku.

Wednesday, July 1, 2009

hilang

segalanya berkisar perpisahan. aku dipisahkan dengan benua yang jauh. jauh kerana aku belum layakb menggapainya. dan segalanya juga berkait dengan dollar, belum mampu aku milikinya yang banyak. untuk aku mndakap dan mendapatkan diriimu.

belum mampu aku bersuara...suara semangatku hilang, rindukan dirimu....sayang kakak.