BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 23, 2008


hanya Maya!

Dua pasang telapak itu, menyentuh erat susuknya yang kian membesar.
Sepasang insan ini menampil riak bahagia, sangat menghargai dan berterima kasih. Johan dan Hanna besatu memberi jiwa. Menyentuh dan menyisip cinta pada bakal yang lahir itu. Yang kecil di alam sana, riang menanti mentari pagi, bersorak menanti dingin bayu malam. Sebenarnya lebih teruja bertemu dua insan kekasihnya ini.

Aku yang melihat tanpa merasai erti sebenar kasih itu, hanya memandang dan mengukir senyum. Berbahagia mereka dengan kasih yang bakal berbahgi kelak. Tidak, memberi dan menerima lebih baik. Ya, lebih baik begitu.

Dia datang memimpin tanganku, kami berlalu seiringan, meninggalkan dua kasih itu bersama layar mereka. Katanya, "hanya Maya!". Aku tersentak, kemudian terkerisin sendiri. Aku tunduk kerana kutahu, matanya mencari pandanganku yang sedikit malu.

"Nantikan, hanya Maya!."

6 lonjakan suara:

ilHAm UyAIsHa said...

wah.. hasni, cerpen baru nampaknya sedang dalam proses pemeraman.. saya nantikan dengan penuh kesabaran........

aiens azmi... said...

salam hasni, exam dah dekat study rajin-rajin tau. semoga berjaya dalam hidup untuk keluarga tercinta.

hasni Jamali said...

salam kalian berdua,
ya, akan sy titipkan nasihat kalian dalam kotak fikiran...
terima kasih ya.

hasni

merahmenyala said...

syabas! terasa diri kecil sekali bila membaca penulisan rakan-rakan dari persuratan melayu...sedih pun ada, iri hati pun ada juga. sedih kerana pengetahuan menulis sangat minima tapi masih nak menulis. dan iri hati kerana rakan-rakan begitu berbakat sekali. apapun semoga kalian berjaya dalam apa yang diceburi.

Anonymous said...

sayang kanda,
akan tiba saat itu untuk kita bersama,
hanya dinda yang setia bersama kanda.

J.

hasni Jamali said...

hai J.
awak?