BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 8, 2010

Cukup Sampai Di SIni.

Friday, June 4, 2010

EmpatJUNduaribusepuluh karya hJ

Pagi-pagi
gegas ke pasar
bersama ibu
sayur-mayur
ikan ayam
dibimbit bawa pulang
plastik merah plastik kuning
kecil besar ikut saiz
warung-warung disinggah
belek kuih-muih
ambil sebiji dua
mee goreng dan soto
hirup sampai kenyang
anak manja tersenyum riang.

Petang,
gegas ke stesyen bas
jalan sesak
halangan baiki jalan
lencongan membosankan
ikut jalan asal boleh sampai
akhirnya terlepas
ada nada kesal
ada nada rintih
saksi sepasang mata
ibu hamil berduka
merindukan suami di sana.

Esok,
gegas yang pasti akan tiba
pasti
pengajaran menjadi galasan
tiada lagi halangan
melainkan kehendak Ilahi
berkat hikmah
untuk hamba yang dicintai.

::detik2 saya tertinggal bas utk ke UKM 4hbJUN. tunda ke 5hbJUN.

4 Jun 2010

Petang tadi hanna ke Pasar Malam dengan Mia. Alhamdulillah, seronok tengok Mia memilih tudung. Sesekali menyelinap mata memandang keletah Mia yang agak cerewet. Oh, tiba-tiba hujan. Mula-mula perlahan atau kata lain gerimis. Lama-lama lebat pula. Apa lagi, mulut hanna terus membebel. Ish, terdetik dalam hati "hujan itu rahmat dari Allah. Tak baik hanna merungut." Alhamdulillah, hanna cepat sedar. Ampunkan hanna, Ya Allah. Amin.

Melihat Mia yang bertambah ceria memilih tudungnya, hanna pun hilang resahkan hujan. Kami meredah hujan sama-sama. Sesekali kami berteduh di bawah payungan gerai-gerai. Pilih yang ini tidak berkenan, pilih yang itu tidak kena...Pilih dan pilih, akhirnya hanna pula yang bingung.

Akhir juga, hanna sempat memadankan sehelai dua tudung. hmm, dalam hati tersenyum-senyum. "Lawa juga. Nak beli tapi tak cukup duit. Esok perlu pakai duit untuk ke kursus. Letak baliklah."

Tiba-tiba, Mia minta pendapat hanna tentang tudung yang dipegang. Tudung Syria yang sibuk orang perempuan sekarang gayakan. Wah, Mia juga tidak mahu lepaskan peluang. Bila lihat Mia tersenyum, hanna rasa lega sangat. Suka lihat Mia begitu. Senyum dalam senang. "Alhamdulillah, temu juga Mia dengan pilihan hatinya."

Tanpa sedar, Mia ambil sekali tudung yang hanna gayakan. Mia bayarkan. "Ya Allah, syukur. Alhamdulillah. hanna anggap tudung itu hadiah dari Mia sempena keputusan peperiksaan hanna yang agak membanggakan kami. Terima kasih Mia."

Pulang ke rumah, bersama Mia. Kasihan Mia, esok hanna akan ke kursus. Mia tinggal seorang. Suami Mia kerja. Anak Mia pula sedikit nakal. Suka keluar malam. Kasihan Mia tinggal seorang di rumah. Bila malam.

"Apa akan hanna fikirkan nanti. Pasti akan sentiasa teringatkan Mia. Sepanjang seminggu, harapnya rindu hanna pada Mia bertambah-tambah erat. Sesungguhnya hanna sayang Mia. Sayang sangat-sangat."

"Tahniah hanna, mencapai keputusan terbaik untuk diri iaitu 3.73. Walaupun standard U perlukan 3.76 untuk kelas pertama, sekurang-kurangnya hanna sudah banggakan Mia dan keluarga. Moga hanna terus maju dan kekal dalam iman. Esok dan hari-hari seterusnya di kursus, pandai-pandai bawa diri. Sentiasa amalkan nasihat yang Mia pesankan ya."

'Assalamualaikum'

Thursday, June 3, 2010

2 Dada 2 Hati 2 Rasa

hmmm, setiap kali nak berpisah dengan insan-insan yang aku sayang mula la aku jadi pendiam yang amat. hmm, mengeluh lagi. alah, dah memang aku ni seorang yang pendiam kan. Apa nak heran? tadi, Mak Nah tegur napa aku diam. Aku tak jawab, sebab aku diam.

Kenapa 2 dada? sebab ada 2 debaran yang buat aku diam. 1 sebab nak berpisah dengan keluarga PALING SAYANG. dan ke 2 sebab Keputusan peperiksaan bakal keluar 4 hb ni. OH, debaran yang kedua ni paling paling buat aku resah. Apa tidaknya, hari tu masalah bib yang tak cukup. Walaupun dah dapat kirim semula kepada penyelia tapi...Resah juga. Penyelia ada sms dulu, "ALhamdulillah, walaupun terlepas sasaran awal tapi masih dapat yang tebaik" Lebih kurang macam ni lah kata penyelia. hmm, resah sangat. Harap2 keputusan exam secara keseluruhan adalah yang TERBAik. Amin.

2 hati,
2 Rasa,
mencari serasi,
menyemai cinta.


Eh, apahal tiba2 berpuisi ni? hmm, kesan debaran tak menentu...macam ni lah jadinya.

Wednesday, June 2, 2010

Kahwin dua dan Mak Tiri

Kata ganti diri, aku.

Petang tadi tidur tak ingat dunia. Aku yang jarang-jarang tidur petang, terpengaruh juga dengan alahan kantuk. haish!

Tidur lah...beberapa jam lamanya. Mimpi ngeri berlangsung. TERmimpi ayah kahwin dua lepas tu Mak tiri tu jahat. Macam2 rancangan aku dan adik-adik buat. Macam drama pulak. Mintalah dijauhkan. Amin.

Tuesday, June 1, 2010

Sepi Seorang Perindu

Hari Ahad lepas, saya dan kawan-kawan ke rumah Rohaida atas undangan perkahwinannya. Bila dilihat pada foto sekolah, ramai kawan sekelas sudah berumahtangga. Alhamdulillah.


Dalam perjalanan pulang, saya dan tiga orang rakan sekelas lain berbual-bual dari satu topik ke topik yang lain. Termasuklah topik kekasih masing-masing. Saya hanya mendiamkan diri dan mendengar. Keluh kesah riang tawa kisah mereka. Tiba-tiba rakan di hadapan bertanya,

"Kau diam je kenapa?"

"Aku takde kekasih, aku dengar je lah."

Mereka ketawa dan kata tidak percaya dengan kenyataan yang saya ungkapkan. Tak mengapa, saya faham. Kenyataannya memang hingga kini saya masih tidak punya kekasih.

Itu kisah Ahad lepas. Kisah hari ini dan semalam. Saya mulakan dengan kisah semalam. Semalam bekas atau lebih sedap disebut X. X saya yang telah berkahwin atas pilihan ibunya pada 14 Feb 2010, meng'sms' saya dengan menyatakan:

"Kalau apa-apa jadi pada abang dan wife abang, *** masih mahu terima abang? *** masih sayangkan abang tak?"

Apakah semua ini? Saya akui sayang saya masih ada pada X. Cuma, saya tidak mengharapkan X kembali lagi. Kini X sudah ada tanggungjawab yang X sendiri pilih sejak X melafaz akad bersama teman hati pilihan ibunya.

Tiada jawapan yang saya berikan untuk X. Saya tidak mahu jawapan yang saya berikan pada X menjadi penyebab atas keputusan hidupnya. Biarlah X bersama teman hati barunya. Saya mendoakan mereka bahagia selamanya. Amin.

Kenapa saya memilih judul 'Sepi Seorang Perindu' untuk entri kali ini? Segalanya kerana kisah hari ini.

Hari INI, sedang saya berbual maya bersama seorang teman, kami berkisah tentang kasih masing-masing. Dia teman yang mengetahui kisah X ini. Dia amat terkejut apabila saya memberitahu bahawa X sudah berkahwin.

Akhinya, saya bertanya kepadanya tentang kisah kasihnya. Tidak saya sangka, rupa-rupanya dia juga sudah berkahwin dan baru menyambut kelahiran anaknya ke satu tahun.

Saya hanya mampu tersenyum di balik maya.

'Tahniah! Moga berbahagia bersama famili, ya.' Ucap saya dalam debar. Ternyata ada riak hampa. Tak sangka saya boleh terasa jauh seperti ini.

Oh, rupa-rupanya saya memendam hati pada insan yang telah berkeluarga. Alhamdulillah, perasaan ini tidak jauh melarat. Saya bersyukur kerana saya tahu tentang dia dan familinya.

Himpunan segala kisah cinta tak kesampaian, moga hikmahnya besar di sebalik kisah ini.

Untuk kalian, moga berbahagia selamanya bersama famili.





Tatapan Sepi Seorang Perindu seperti saya: Nyanyian Jamal Abdillah.

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Monday, May 31, 2010

Ke manakah

Tarik nafas dalam-dalam, dan lepas... Moga hilang satu beban berat dalam otak.

Alhamdulillah,

di kala senja mula meninggalkan merahnya, di sisi jendela saya menaip tinta hari ini. Hari ini seperti hari-hari biasa, mengharung onak kata-kata. Syukur, masih ada sabar dalam diri melawan segala duri bicaranya.

Alhamdulillah,

hari ini juga sedikit istimewa daripada biasa, selain menerima sakit perut yang luar biasa hingga asyik ke tandas berulang-ulang. Sakit itu istimewa juga bukan? Kurniaan Ilahi untuk menghapus dosa-dosa kecil. Perkara yang mahu dikisahkan tadi, saya ratu masak memasak yang paling rendah dalam carta keluarga. Carta keluarga saja, k. Tapi hari ini terbuka hati untuk masak sepenuhnya di dapur. Wah! menjadi juga. Main masuk dan campak segala bahan yang saya rasa hanya saya yang tahu. Ikut bayangan dalam otak. Syukur juga masakannya sedap. Sempat lagi dapat nasihat daripada ayah,

"namakan aje lah makanan tu dengan menu sendiri. Ingat chef2 terkenal tu tau ke bahan2 semua tu, mana tahunya, main campak2 je dah sedap." berbunga hati.

Moga perkara2 gembira terus berlaku. Perkara2 yang sedih bukan diminta pergi, sesekali datang ditangani sebaik mungkin. Moga juga, hati ini dipelihara segala sifat mahmudah. Amin.




Ke manakah? adalah judul itu. Sekelumit kisah ke manakah ini, hati menyatakan ke mana pula saya selepas ini. Sudah mula mencari-cari kerja. Berkhidmat dengan usaha tenaga sendiri. Segala yang baik sebagai bonus dan bekalan di akhirat, segala yang tidak baik moga jadi panduan dan pembetulan untuk harung kehidupan yang mendatang.

hmm, ada kisah di sebalik cinta pula. Mungkin entri lain kali. InsyaAllah.

Sunday, May 30, 2010

Babak: Teruk disakiti

DAlam masa saya demam, demam yang teruk...tiba diduga cabaran emosi yang paling kuat. Terbukanya di sini, bila hati sering disakiti...jiwa rasa dirobek-robek, sentapan bagai mahu tercabut. Namun, saya masih bersyukur. Itu tandanya, Allah masih menyayangi saya dan saya masih dalam lindungan-Nya. Jangan bermanja sangat dengan diri. Sesekali relakan ia dicabar sedaya mungkin.

Bergantung kepada semangat diri dan hati, sokongan keluarga yang banyak membantu dengan kata-kata, 'sabar, sabar dan sabar'. Alhamdulillah, emosi dan fizikal saya semakin baik.

Kesakitan ini walau tidak terlihat pada luaran, tapi dalamannya hanya Allah saja yang tahu.

'Lebih baik diam, daripada berkata yang jujur dan benar namun masih diragui.'

'hati remuk redam, apabila dituduh dengan kata-kata atau lebih saya anggap sebagai ungkitan..'

'ibu dan ayah mengajar, terima teman seadanya...jangan memandang harta dan rupa, tetapi berkawanlah kerana hati dan nuraninya yang baik.'

::suatu masa pernah saya dikata tidak mengenang budi dan hanya bersama ketika senang. Bertambah remuk redam pilu segala kesakitan apabila dikata begini. Saya hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan yang mengata saya begitu. Moga suatu hari nanti dia sedar selamanya saya bersama dia. Mungkin sekarang dia tidak nampak. Siapalah saya untuk mengajar dia erti keikhlasan yang ada dalam hati saya ini.

Apa pun, selagi ada hayat saya jalani dengan cara saya sendiri. Saya tahu saya jujur, saya tahu saya berniat baik. Dan saya tahu saya sentiasa bersama insan-insan yang menyayangi.

Biarlah apa kata orang, saya hanya manusia biasa, tak mampu menutup mulut ramai orang yang berkata buruk.

Paling penting sekali pesanan terbaik buat saya, 'Allah ada.'

terima kasih hati dan diri, semoga masih mampu bertahan menerima dugaan-dugaan Allah. Dan menambah amal ibadat hanya kerana Allah. Biarlah apa yang mahu dikata orang, ingat diri masih ada Allah.

Amin.

Babak: Teruja takut

Seminggu yang lalu,

Pelbagai dugaan menimpa.

Pertamanya, semasa ke klinik temankan Mak Cik menerima rawatan, ada misi yang tanya umur saya.

'Oh, dah cukup untuk terima suntikan h1n1.'

'Ok, boleh.' tanpa ada rasa gentar dengan jarum yang akan menusuk ke dalam tubuh. Saya pun menandatangan borang persetujuan.

Mula-mula rasa ok je. Pulang ke rumah, rasa penat pula. Tangan kanan yang kena suntik tu rasa berat. dan mula datangkan kesan. Adik call. Dengan rasa terujanya, saya nyatakan yang saya terima suntikan h1n1. Adik yang seorang jururawat, dengan selamba kata:

'akak terima?'

'iya lah. kenapa?'

'suntikan tu ada kesan sampingan. kalau antibodi tak kuat boleh bawa maut. kesan sampingannya seperti demam dan sengal2 otot.'

'ha?'

'Jururawat kat sana takde bagi tau ke?'

'tak pun.'

'ish, mana boleh macam tu. kat tempat kerja adik, siap bagi ubat lagi. untuk elak demam.'

Akhirnya saya demam 2 hari. Alhamdulillah, antibodi kuat. dan saya masih hidup. Pengalaman yang menakutkan. Saya tahu, mati memang akan berlaku pada semua orang. Saya berdoa selalu, hidup dan mati saya dalam lindungan Tuhan. Amin.

..sambung lain kali, mak ajak keluar ke kedai.

Ikut Pesan



(Bagi senyum manis tu sikit kat saya ea) :P


Salam manis buat saya,

Biasanya saya suka ucapkan salam manis kepada teman pendengar dan yang menonton. BUkanlah saya ni selebriti untuk ditonton atau didengar. Cuma kadang2 jika diundang ke majlis untuk menjadi pengacara majlis, itulah ucapannya. 'Salam Manis'.

Moga yang merasa, teresap 'manis' itu buat mereka. Dan saya juga mahu rasa 'kemanisan' itu dari diri saya sendiri.

Merujuk kepada judul yang saya letakkan di atas, hmm...sebenarnya bila buka blog saya jadi kosong untuk menulis. Dan kali ini saya mahu ikut pesan Kak Min (Aminah Mokhtar). Penulis kesayangan saya ini pernah nasihatkan dengan teori belasahnya pada saya, "Tulis apa yang dekat dengan diri kita. Tak usah jadi orang lain. Biar pahit biar manis, hanya kita yang mengenal diri kita sendiri. Tulis dan tulis." (lebih kurang macam ni lah pesan kak Min yang telah saya tokok tambahkan dengan ayat saya sendiri).

Maka, saya rasa apa salahnya kan, menulis begini. Tentang apa yang dirasa. Tentang apa yang berlaku. Tentang tentang segala.

Mulakan.

Saturday, May 29, 2010

Tangis Tak Berair mata

Nak ku nangis tak berairmata
Nak ku rayu pada siapa
Bagaikan lagu tanpa irama

Nak ku nangis tak berairmata
Nak ku rayu pada siapa
Setelah aku serahkan cinta
Engkau cari kekasih yang lain
Biar aku membawa diri yang lain
Dengan hati yang kecewa

Janganlah kau seksa diriku ini
Biar derita ku tanggung sendiri
Mengapakah ini harus terjadi
Dikala cinta sedang bersemi
Mengapa oh mengapa

Dunia ini ku rasa sepi
Tiap hari aku merintih
Aku menangis seorang diri
Kau gembira aku merana
Tinggallah kasih tinggallah sayang
Aku pergi membawa diri

Jamal Abdillah

Tangis Tak Berair mata

Nak ku nangis tak berairmata
Nak ku rayu pada siapa
Bagaikan lagu tanpa irama

Nak ku nangis tak berairmata
Nak ku rayu pada siapa
Setelah aku serahkan cinta
Engkau cari kekasih yang lain
Biar aku membawa diri yang lain
Dengan hati yang kecewa

Janganlah kau seksa diriku ini
Biar derita ku tanggung sendiri
Mengapakah ini harus terjadi
Dikala cinta sedang bersemi
Mengapa oh mengapa

Dunia ini ku rasa sepi
Tiap hari aku merintih
Aku menangis seorang diri
Kau gembira aku merana
Tinggallah kasih tinggallah sayang
Aku pergi membawa diri

Jamal Abdillah

Thursday, May 27, 2010

Menatap CInta (1)

"Tiba-tiba hujan lebat. Tak sempat sampai bilik dah basah. Aduh!" Sejak awal hujan membasahi bumi, hingga dua jam berlalu Kienah tidak henti-henti merungut. Mana tidaknya, dia yang sememangnya takutkan air, kini dibasahi lencun hujan rahmat itu.

"Sudah-sudahlah Kienah. Daripada kau membebel, lebih baik kau pergi mandi. Nanti demam pula." Bihah yang tenang, mengarah teman yang sedang kalut menanggalkan sehelai demi sehelai yang membaluti tubuh lalu dibalut pula dengan tuala merah jambu berbunga sakura.

"Iya, nak mandilah ni." Rungutannya keras. Sedetik Kienah berhenti melangkah.

"Apa yang kau pandang tu?" Bihah kehairanan. Turut menjenguk sini dan sana. Dalam hatinya sudah terdetik, kalau-kalau Kienah ternampak lintasan anak-anak cencorot atau cicak besar di bawah almari. Siapa tahu, bilik paling bersih pun kadang-kadang tidak lepas daripada makhluk-makhluk raksasa yang ditakuti Bihah.

"Bihah, tak payahlah angkat kaki sampai macam tu! Takde cencorot dengan cicak besar kat sini." Teman yang memahami. Bihah sedikit malu, lalu menurunkan berhati-hati sepasang kaki yang dilipat tinggi sama paras dengan dadanya itu.

Sambil membetulkan ikatan tuala, Kienah berlari anak ke ruang tamu. Yang dicari kini ditemui. Dia hampir menjerit apabila tombol pintu dipulas sedikit, membenarkan ruang pandangnya menonton babak asmara yang sedang hangat berlangsung.

Hujan yang masih lebat menghunus rintiknya, didakap erat oleh tubuh comel itu. Lencun dan basah tidak dihiraukan lagi. Tangan didepang semahunya. Sesekali mengelus nafas asmara yang kuat. Sesekali wajah itu melemparkan senyum manis yang panjang. Sesekali senyum itu meleret segan. Mata yang tertutup rapat tidak dibasahi air yang mengalir dari celahan kaca mata yang menutup pandang. Asyik mendakap hujan, asmara yang hangat ditonton teman serumah-Kienah yang sedang membara marahnya dan Bihah yang terlopong seperti mahu turut sama.

"Ayesha!!!" Alunan mesra rintik hujan pecah berderai tatkala suara merdu Kienah terlontar ke pelosok cuping alam. Segera Ayesha merapati dua sahabat itu.

"Kienah, kenapa ni? Ya Allah, apa kena kau ni? Berkemban? Masuk-masuk, malu orang nampak nanti." Ayesha menolak laju tubuh Kienah disusuli Bihah yang menatap tanpa mahu menyampuk sepatah dua kata.

"Oh, yang kau kat luar tu macam orang gila main hujan, tak malu pula?"

"Alamak, dah mula dah dia membebel." Ayesha berbisik.

"Apa? Kau kata aku membebel ya? Wah-wah!"

"Sudah! Apa hal la bising-bising ni?" Bihah mula rimas. Kienah dan Ayesha senyap tanpa suara.

"Achoo!"

"Ha, ini lah yang aku takut ni! Kan dah mula selsema kau. Kejap lagi mesti demam!" Lantang Kienah mengaju tuduhannya kepada Ayesha yang sedang terketar-ketar menahan sejuk. Baru dia sedar, dia kini kebasahan yang amat.

Ayesha senyap. Sesekali tangan kanannya menggosok-gosok hidung yang gatal. Bersin dan terus begitu. Payah benar. Merah padam mukanya menahan asakan bakteria yang mula menyerang tubuh.

"Hasyum!" Giliran Kienah. Bukan mengejek perlakuan Ayesha tetapi memang dah ditakdirkan kedua-dua mereka perlu bersin kerana kebasahan dalam hujan.

Bihah segera mengambil tuala hijau berbelang ungu lalu disampulkan pada tubuh Ayesha. Lagaknya seperti ibu yang sentiasa menjaga kebajikan anak-anak. Penyayang. Kerdip matanya mengarah Ayesha segera ke kamar mandi dan berehat. Begitu juga dengan Kienah yang turut sama menerima arahan. Kedua-duanya akur. Longlai menuju destinasi masing-masing.

********************************************************

Kienah dan Bihah setia merawat Ayesha yang melepek hampir semalaman. Demam.

"Lemah betul antibodi kau ni, Ayesha. Main hujan pandai. Tak ingat dunia."

"Kienah, biarlah dia. Bukan kau tak tahu Ayesha ni. Hujan ke ribut ke, itulah permainan dia."

"Biar? Sekarang ni dah demam. Kalau teruk macam mana? Kau dah lupa pesan famili dia pada kita dulu?"

"Aku ingat. InsyaAllah, lepas dia bangun nanti kita suruh dia makan ubat ya. InsyaAllah dia boleh sembuh."

Ayesha menjadi tanggungjawab kepada Kienah dan Bihah. Sejak Ayesha datang ke Pulau Biru, mereka sama-sama mengejar cita-cita. Kienah, Bihah dan Ayesha teman sedesa. Atau lebih rapat lagi disisip rapi kata sahabat pada hubungan yang terjalin. Antara mereka Ayesha muda dua tahun daripada Bihah dan Kienah. Adakalanya, mereka sangat memanjakan Ayesha. Sudah adat dalam keluarganya, Ayesha anak bongsu dan dikelilingi empat orang kakak yang suka melayan kehendaknya. Namun, Ayesha masih menjaga batas manja agar tidak memualkan siapa-siapa yang dikenalinya.

"Eh, Kienah. Bangun-bangun. Ayesha dah sedar."

"Ha, aa iya." Tampalan koyok yang kejap lekat di kiri dan kanan kepala Kienah dibetul-betulkan. Dia yang baru hendak lena, terjaga dikejut suara Bihah.

"Ayesha, bangun." Lembut suara Kienah. Bihah tersenyum melihat dua sahabat itu seperti berkasih sayang.

"Kienah, tolong aku. Tolong aku Kienah, jangan biar dia pergi. Tolong." Dalam lemah suara, Ayesha meracau-racau. Jari telunjuknya tegak mengarah kepada suatu sudut. Tidak pasti apa-apa yang ingin disampaikannya.

"Ah, sudah! Dia meracau. Teruk macam ni." Bihah mula panik.

"Tenang Bihah. Ayesha, bangun. Bangun Ayesha. Alamak, dia terlelap semula lah."

"Macam mana ni Kienah? Kau lihat, wajah dia tu. Tidur sambil senyum. Risau aku ni!"

Dua sahabat itu kaget, tiba-tiba Ayesha bangkit mengejut. Tubuh yang berbaring kini berposisi duduk. Tangannya mengepal-ngepal kain cadar. Selimut yang menutup tubuh separuh terselak hingga mengeluarkan hujung kakinya. Apa sudah berlaku? Racaunya tidak panjang dengan kata-kata. Hanya air mata pantas membasahi pipi, ibarat hujan petang semalam. Lebat tak berteduh.



nukilah hJ, untuk tatapan kualiti tulisan.

Dhia: Uit, tak tidur lagi?

Raimi: Belum.

Dhia: Sibuk nampak. Tak habis lagi ke assigment?

Raimi: Dah habis dah.

Dhia: Dah tu? Buat apa lagi depan laptop tu?

Raimi: Saja. Baca entri dalam blog kawan-kawan.

Dhia: Hmm.

Raimi: Eh, kau kenapa tak tidur lagi ni? Jaga kesihatan tu. (sambil senyum)

Dhia: Baik. Kau pun sama juga. Jom lah tidur.

Raimi: Kejap.

SAMBIL MENARIK SELIMUT.

Raimi: Seronok aku baca blog kawan-kawan tadi. Kebetulan semuanya menulis tentang ulasan novel, buku dan majalah yang dibaca.

Dhia: Apa yang seronoknya? Biasalah tu, kan?

Raimi: Tak. Lain. Tak sama.

Dhia: Apa yang lain. (menguap beberapa kali)

Raimi: (senyum)

Dhia: tersenyum pulak dia.

Raimi: Eh, hari ni ada gerakan lagi? aku nak rasa... (meminta manja)

Dhia: senang je tukar topik ea. Kalau kau nak rasa, kau bual-bual la dengan dia. Aku nak tidur. Tapi jangan lama-lama. Sakit tau.

Raimi: Sakit ya? Kesakitan yang indah kan? (tergelak kecil)

Dhia: Iyalah tu. (sama-sama menurut gelak)

Sunday, May 23, 2010

Dialog kita

Raimi Aqmar,

kembali pulihkan helain kasihmu. Aku tahu kau mampu. Aku yakin kau boleh. Kalah tidak semestinya kau jatuh. Kalau itu kau jadikan pembangkit semangatmu. Raimi, terima kasih menjadi teman yang kuat.

Dhia Rakha,

Semangat usahamu, seiring dengan makna yang ada pada namamu. Rakha, kegembiraanku. Moga kau terus juga bersama-sama aku. Kita sama-sama beroleh kebahagiaan dalam dunia dan akhirnya, kita bekalkan untuk akhirat yang pasti. Dhia, aku bertuah punya sahabat sepertimu. Terima kasih atas kesetiaan ini.

Thursday, May 20, 2010

Syahdu.

Selembut Sutera

Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga
Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun ku siram kasih
(Yang) bersarang dalam jiwa

Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam
Dalam arus yang menyeksakan

( korus )
Kasih tidak pernah ku meminta
Selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta dalam meniti usia
Punah semua saat yang bahagia

( 4 )
Di mana kelembutan yang ada dulu kasih
Merana dalam senyuman ku meratap sedih
Selendang sutera yang menjadi saksinya
Kisah cinta yang tertulis kini telah berakhir

Dengarkanlah ucapan sendu hatiku
Kenangilah erti cinta yang bermula
Kembalilah agar bisa ku merubah
Terangi hati agar bersinar di dalam percintaan

( ulang korus & 4 )

Oh kekasih simpan kenangan buatmu
Untuk daku yang masih ada di sini
Kerasnya hatimu untuk kembali
Tak terdaya ku tanggung penyeksaan
Yang abadi dalam selembut sutera

Friday, May 14, 2010

Projek!

bermula dengan 3 sajak yang perlu diselesaikan. 1 siap...ada lagi 2...kemudian skrip pula.


lirik lagu raya (permintaan gabungan)...

dan paling awal ini iaitu pada 17 Mei 2010, atas udangan Teacher Vasugi, guru bahasa Inggeris saya di Sekolah Menengah Kebangasaan Tenang Labis @ SMK Kamarul Ariffin Labis untuk saya mendeklamasikan sebuah puisi sempena Hari Guru Peringkat Sekolah.

Hari ini (14 Mei 2010) pertemuan kami di dewan sekolah untuk diberi penerangan kepada saya...Teacher mahukan biodata, dan sajak yang akan dideklamasikan.

Teruja dan berdebar. Terima kasih Teacher. Rasa amat dihargai. Moga hJ terus maju, ya! :) tAHNIAH

Thursday, May 13, 2010

Kesakitan yang Indah

Salam manis,

hmm...begini rupanya rasa memerah akal dan minda. Bukan mudah untuk berkarya, kerana perlu pastikan kualiti yang tinggi. Iya, terasa sukar namun ada resapan seronok apabila karya siap dan tersiar. Tersiar bererti karya ada mutu untuk ditatap pembaca. Kemudian, detik teruja berlaku menanti kritikan selanjutnya. Syukur juga dipanjatkan pada Tuhan, atas pujian yang disisipkan. Masing-masing memberikan semangat paling tinggi buat saya.

Permulaan, untuk merancakkan lagi perjalanan karya...saya sedang belajar mendiskripsikan latar. Belajar dan terus belajar agar memberi kesan terbaik pada karya.

Tidak kurang juga, melatih diri berimaginasi. (paling suka)... :)

Selanjutnya, teruskan membaca untuk peroleh bahan bantu yang baik.

Moga yang terhasil akan berlanjutan kualitinya. InsyaAllah. Amin.

Kesakitan yang indah: Seronok apabila melihat dan mentafsir kehidupan, dunia dan ragam. Kadang2 ilham datang apabila sedang lena...(datanglah 'kesakitan' ini...rancak terus menulis, 'ini yang indahnya') :)

InsyaAllah, akan cuba yang terbaik. Melalui jiwa dan rasa yang bakal membantu kehidupan di Sana kelak. Amin.

shh,.... :)

Rezeki yang datang jangan ditolak. hmm, terima kasih kepada kakak2 yang sudi memberi tugasan...

Sajak, skrip, dan lirik lagu raya.

Berfikir-fikir pula untuk siapkan novel (moga2 dapat diterbitkan tahun ini juga) insyaAllah. dah bab berapa ea? (ermm....) -Soalan yang meresahkan jika ditanya oleh Kak Min.

Kemudian (sebenarnya ini antara projek yang awal)...karya untuk pertandingan. Sajak anti-rasuah (masih dalam pembikinan) dan cerpen2...

Selanjutnya, berdepan dengan kerja pula. Buat masa ini memilih kerja kontrak selama sebulan, dan kursus2 yang diisi.

Lagi, tuntutan keluarga. Melayan Iman, hantar Mak Nah ke klinik dan bawa ke rumah Mak Long. Bawa mak ke kedai, pasar dan ronda-ronda. (esok kena hantar abang -adik lelaki ke kedai ambil lesen) :kenapa masih belum tido ni? esok nak bangun pagi kan? eerm...

seterusnya, nantikan penuh debar. Apa ya? shh...biarlah rahsia. :)

Penantian Si Gadis

Alhamdulillah, usaha demi usaha (nasihat dan air mata) yang ikhlas melahirkan suatu perjuangan yang amat bermakna. Berkat doa juga, dan harapan gadis semakin bahagia. Kembali rapat seperti dahulu. Gadis mengharapkan keluarganya tidak murung lagi. Atasi masalah dengan cara yang berjaya. Gadis berharap, peninggalannya nanti tidak membawa hati yang pilu dan haru. Moga dia dan keluarganya semakin bahagia walau di mana pun berada.

Penantian yang ada maknanya.

Tuesday, May 4, 2010

Gadis yang Menanti

Seorang gadis sedang bercuti, selepas tamat pengajiannya.
Di rumah, si gadis menghabiskan banyak masa dengan membaca. Kesukaannya sekarang.
kadang-kala si gadis menonton tv, perkara ini berlaku apabila si teruna menggoda si gadis dengan memicit butang on tv. habislah!

Si gadis sering menantikan. Bahagia seperti yang datang dalam pembacaannya. Pen hijau menjadi teman setia si gadis. Menanda, mencatat dan menulis apa2 yang terkesan. Ada kalanya si gadis tersenyum ada kalanya dia sedih. Gelagat orang sedang membaca.

Menanti bahagia, sambil usaha yang gagah. Si gadis suka mengalun surah2 suci selepas solatnya. Si gadis mengharapkan Tuhan sentiasa memberi dia bahagia. Ya, dia peroleh itu. Alhamdulillah.

Si gadis riang. Namun, ketika ini si gadis diam. Riaknya bisu. Dia sedang walang. Hatinya berbelah bagi. Kenapa?

Penantian si gadis menemui jalan buntu. Kenapa?

Rupa-rupanya ayah dan ibu si gadis sedang bersengketa. Si gadis bertambah resah, rumahnya tiba2 menjadi suram.

Si gadis masih menanti, akan adanya riang, bahagia dan gembira dalam hidup bersama isi rumahnya.

Moga si gadis terus bersabar dan berdoa menanti bahagia itu.

Thursday, April 29, 2010

Kienah Teman Pelangiku

Kienah,
kertas ini masih kosong,
Putihnya masih suci.

Kienah,
Mengenalmu bawa aku jauh ke pelangi,
Terhias indah sang warna,
pada kertas kosong ini,
Yang masih suci corakannya.

Kienah,
Terus rapatkan hubungan manis ini,
Seperti aur yang berpaut pada tebing,
Kejap dan padu,
tautan kasih kita.

Kienah,
tertunai sudah ikatan janji,
Puisi pelangi untukmu.

Tebarkan terus wangian cinta,
Tegar bersama warna kasihmu,
Kita menjadi teman riang,
Kita menjadi teman duka.

Moga pelangi warna corakanmu,
kekal berseri,
tidak lekang dimamah mentari,
kan bersinar sepanjang hari,
seperti hatimu yang cerah sekali,
bersama Ilahi,
dan tautan kasih ini.

Padamu Kienah,
kuhulurkan salam manis,
kemesraan yang tidak akan habis.

Kienah Teman Pelangiku karya hasni Ijmal (1:53 AM, 29 April 2010, malam terkahir di kamar K4N 205)

*Untuk Kienah, moga puisi ini dapat melerai janji hasni pada Kienah. Terima kasih atas kemesraan dalam tautan kasih kenalan yang singkat. Moga sama2 kita jelajah dunia, dan sentiasa mengenang memori di K4 ini... :) salam manis daripada hasni ya. *

Janji Kita

Suatu ketika aku pernah terjatuh,
Kau datang memeluk erat.

Suatu ketika aku pernah tersungkur,
Kau datang dakapku rapat.

Aku pernah bertanya,
Apa sumber kekuatanmu.

Kakak,
Tenang senyum manismu,
Mengukir lembut menitip bicara

'Yang jatuh itu mengajar,
Yang tersungkur itu perasa luka,
di samping keduanya,
duduk hikmah Tuhan yang paling tinggi,
Ajaran dan ingatan-Nya.'

Kakak,
rinduku pada pesan-pesanmu,
Yang selalu membangunkan aku,
di kala jatuh dan luluhnya aku.

Kakak,
Mengapa dibiar ajaran dan ingatan itu pergi,
bersama sepi,
Ciptaan cuai dan lalaimu, kakak.

Kakak,
kembalilah,
Adik menanti kasihmu,
ajaran dan ingatanmu,
yang akan jadikan jalan kita tegap,
tanpa robek tanpa rabak.

Relakan cuaian itu pergi,
tanpa sesal yang panjang,
bersama ajar dan ingatan,
teguh bersatu kembali.

hasni Ijmal 1:19 am, 29 April 2010 (malam akhir di K4N 205)

*Untuk kakak Azizah, moga kita tabah dalam ujian Allah. Tanpa cuai, kita sukar mengerti 'makna hati-hati'... moga sajak serba kurang ini kakak terima seadanya. hasni cuba yang termampu, tunaikan janji kita.*

Sunday, April 18, 2010

Ilusi dan angan...hanna dan hasni

Seketika tadi, aku ke sana sini di laman maya. Membaca dan membaca. Pilihan blog2 teman maya, setiap hari aku baca. Hingga terjumpa suatu entri yang menulis tentang *Aku seorang anak sulung* dan *Aku seorang anak bongsu*.

Masing-masing meluah kata tentang perasaan, tugas dan peranan. Indah membaca entri blog mereka.

Aku sendiri? Apakah perasaan aku sebagai anak sulung? Apakah aku gembira hingga sekarang? Kenapa perlu aku soal tentang gembira atau tidak?

Persoalan-persoalan ini, begitu melanda hati dan perasaan aku sekarang. Sebagai anak sulung, yang pendiam dan ya, memang aku seorang yang pendiam. Anak sulung yang tidak tegas. Masa aku kanak-kanak dulu, aku anak sulung yang sering dibuli adik-adik. Aku diam saja. Kenapa ya? Aku tak melawan dan tidak tegas seperti anak-anak sulung lain. Mungkin.

Aku sebagai anak sulung, waktu kecil disebat Ayah jika adik-adik melakukan salah. Aku yang pendiam, turut dihukum. Tanpa aku tahu, kenapa aku disebat sama, sedangkan aku tidak tahu apa masalah sebenar kalau adik-adik aku buat hal. Anak sulung yang sering dibuli.

Sikap diam dan diam ini, mungkin turun daripada sikap ayah. Ya, ayah juga seorang pendiam. Tapi...

Pernah aku mematahkan payung kerana marahkan seorang adik aku. Aku pernah melemparkan payung itu hingga berderai pasu bunga emak. Aku marah pada barang-barang jika adik-adik aku buat salah dan menaikkan marah aku. Perang mulut? Mungkin tidak, sebab aku seorang pendiam. Anak sulung yang tidak tegas. Cuma, barang-barang yang terdekat menjadi mangsa. Semua yang berlaku ini, bermula awal remaja. Dalam usia di sekolah menengah.

Tapi, sekarang. Sejak berjauhan dengan adik-adik. Aku semakin renggang dengan sifat marah. Ya, aku jarang tahu apa-apa yang mereka lakukan. Lagipun, mereka sudah besar dan berakal. Marah aku sudah kurang. Aku tak suka dan tak mahu marah. Sebab aku tahu, bila aku marah akan banyak hati yang terluka. Dan aku tak mahu marah. InsyaAllah, moga aku tidak akan marah dan segera memaafkan.

Sesekali mengimbas masa lalu menjadikan aku muhasabah diri. Mengingati masa lalu menjadikan aku tertawa dan berfikir. Selepas aku mematahkan payung dan memarahi adik dengan keras, akhirnya aku menangis. Sebab aku rasa aku dah melukakan hatinya. Walaupun aku tahu aku marah untuk memberi baik buat dirinya. Aku menangis bila marah. Begitulah aku, sebagai anak sulung yang pendiam.

Sekarang, melihat adik-adik yang sedang meningkat remaja dan dewasa. Sesekali aku sebagai anak sulung ini, tak mampu menahan marah apabila mereka lakukan salah. Aku menegur, dan marah dalam hati. Aku banyak melepaskan kemarahan dengan tangisan. Untuk adik-adik aku, aku sayang mereka. Segala tangisan aku hamburkan kata-kata dalam tulisan aku. Rusuh jiwa.

Begitu kenangan aku sebagai anak sulung. Tidak tegas, pendiam. adakah adik-adik aku mahu mengerti betapa indahnya menjadi anak sulung? Seperti aku? adik-adikku...

(Aku sering membayangkan yang aku punya kakak dan abang. Bagaimana perasaan menjadi adik. Bagaimana lakunya aku jika aku seorang adik. Aku banyak luahkan watak dan perasaan sebagai adik dalam hanna. Hanna yang penuh dengan angan-angan. Angan-angan sebagai anak bongsu. Itulah aku dan hanna.

ya, aku bersyukur atas kurniaan Tuhan memberi taraf kepadaku sebagai anak sulung. Walaupun mungkin anak sulung yang pendiam ini tidak sebaik anak-anak sulung yang tegas dan keras terhadap adik-adiknya, namun aku masih bersyukur adik-adik aku masih di landasan yang membahagiakan. InsyaAllah, segalanya aku harap begitu. tenang dan indah hubungan kita adik-beradik.

Aku pernah memiliki kakak. Ya, kakak-kakak yang menganggap aku seperti adiknya, tapi...hubungan kami tidak kekal. Atas duga dan cabaran Allah. Aku terima dengan redha. Apa-apa pun, aku masih sayang mereka. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Tentang hanna pula, biarlah ia begini. Aku luahkan dalam lukisan cerita aku sendiri. Mengimpikan untuk mempunyai kakak dan abang, ya sangat aku inginkan. Allah Maha Mengetahui dan setiap aturan-Nya menentukan jalan untukku membentuk cara dan jalan hidupku. Aku bersyukur, Allah memberi ilusi kepadaku dengan mengangankan semua ini.

Ya, biarlah hanya angan-angan. Angan-angan untuk aku jadi adik kepada Kak Long dan Kak Shira, Kak Ieza.)

Begitu sahaja.

Saturday, April 17, 2010

Pesannya...

Kembali ke sini, semula.



nafas dalam.

seperti sudah jauh saya ke sana. Sejak kenal dengannya, sejak saya terlalu peramah. Ah, tidak. Saya bukan orang yang begitu. Keramahan jauh sudah. Perlu kembali kepada asal. Ya, asal yang diam. Berfikir. Renung.

nafas dalam.

Kembali ke sini semula wahai diri. Keramahan yang kurang membawa makna baginya. Tiada lagi mungkin. Kembali ke sini semula.

nafas paling dalam.

Moga tiada lagi yang terluka. Moga dia senang dengan gaya dan hendaknya. Saya bukan siapa-siapa baginya. Saya akan kembali ke sini. Kembali kepada asal.

Cukup dalam.

Thursday, April 15, 2010

*Bicara Mata*

Hujung minggu semakin hampir. Rasa gembira tak henti-henti di dada. Tersenyum lagi. hmm...kenapalah dengan saya?

"Amboi!" Tiba-tiba, suara dia datang. Tinggi sikit daripada biasa. Kalau biasa, suara dia lembut. Sayup sedap telinga dengar. Tiba-tiba hati berdebar.

"Kenapa ya?" wajah tak bersalah saya tunjukkan. Memang tak bersalah pun. Ada buat salahkah? Hanya dia saja yang tahu. Sebab dia yang memperlihatkan saya seperti bersalah.

Dia mencuka lagi. Panjangnya muncung dia. Saya datang dekat. Pegang tangannya. Usap lembut-lembut. Mata saya cuba mencari arah pandangnya. Degilnya dia, langsung tak mahu menoleh saya. Tapi, tangan dia masih dalam usapan lembut jemari saya. Eleh, mahu dipujuklah tu.

Seketika muncungnya ditarik balik, ada kata-kata yang mahu dilontar. Perlahan, "Sayang!" Perlahan tapi keras. Nadanya, teka-teki buat saya.

"Ya, bicarakan." Manis senyuman saya hulurkan. Kasihan dia, sedang keliru dengan perasaan. Saya sendiri hairan, apakah salah saya. Atau dia tiba-tiba terdengar hasut karut Encik Joyah? Atau dia terpujuk kata punah Puan Murai? Tidak. Dia bukan yang mudah makan hasutan.

"Bicara mata apa? Renungan siapa?" Lontaran soalan dia, tepat terkena. Matanya yang jelas memandang fokus pada skrin Acer 4310 saya di hujung sana, terang-terang mendesak mahu kebenaran.

"Facebook ya?" ketawa kecil saya buat dia bingung. Tidak berkelip matanya memandang. Aduh, usah renung saya begitu. Jadi cair nanti. Saya masih dengan ketawa kecil.

"Jangan ketawa. Sila jawap." Lantas jari telunjuknya menyentuh bibir saya. Bisik arahannya, buat saya akur berkata-kata. Tapi...

"Hermmmm..." Cepat-cepat dia mengalihkan jarinya. Sedar wajahnya yang semakin resah, saya tuturkan dalam nada yang paling romantis. Lembut untuk dia hadam, agar sejuk resah gusarnya.

Saya menjauh. Ke hujung sebelah kanannya. Meja yang meletakkan ruang saya berkarya, yang di atasnya berisi komputer riba hijau saya, buku-buku dan segala yang menceriakan. Saya capai bentuk empat segi berbingkai hijau. Di dalamnya tersisip keping hitam putih. Ceria mengukir senyum. Mata yang bulat ditatap manis setiap masa ketika saya berada di ruang itu. Mata dia.

Dia hairan, menambah lagi kedut kerut pada wajah. Saya masih manja tersenyum. Mengusik dia. Saya hulurkan pada capai jemarinya. Bisu.

Ah, senyum manisnya. Mengusik jiwa sukma. Debar hujung minggu semakin terasa. "Inilah bicara mata saya. Setiap hari bersamanya, walau jauh...tapi matanya tak pernah lepaskan saya." Cepat saja dia jemarinya memijit manja hidung saya. Jerit kecil saya, gosokan keras saya pada hidung melucukan dia. Ketawa kami bersama.

"Terima kasih, sayang."

"Tersenyum seorang diri ni, apa kes? Bangun2! Sambung belajar. Esok ada exam lagi kan? Hanna! Bangun!" Tersentak. Hilang lamunan indah tadi.

"Sudah tu, mari solat Asar dulu. Lepas ni sambung lagi belajar. Kak Long dan yang lain tunggu kamu, cepat berwuduk. Berangan je budak ni."

*hujung minggu nanti, moganya hujung minggu paling indah lagi. Moga ya. Terima kasih buat Kak Long yang mengetuk-ngetuk manja meja tulisku, hingga terjaga dan hilang lamunan indah. Tak mengapa, moga lamunan itu nanti akan berbuah manis dengan kenyataan yang paling meriah. Ya!*

Tuesday, April 13, 2010

Luruskan Hatiku Tuhan by Mawaddah

# LURUSKAN HATIKU TUHAN

Ya Allah dengan berkat nabiMu
Dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku
Agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku
Agarku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku
Agarku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku tidak merosakkan
Agamaku dan juga tidak merosakkan
Kehidupan orang lain

Wahai tuhan yang membulak balikkan hati
Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku
Tak berubah supaya aku sentiasa tabah

Tuhan engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersamamu
Supaya aku rasa ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa
Siap siaga menunaikan suruhanmu

Ya Allah tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat

Tuhan aku harap
Engkau kabulkanlah doaku ini

Bewafa

BEWAFA By Imran Khan

Gal Sun Mere tu mutiyare, - listen to what i gotta say
Ki samjhe apne aap nu? - what do you think of yourself
Mere vangaro tu Ki ki kardi, - what do you keep doing to me
ae gal bus tu hi jandi, - only you know the answer to this
Menu sufayan pesh na kar, - stop sending me *something* ?
rab kolo thora jeha durr!! - atleast have some fear of God
Sikh ja ke pyar karne de val, - learn how to love
jhoote sang sade ik ik pal.

Bewafaaaa bewafaaa, - unfaithful unfaithul
bewafa nikli hai ti, - you have turnt out to be unfaithful
Ni jhootha pyar jhootha pyar, - your love was all a lie
jhoota pyar kita hai tu. - your love was lies.
Bewafaaa bewafaaa, - unfaithful...repeat
bewafa nikli hai tu,
ni jhootha pyar, jhootha pyar,
jhoota pyar kita hai tu!!

Jado nere mere kol tu hove, - whenever your near me
yaadaan vichh door tu khove. - your lost in my thoughts
Sanu sadni ae naa oda leke, - ?
tenu pende ode phuleke. - ?
Menu kuch kendi na hun lor, - theres no need for me to say anything else
mera dil torke tu na hun tor, - you've broken my heart now run and leave me
yaa tere chaida na ho, -you dont need it (his heart) anymore.
saade pyar di nishaniyat tu mor. - give me back my symbol of our love.(his heart)

Bewafaaaa bewafaaa,
bewafa nikli hai ti,
Ni jhootha pyar jhootha pyar,
jhoota pyar kita hai tu.
Bewafaaa bewafaaa,
bewafa nikli hai tu,
ni jhootha pyar, jhootha pyar,
jhoota pyar kita hai tu!!

Mere zindagi’ch kyu tu ayi? - why did u come in to my life?
yaari kyu ni tu nibhayi? - why didn't you stay loyal to our relationship?
Kiti sadi naal bewafayi, - youve been unfaithful 2 me
sanu de kuriyee jawaab? - girl give me an answer
dus de keri gul di, - tell me for what reason
sanu deriyee sazaaaa?? - u have given me this punishment?
Rowe gi menu yaad karke, - u make me cry with ur memories
rowe gi menu yaad karke!!

Bewafaaaa bewafaaa, - repeat
bewafa nikli hai ti,
Ni jhootha pyar, jhootha pyar,
jhoota pyar kita hai tu.
Bewafaaa bewafaaa,
bewafa nikli hai tu,
ni jhootha pyar, jhootha pyar,
jhoota pyar kita hai tu!!

Bewafaaaa bewafaaa, repeat
bewafa nikli hai ti,
Ni jhootha pyar jhootha pyar,
jhoota pyar kita hai tu.
Bewafaaa bewafaaa,
bewafa nikli hai tu,
ni jhootha pyar, jhootha pyar,
jhoota pyar kita hai tuu!!

Saturday, April 10, 2010

*Jadilah Ilmu* karya hJ




Puisi *Jadilah Ilmu*, saya ukirkan sewaktu mendengar taklimat awal Akademi Sastera pada tahun 2009. Ketika itu, sedang dibicarakan oleh penceramahnya tentang ilmu. Lalu, ilham terluah pada buku catatan saya. *Jadilah Ilmu*.

Alhamdulillah, 2 minggu lepas saya mengirimkannya ke ruangan Varsiti, Berita Harian. Dan 8 April 2010 menjadi tarikh siarkan sajak ini. Syukur sekali. Bertambah bilangan karya yang tersiar.

Pesan pada diri, menulis lagi untuk pembangunan ummah dan diri, serta perbaiki lagi mutu tulisan. Amin.

Thursday, April 8, 2010

Bengkel Penulisan Kreatif

"Bermula dengan keseronokan, berakhir dengan kebijaksanaan."

Cebisan aksara seorang tokoh tentang penulisan puisi ini, memberi impak kepada diri. Menulis untuk pembangunan ummah dan menulis juga untuk pembangunan diri. Keseronokan yang akhirnya menghasilkan kebijaksanaan.

Kata-kata itu dilontar oleh seorang tokoh yang disampaikan oleh Tuan Rahimidin Zahari dalam bengkel penulisan bersamanya hari ini. Dalam menghuraikan proses kreatif, tidak banyak yang saya dapat untuk hari ini. Hanya luahan dan perkongsian pengalaman yang saya rasa bukan menjurus kepada topik proses kreatif sebenarnya. Walau apa pun, di sebalik pengalamannya itu, terselit juga beberapa babak yang boleh difikirkan bersama yang akhirnya memberi semangat kepada hadirin untuk terus menulis. Antaranya:

1. MENULIS YANG DEKAT DENGAN DIRI
**** Lebih mudah untuk menghasilkan sesuatu karya. Di samping itu, lakukan juga penyelidikan untuk dapatan ilmu yang lebih meluas. Sambil melakukan keseronokan menulis, dapat juga kita lahirkan sesuatu pemikiran yang akhirnya membuahkan kebijaksanaan. Moga dapat membantu dan membangunkan ruang fikiran pembaca.

2. MEMBACA YANG BANYAK
****'Pagi tadi saya beli 2 buah buku di kedai UKM.'
Membaca yang banyak membantu kita mengenal sensitiviti. Sebenarnya, soalan tentang sensitiviti ini diajukan oleh Dr.Rosnah. Lalu, salah satu jawapan yang sempat saya dengar dan dapat ialah dengan membaca yang banyak. Di samping, melihatkan isu-isu semasa yang kebelakangan ini banyak mengguris perasaan kita sebagai manusia, membaca bahan-bahan yang bermutu juga banyak memberikan ilham dan idea kepada penulisan.

Kan, saya katakan pada awalnya. Tidak banyak yang saya dapat. Cuma, mungkin dengan kesihatan yang tidak berpihak hari ini membuatkan saya lebih banyak diam. Hinggakan dr.Mawar juga yang menggerak saya supaya menunjukkan hasil karya puisi saya kepada Tuan Rahimidin. Dengan longlai, berjalanlah saya ke papan kenyataan mengutip keratan puisi-puisi itu. Alhamdulillah, dapat juga ilmu tambahan ketika berbincang rapat dengan Tuan Rahimidin. Pesannya, 'mainan kata-kata dalam puisi amat penting. Susun dengan cantik supaya lagi bermakna apabila dibaca.'

**Moga karya-karya saya selepas ini dapat menampilkan ilmu dan membangunkan minda masyarakat. Amin.**

Kata Teman yang Tulus

beberapa hari lepas, aku cukup tersentak dengan pertanyaan seorang teman. 'Perlu ke tulis macam tu dalam blog?'

aku jawab dengan penuh gejolak rasa dan jiwa yang amat... seperti aku sesal dengan kehidupan yang aku ada sekarang. Aku selalu merungut tentang episod kelukaan yang aku alami sekarang dan entah bila akan berakhir. Sepatutnya aku bersyukur, di samping yang melukakan itu, aku dapat banyak pengajaran. Antaranya:

1. Jangan mudah percaya pada orang.
*hakikatnya, aku seorang yang mudah sayang dan percaya pada orang. Adakah ini satu kelemahan? atau perlukah aku sesalkan sifat yang sedia ada dalam diri aku ni?

2. Belajar bersabar pada tahap tinggi.
*aku selalu bersabar...aku rasa aku bukan seorang yang mudah marah. Bila marah pula aku suka diamkan diri. Aku mewarisi sifat ayah, lebih banyak diam daripada bicara ketika marah. Tapi, jangan diuji yang melampau kesabaran ini. Bimbang akan melukakan hati orang lain.

3. Mengetahui aku masih disayangi.
*hal ini banyak sekali yang aku terima. Alhamdulillah, famili dan teman-teman banyak beri nasihat, panduan dan tidak kurang juga amaran. Amaran yang bagaimana? Amaran bahawa, kalau aku sedih lagi...siaplah! amaran sayang daripada mereka.

4. Mengajar aku erti kedewasaan.
*dulu aku masih kecil. Sekarang dah dewasa. Banyak perkara orang dewasa yang dulu-dulu aku lihat amat merumitkan kini berlaku pada aku pula. hmm, aku kena siap sedia menjadi dewasa dan matang.

Hingga analisis yang keempat ini, aku jadi takut dan hilang arah untuk menulis terutamanya di blog. Sebabnya, bimbang aku akan berkata yang bukan-bukan (mungkin akan menambahkan lagi kedukaan hati).

Dan paling terkesan dalam hati aku, seorang teman yang bersoal jawab dengan aku tadi mengatakan satu patah perkataan. Hanya 1 perkataan sahaja buat jiwa aku terusik hingga tinta ini tertulis, 'Tulislah sesuatu untuk pembangunan ummah.'

Begitu tulus dan menusuk ke jantung hati. Teman itu membuka hati aku supaya menulis, menulis sesuatu yang rapat dengan diri aku supaya dapat menyumbangkan sesuatu untuk ummah. Ya, entri kali aku harap sebagai permulaan untuk pembangunan ummah itu. Mungkin boleh diambil daripada analisis pengajaran kelukaan tadi.

Terima kasih buat teman itu. Dia tahu siapa teman itu. Terima kasih.

Sunday, April 4, 2010

Tidak bersendiri...

Alhamdulillah, khatam sudah bacaan pertama sepenuhnya selepas melontar azam pada minggu lalu. Azam? Ya, azam yang boleh digubal pada bila-bila masa...atas kehendak sendiri. Terlaksana juga. Syukur. Azam yang dimaksudkan ialah cara atau gaya membaca.

Kebiasaannya, sebelum azam ini tercipta saya suka membaca (karya kreatif) novel, kumpulan dan antologi cerpen atau apa-apa sahaja dengan bacaan tidak lengkap. Misalnya, bacaan novel A akan terhenti selepas setengah muka dibaca, kemudian mencari novel B (melakukan perbuatan yang sama), dan berlanjutan sehingga ke C, D dan kembali kepada A, B dan C semula...begitulah proses bacaan saya selanjutnya. Hmm, sangat pelik dan kurang bermanfaat. Cuma saya diberi kelebihan (syukur), walaupun membaca berlainan karya pada satu-satu masa, tidak pula pernah tertukar watak-watak. Masih segar dalam minda akan watak-watak yang terdapat dalam pelbagai novel itu.



Dan kembali kepada azam. Saya melakar tinta pada diri, akan membaca satu-satu karya hingga habis dan akan beralih kepada karya yang lain. Begitulah proses seterusnya. Moga ia lebih bererti kerana saya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan. Dan dapat menggapai makna sebenar. Hmm..



Syukur, terlaksana juga impian saya. Mahu membaca dan membaca. Novel pertama pilihan hati saya ialah Setenang Cahaya Hati karya Salina Ibrahim. Keterujaan menjadi-jadi untuk membaca karya yang lain selepas SCH. Iya, berkatnya membaca pada kadar yang saya rasa pada diri adalah betul. Selepas ini saya memilih karya Nazri M. Annuar yang berjudul.....Karipap-karipap Cinta.

Berkaitan judul entri kali ini, saya hanya mahu menyatakan bahawa saya tidak bersendiri. Buku dan segala macam artikel yang bertulis akan menjadi teman saya. InsyaAllah, setiap perpisahan akan baik dengan resah menunggu jawapan yang akan terlunas.

Hingga itu, bacaan SCH banyak memberi maafaat terus yang akan saya siarkan nanti. Di blog saja. Sudah mengantuk. Salam

Thursday, April 1, 2010

Akhir yang indah...



sem 6, 1 April 2010, UKM

Tuesday, March 30, 2010

Begitu, hati ini dilukai

Saya mulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Begitu, hati ini dilukai.

Setiap kali saya menulis di sini, pastinya ketidaktenteraman hati yang terujar. Terhenti seketika. Adakah perlu saya mencoret duka di sini?

Begitu saya menanti saat untuk menulis panjang. Akhirnya, sekali lagi episode duka melanda.

Hati. Hati yang sentiasa mahukan bahagia. Tapi. Terlempar dengan kata nista. Mengapa manusia itu, yang dahulunya menyayangi, tetapi sekarang begitu menyakiti? Begitu melukai…Mengapa?

Dalam dakap ayat-ayat suci, saya tenang kembali. Begitu yang disuratkan Ilahi. Sentiasa dekat dengan-Nya. Ketenangan dan ketenteraman hati yang dicari.

Beribu kali, dan benar-benar dilukai. Kali ini, sabar yang dinanti hampir pecah kembali. Namun, patah hati ini, benar-benar ditusuk duri. Benar-benar…sakit.

Jika tidak lagi mampu saya tahan. Saya berdiam diri selamanya. Biarlah dia terus mengata nista. Kebenaran dan yang hak…Ketentuan Ilahi.

Kepada yang mengerti, terima kasih. Dan kepada yang dengki moga diberi hidayah dari Ilahi.

*Moga selepas ini, saya tidak dibauri lagi dengan kisah duka seperti ini. Saya pergi.*

Monday, March 29, 2010

sedang mencari perasa

...sedang cuba-cuba untuk menulis panjang...

*akan datang beberapa hari nanti*

Saturday, March 27, 2010

Gelap Malam Ini (sempena Hari Bumi)

dengar-dengar malam ini kita bergelap,
elektrik dipadam,
bertambah kelam,
hangat yang suram.

benar malam ini kita bergelap?
apa rancangan apa rencana?
berdiam saja?
atau berkelana?

tiba malam, sudah bergelap,
duduk seorang jangan berdua,
nanti tiba tidak disangka,
yang ketiga,
angkara punca,
malam yang gelap.

biar malam ini kita bergelap,
pendam gelita,
mahu bumi segar semula,
yang indah-indah lakukan segala,
kan ada cahaya,
bersinar semula.

Gelap Malam Ini karya hJ (ruang tamu K4N, UKM 6.47pm, 27 March 2010 )

Friday, March 26, 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010


(DIBELI PADA 19HB MAC 2010)

beberapa yang lain iaitu dibeli pada 25 Mac 2010 (kali kedua ke PBAKL) tidak disertakan gambar di sini. Antara yang dibeli semalam:
1/Novel Sesuci Kasih Bonda karya Ilani Mysara
2/Porjek Diet Ain Maisarah karya Ain Maisarah & Rose Harissa
3/Kembara Seorang Hamba karya Shahnon Ahmad
4/Tip-tip Cemerlang daripada Quran tulisan Dr.Danial Zainal Abidin
5/langsir: Praktikal dan Bergaya

Alhamdulillah, rezeki yang mencukupi membolehkan saya memiliki buku-buku kegemaran. Moga rezeki sentiasa berpihak, menambah ilmu dan amal. amin.

Segala Pendam

taburan warna pelangi,
mula pudar,
saat hadirnya segala pendam.

duka dan luka,
ribut gelombang,
pecah, parah dan berdarah,
sukma yang terus gelita.

bisu aku bisu,
pendam segala rasa,
biarpun jujur diperkata,
tiada satu yang dipercaya.

Sujud,
ikhlas dan rindu,
Ilahi,
datangkan pelangi,
agar pendam,
tiada lagi.

karya hJ (25 Mac 2010, 1158pm, : Ya, Allah. Aku Menangis)

Monday, March 22, 2010

"Aku Terbuang" karya hJ tersiar di Berita Minggu



Alhamdulillah, sekali lagi pada tahun ini karya saya tersiar. Moga ada kejayaan lagi di masa akan datang.

::Moga tiada lagi 'aku' terbuang,
dilayang tanpa pandang.

::Ibu dan bapaku,
beri taraf layakku,
digelar sayang,
bukan dipanggang perasaan.

Sunday, March 21, 2010

Rindu

Tipis angin berlagu,
tiupnya halus menyentuh kalbu.

Sepi di situ,
damainya menyisip syahdu.

selalu...
dilamun rindu,
pada-Mu yang Satu.

Rindu karya hJ (3.47pm 21hb3)

Friday, March 19, 2010

Kering

Beribu kali ditolak,
Diterjah kebersalahan,
Hingga merunduk,
Tiada yang peduli.

Riang dipinggir,
Ria disisih,
Dilambung lagi kebersalahan,
Pilu berlagu.

Irama terhenti,
Hilang lari,
Lenyap segalanya,
Biarkan sendiri bersama sepi,
Tertakdir begitu,
Rela.

Duka kejap basah,
Suka terlalu kering,
Kontang,
Tiada lagi,
Lenyap,
Segalanya ilusi.

Kering karya hJ (1239am, 19 mac 2010)

:: tinta ini, biar aku pergi. realiti dalam ilusi.

Thursday, March 18, 2010

Dodoi Manja buat Syuhada

Syuhada,
senyum kecil molek,
terukir manja di bibir mungil.

Sayup suara,
meruntun mahu didodoi,
Ya Syuhada,
lantun lembut suara manis ibu,
Moga lena dibuai rindu.

Lenalah sayang,
dalam senyuman manjamu,
santun doa bertaut,
sebelum pejam berlalu.

Dodoi Manja buat Syuhada karya hJ (18 Mac 2010. 1:48am)

Tuesday, March 16, 2010

Seorang

Melihat teman riang,
tersenyum dibimbit ria,
Alangkah,
cantik tawanya,
tersusun rapi seri,
melirik rindu hati.

Wajah tiada lagi kusam,
Sinar terang,
Memancar riang,
lagi,
alun irama pelangi,
riang warna-warni.

Teman yang riang,
biaskan sukma indah,
serapkan pada semua,
pada teman yang hilang,
pada teman yang keseorang,
berteman siang menjelang malam.

Seorang karya hJ (1.49 pm, makmal komputer, 16 Mac 2010)

Monday, March 15, 2010

Nikah

Rintik renyai yang dingin,
kita hampir-hampir memegang erat,
basah dan bertentang mata,
kita hampir-hampir berdakap rapat.

ah, itu kita,
yang hampir-hampir saja,
sengaja,
biarkan basah tubuh,
dirintik renyai hujan,
sengaja,
menghangat asmara,
bersama depang tangan,
dan pejam mata.

hampir-hampir,
semakin pula rapat dan erat,
dekat,
bersatu kuat.

terima kasih,
hubungan erat dan rapat,
bersemi mendakap,
tiada dosa,
kerana halalnya,
hubungan asmara.

Nikah by hJ (14 Mac 2010)

Tuesday, March 9, 2010

Matang Adikku by hJ

Cemas bicara ibu,
Di hujung talian suaranya serak menahan tangis,
Butir bicara jadi tak menentu.

Aku yang mendengar,
Turut berasa haru,
Anak ibu- kakak sulungku,
Sudah seminggu menjamah tubuh katil di wad,
Tiada lagi tanda tangis bayi,
Yang mendodoi dan mengelus manja.

Ibu dan kakak,
Tangis tiada sendu,
Buat aku jadi keliru.

Datang adik melirik senyum,
Bicara lesu jadi hibur,
Duduknya berteleku,
Sambil tangan menadah sayup,
doa santun dilagu,
Pada Ilahi tuju yang jitu.

Setia dakapan adik,
Kejap dan padu memeluk kakak dan ibu,
Matang perilaku,
Hingga aku jadi terkedu.


by hJ (9 Mac 2010)

Monday, March 8, 2010

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem
Qul a'uudhi bi rabbin naas
Malikin naas
Ilaahin naas
Min sharril wawaasil khannas
Alladhee yuwaswisu fee suduurin naas
Minal Jinnati wa naas

Sajak 'Hari Ini' by hJ

Hari ini,
Lesu membimbit hati,
Tiada senyum,
Luka bertambah di hati.

Hari ini,
Mata sukar berkelip,
Tajam perhati duka,
Tercarik dan berdarah sekali.

Hari ini,
Hilang tawa lagi,
Yang baru ingin bermula,
Onar yang hilang tumbuh kembali,
Gamitnya kejam menuduh daya sukma.

Hari ini,
Doa tawakal bersatu janji,
Takdir sepi berlalu pergi,
Mengharap reda Ilahi,
Itu yang pasti.

by hJ

Episod Jiwa 1

‘kenapa dengan saya tuan dok?’

Dok senyum. Jubah putihnya dikibas-kibas. Stateskop kejap dipegang.

‘Awak, ada masalah ke?’ reaksi dok yang cukup mendebarkan. Suasana bilik bercat putih kuning itu sunyi. Sepi tanpa ungkap suara.

‘Kenapa awak diam? Ada apa-apa yang mahu awak kongsikan dengan saya?’ dok tersenyum lagi. Mungkin reaksi itu sengaja dibiarkan bagi mengurangkan kegelisahan hati ini. Ah, kenapa ni?

‘hmm…saya ok je dok. Sihat. Tak sakit kan?’

‘Siapa kata awak sihat? Siapa kata awak tak sakit?’ kali ini, wajah dok berubah serius. Dok seperti mahu melontar amarah. Kerutan pada wajahnya langsung mendebarkan hati yang baharu saja mahu tenang.
Dok kembali tersenyum. ‘Macam ini lah. Pada luaran awak nampak sihat, tapi saya tahu…ada desakan jiwa yang buat awak tak tenang. Betulkan? Saya faham, awak berahsia. Takpe, saya beri awak cuti beberapa hari. Awak berehat dan ambil masa untuk selesaikan segala kekusutan minda awak. Cari orang yang sesuai untuk awak berkongsi cerita. Jangan pendam semua sendiri, ya.’

Jawapan dok beri sendiri atas persoalannya. Tergamam sebentar. Dia seperti memahami kekusutan jiwa. Patut pun di kelas tadi, ramai yang menegur, wajah nampak sayu dan tak berseri. Mungkin paparan kekusutan ini jelas terpancar. Hampir saja mahu pitam, lalu dibawa ke klinik. Dan dok yang merawat kelihatan seperti dok psikologi. Sedikit lontaran nasihat dan arahan bercuti.

Ada lagi riak senyumnya. Tampak lebih manis, ‘hmm, sebelum awak beredar saya mahu pesan, selepas habis bercuti…datang semula jumpa saya. Selamat bercuti, ya.’
Angguk yang lemah lalu keluar dengan huluran senyum terima kasih. Dok juga menyambut senyum itu.

‘kenapa perlu jumpa dok semula ya. Mungkin…’ cuti yang diberi banyak. Mungkin bawa hati dan diri ke kampung. Tenangkan segala kekusutan. Tenangkan segala gundah jiwa. Usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah, selepas ini lebih baik. Terima kasih kepada senyuman dok, yang cukup memberi semangat.

Sunday, March 7, 2010

sepintas lalu~~ sensitiviti



Tidak semua, membaca dan mentafsir dengan tepat. Adakalanya, cepat sahaja timbul rasa iri. Adakala juga mudah sahaja hati jadi sensitif. Sedikit kata-kata, sedikit bicara dan banyak makna yang terungkai dek hati. Berbeza-beza tanggapan pemberi dan penerima. Untuk jiwa memahami juga lain, maka itu mulalah menjauh dan rendah diri akan sensitiviti yang ditanggung. Amat terseksa, tetapi itu hakikat yang sukar diubah.

Friday, March 5, 2010

Sekarang seolah-olah keadaan menjadi semakin baik. Ya, baik bagi mereka. Tahniah, kepada mereka. Moga semakin sihat dan sentiasa baik. Tahniah kepada diri ini juga. Kerana masih bertahan hingga ke hari ini. Herdikan dan cacian semakin hilang, walaupun sisa-sisa masih terasa. Tak mengapalah, apa yang penting mereka semakin baik.

Utusan malam itu, ditinggalkan jauh-jauh. Seperti ada tusukan tajam tertinggal jika ia dibicarakan lagi. Tersinggung hati dan terluka jiwa, moga ia sembuh dalam doa dan harapan kepada Ilahi.

Sekarang, kesenyapan dan kebisuan. Tanpa suara diri bergerak seiring dengan haluan masa. Harapan untuk diri ini bahagia seperti pesan ibu dan keluarga. Tak sampai hati melihat mereka juga menderita kerana kedukaan diri ini. Ya, ibu dan keluarga paling disayang. DIri ini kuat melawan dugaan. Diri ini berpegang kepada kebenaran. Hingga usai badan dikandung tanah. Segala harapan dan moga diletakkan pada Ilahi semata.
Terima kasih keluarga, membantu dan menceriakan hati. Diri semakin kuat dan tabah. Moga tiada lagi duka dan luka sekejam itu. Amin.

~hJ

Thursday, March 4, 2010

Kerana aku dihalang!

Utusan yang diterima malam itu, benar-benar merenggut jiwa sukma. Menahan daya dan getir pedih. Hampir saja minda jatuh hingga tahap paling bawah. Tersungkur digarit duka yang menikam dalam sekali. Ah, perasaan dirobek carik seribu!

Usai membaca utusan. Dalam geram berbaur kelam. Bibir bisu tiada kata. Terpempam! Terpegun dengan amaran laksana kerahan hilang upaya.

Seperti hurungan mangsa, yang jijik diperkata segala sangka. Duga yang kuat tersimpan. Jauh disudut jiwa, resah mencengkam payah.

‘Ya, aku mangsa! Aku diperkata seenak bahasa! Bukan dia, bukan siapa. Malah hati yang lain turut menyata gundah!’
‘Hei, bukan aku yang salah! Aku mangsa!’
‘Baiklah, kau lupakan segalanya! Bukan satu, bukan dua! Malah berkala-kala.’

Tutup kata daripada utusan yang diterima. “Lupakan.”

Aku mangsa, yang dikata pura-pura. Dilarang terus mengutus khabar. Dilarang terus memungut berita.

Sudah-sudahlah. Jangan pula suatu masa dikatakan pula aku lupa dan tiada sanggup menanggung duka bersama. Jangan pula suatu masa dikatakan aku lupa dan hilang budi bahasa.

Pada budi dan taburan kenangan, aku akan simpan di sudut hati bersama luka dan goresan duka. Biarlah ia terus membungkam bahasa. Kerana aku dilarang! Kerana aku dihalang!

Fahamlah. Nada harapan hilang lenyap bersama duka. Tiada lagi moga. Tiada lagi harap. Segala yang sia-sia. Kerana aku mangsa!

Berlalu aku dengan hiba. Menanggung resah yang payah. Gundah ini pergilah. Kerana aku dihalang harap!

Wednesday, March 3, 2010

Lena petang yang panjang. Tiada mimpi dan angan yang datang bertandang. Segalanya kelam. Bangkit dalam keadaan yang terhuyung-hayang. Ah, sakit ini datang kembali. Getir hati menahan pedih. Tak sangka, sudah bertahun ia menjauh. Tiba-tiba hadir tanpa diduga.
Duduk sebentar menahan lelah. Perit menggigit bibir. Mengelus aduh. Kejap tangan menekan perut. Mencucuk hingga ke hulu hati. Ah, terasa mahu saja menghempas tubuh kembali lena. Tidak, gagah yang padu perlu. Waktu Asar semakin beranjak pergi. Tidak…tidak boleh ditinggalkan.

Untukmu Hana bersama Salina Ibrahim



Pesan di dalam helai pertama novel ini, bersama autograf Kak Salina:

Hasni a.k.a hana, Selamat membaca, menghayati dan menilai makna kehidupan.

3/3/10, UKM

Tuesday, March 2, 2010

Monday, March 1, 2010

Suasana meriah! hungama... :)


Sunday, February 28, 2010

Puisi Lena buat Sayang

Dodoi lagu rindu,
buat sayang jangan sendu,
dodoi lagi lagu rindu,
buat sayang ingat selalu,
padaku...kasihmu.

Dodoi irama indah,
bersama bicara madah,
jangan suka redah-redah,
nanti kita juga parah.

Dodoi lena buat sayang,
Moga mimpi indah-indah,
titip doa buat penghalang,
segala goda dan duga.

lena...lena...lena sayang,
aku dakap penuh riang,
kucup dahi dengan senang,
esok pagi kan menjelang,
jumpa kita di hari siang.

hJ.

Saturday, February 27, 2010

khayal ke Mumbai... :)

Thursday, February 25, 2010

Cerita Pendek: Cinta Bukan untuk Kita (2)




Episod 2

“Amelia! Apa kau buat tu?”

“Amelia! Jangan!” Segera aku berpaling pada suara yang menjerit pekik namaku. Ah, dia dan temannya. Hadir tepat pada masa. Tidak sanggup lagi aku menahan sakit dan dendam yang terpendam ini. Darah dan air mata tidak henti mengalir.

Aku berpaling semula menghadap dua insan yang masih berkejaran. Riangnya mereka. Langsung tidak mempedulikan aku yang sedang menanggung kedukaan ini. Dekahan tawa mereka amat menjentik jantung hatiku. Sepertinya hati ini juga menanggung luka yang dalam. Kedatangan dia dan temannya langsung mematikan renungan luka itu. Darah dan air mata yang mengalir lebat ini sedikit pun tidak menggannggu setiap pandangku. Lantas saja arah mataku melihat tubuh dia dan temannya turut basah. Peluh yang banyak. Lambang kesetiaan dia dan temannya setia memberi kasih padaku. Seluar panjang sekolah berwarna hijau askar yang dipakai dia kulihat kotor pada paras lutut. Begitu juga dengan skirt labuh biru laut yang disarung temannya, paras lutut mereka terkesan lumut dan tanah berbatu. Pasti saja mereka memanjat tanah tinggi di mana duduknya aku di belakang pohon besar itu. itu sahaja jalan pintas yang ada untuk cepat mendapatkan aku. Tanganku yang basah dengan darah ditarik temannya, segera mereka melarikan pandanganku daripada dua insan yang masih berkejaran itu.

Wednesday, February 24, 2010

bentuk nasihat

Hello has, your Horoscope for Tuesday, February 23, 2010



For quite a while, you've been considering what to do about your relationship with a certain possessive someone. Should you end it, slow it down or jump right in? The fact that you're not sure is a statement in itself. You may not want to end the relationship just yet, but keep a careful eye on that jealousy. It seems like a compliment initially, but it can quickly become irksome.

Tuesday, February 23, 2010

Cerita pendek: Cinta Bukan untuk Kita




Episod 1

Cinta

Pagi itu aku lihat kau dan Adriana sibuk berkejar-kejaran. Padang bola itu luas. Hijau rumputnya terang disuluh cahaya matahari. Berkilauan dan mengerdipkan sudut pandangku sekali sekala. Sengaja aku hulurkan senyuman suci ini. Aku tahu kau sedang riang mendakap rintik peluh yang tidak kunjung habis. Kau dan Adriana basah bersama keringat kalian. Berdiri aku di belakang pohon besar di hujung padang itu. Di sini, satu-satunya pohon besar yang ada. Aku, hanya mampu menghulur senyum. Senyum yang takkan pernah kau dan Adriana akan terlihat.

Dalam senyum itu, aku seolah-olah mengeluarkan suatu tujahan suara yang keras. Namun, seperti tidak mahu ia keluar dari bibir kering ini. Hasilnya, tubuh pohon besar ini aku dakap penuh rakus. Kulitnya yang keras, kusiat kuat. Bersama daya kejam, darah hangat mengalir dari hujung jariku. Tubir mataku juga mengalirkan suatu yang hangat. Aku menangis bersama darah yang tidak henti mengalir. Tanggal tiap kulit pohon besar yang kudakap itu bersama daging-daging jari yang tertinggal sekelumit di situ.

karya dan lukisan by hJ

Bangkitkan Aku!

Bangkitkan aku! Bangkitkan aku!
Teriak hati, teriak segala sukma,
Subuh senja terus lena,
Tangis teman,
Bangkitkan aku!

Bangkitkan aku! Bangkitkan aku!
Aku lemas,
Lena berpanjangan,
Tangis teman,
Bangkitkan aku!

Parah! Pasrah!
Bangkitkan aku!
Jiwa mendongak,
Meratap,
Merintih,
Duka tangis teman,
Bangkitkan aku!

Segala senyum,
Segala manis,
Segala tenang,
Tangis berteman,
Bangkitkan aku!

Wahai hati, bangkitkan aku!
Jangan ragut lagi cintaku pergi………..

hJ

Monday, February 22, 2010

Duka lagi 2010




Selamat malam,
Sebelum ia larut dimamah usia malam, ada sesuatu yang membangkitkan rasa perasaan.

“Di muka buku, saya melihat rakan-rakan riang berdamping bersama teman-teman mereka. Di sana juga, segala tempelan foto dimasukkan. Kenangan indah yang akan mekar selamanya.”
“Bahagia melihat riangnya wajah mereka. Bergelak tawa yang bukan dibuat-buat. Ikhlas dan tulus.”


Suatu ketika dulu, saya juga pernah merasakan itu. riang, bergelak tawa, dan sesekali mengaduh luka. Saya kenangkan semua itu. tersemat erat dalam memori.

Namun, segalanya berubah. Tika2 indah entah di mana letaknya. Segala pahit kata diluah semahunya. Saya…? Bersalah pada keadaan. Namun, sabar saya letakkan pada tahap teratas. Walau dicemuh dan dikeji seindah bahasanya.

Sabar saya sebagai manusia biasa, manusia lemah pada pandangan Pencipta, goyah seketika. Mulalah suara kami meluahkan rasa untuk menegakkan keadilan. Ya, pada sebelah pihak…tidak layak saya bersuara. Mungkin saya anggap diri saya saja yang betul.

Akhirnya, saya lelah dengan nada2 kebenaran. Tiada lagi patah kata mampu mengubah hatinya menjadi lembut. Menerima jalan positif dan lebih terbuka.
Maka, dia meninggalkan saya pada malam ini. 21 Februari 2010.

Lafaz akhir, maaf dan terima kasih segalanya.


Seketika saya terlupa yang dia melarang saya masuk ke laman maya YM nya. Saya menyapa kehadirannya, dengan harapan ada kelembutan dalam hatinya. Tetapi, saya tetap ditinggal jauh…dari sudut yang paling jauh dari hatinya.

Berlalunya kisah ini malam ini, saya relakan dan saya redha. Allah Maha Mengetahui setiap rencana-Nya. Saya sudah akui kesalahan dan meletakkan maaf dan hormat saya padanya. Tetapi…keadaan keruh masih degil untuk pergi.

Moga ada jernih hubungan ini di masa depan.

Syukur pada Allah, memberi saya dugaan seberat ini. Saya pikul semampunya, dan masih bersama-Mu Ya Tuhanku. Amin.

Sunday, February 21, 2010

Berhubungan baik sesama insan

Tidak rugi mempraktikan apa-apa yang dibaca terhadap kehidupan seharian. Membaca segala ilmu yang baik. ya, ilmu itu memang baik. Jadi amalkan ia untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

sesekali entri berunsur motivasi begini, menjadikan diri lebih dekat kepada Maha Pencipta. Berbahgi ilmu sesama pembaca blog ini. Moga ada kebaikan yang dilimpahi. Amin.

beberapa klik, saya menemui bicara ini:

Tajuk: Bersangka baik sesama insan.
Dikirim oleh: Fitri Qathrunnada on 09 October, 2009, 06:24:19 PM
Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.


Antara sikap yang menunjukkan kita seorang yang berfikiran positif ialah bersangka baik dengan Allah dan orang lain atau dalam bahawa arab dipanggil husnuzzon yang mana merupakan akhlak yang terpuji dalam Islam.

bersangka baik ini perlu kerana :
- dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
- dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
- elakkan dari permusuhan sesama manusia
- jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
- menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
- semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya

Persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?
contohnya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita,
mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita,
menfitnah kita, menyusahkan hidup kita dengan memaksa kita buat macam-macam,
selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dan sebagainya.

Penyelesaianya kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.
- Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!
- cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
- sentiasa memaafkan orang lain.
- anggap semua orang sayangkan kita.
- anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
- ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan, ketabahan hati kita
- banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar)dan istighfar
- cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda
- kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam dan kesumat pulak.
- pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita.
- ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita. oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan.

begitulah, kita sama2 amalkan berfikiran positif dan bersangka baik sesama insan. Lillahitaala.

Friday, February 19, 2010

!Memikat...~

Alhamdulillah, segala kebingungan akhirnya lesap juga. Lari? hmm, niat itu sudah dibatalkan. selamat.

Syukur juga, cuti seminggu di kampung berjalan lancar. Dan bab-bab Li terisi juga dengan tinta-tinta. Moga ada serinya untuk diterima penyelia. amin.

Esok, akan pulang ke UKM. Awal? ya, kerana tiket untuk pulang Ahad sudah kehabisan. Tapi tak mengapa, kata ibu "boleh pulang lagi untuk cuti Maulidur Rasul." insyaAllah, jika segala kerja berjalan lancar, mungkin akan kembali dalam dakapannya.

setiap kali berkunjung ke cyber cafe ni, hanya satu yang dinantikan. Balasan email daripada doktor. Tapi, hampa. tiada sekilas namanya tertera membawa berita. Mungkin lupa. atau mungkin tidak ingat. Mungkin juga sibuk dengan kerja harian. Tak Mengapa. Saya setia menanti. Kerana khabar yang bakal diberitahu itu penting untuk masa depan. hmm....

lanjutan itu, terus saja melayan muka buku. Ada tips memikat daripada Mbak Anggie. Katanya, "hasni: semoga cepet dapat pacar, bgmn kalau memikat dengan karya puisimu sendiri..."

hmm, memikat dengan karya puisi...Mungkin akan direalisasikan saranan itu. Cuma mencari pada siapa mahu dituju. Mencuba.

Monday, February 15, 2010

??????

sebenarnya, tidak mahu sekali perkataan ini terungkap dari bibir. hati mendesak supaya ia keluar. agar ada rasa dendam yang terlerai. tapi...

hati merengek. meronta pedih. seolah-olah, aku sedang melarikan diri. ke sini, membawa luahan hati. hati yang sedang bentak marah-marah. pada keadaan. rasa tak patut aku lari. tapi, takkan mahu menangis. menangis menangis menangis. bosan. penyelesaian lain yang dapat aku fikirkan sekarang, hanyalah lari. walaupun hanya sebentar.

mengapa ego mereka tinggi? mengapa ego mereka yang lebih dipentingkan? mengapa???????

Thursday, February 11, 2010

Sehari

11 februari 2010.

Tika suka bertaut rindu. Hati jadi sayu. Kerana ada rindu lain yang masih bertaut. Lara yang dikurnia Ilahi. Denyutnya jadi tanda. Ingatan yang kuat pada seru-Nya. Semakin dekat pada ilham-Nya.

Sehari di rumah. Ada lara yang tiba. Datangnya membawa nadi kepala berdenyut hebat. Sakit dan mengaduh. Jadi hibur pada lara duka. Tidak mengapa, ada hikmah dan segala. Panadol ditelan lalu lena. Dengan amalan doa Syifa’ seperti yang dipesan dalam novel ‘Doa Insan Berkasih’ karya Aminah Mokhtar, jadi ria penawar lara. Alhamdulillah, lega.

Sehari di rumah. Ke klinik di pagi hari. Begitu cita pada jiwa. Melihat dan mengenali. Aspek mata dan pandang. Bertemu di kamar sepi. Biarkan sepi itu bertaut. Bagi lena pada duri yang mencucuk. Dalam sepi itu pula, doa dan selawat tidak berhenti di mulut. Ada rahmatnya, sepi yang datang. Rindu semakin memuncak. Dengan huluran senyum. Senyum panjang yang lega. “rehat dan tenang”, titip kata Dr. Suhana. Dengan senyum panjang yang berbalas, tanda terima kasih dihulur.

Sehari yang masih belum habis. Di rumah dengan riuh suara si kecil. Meminta dakap dan dukung. Rindunya amat mendalam. Pada tubuh dan jiwa ini. Dibiarkan dia mendakap dan mengucup sepenuh hati. Terasa. Itulah penawar paling berkesan. Itulah penawar paling indah.

Sehari ini. Moga ada baiknya bersama. Insan tersayang sentiasa dalam dampingan. Dan, berlalulah segalanya dengan rasa suka dan gembira. Kepada Tuhan, tempat bergantung harap sukma. Cinta pada-Nya. Itu cinta abadi. cinta paling dekat dengan Ilahi. Amin.

hJ

Wednesday, February 10, 2010

Janji Pada Kak Min



baru sebentar tadi pulang dari Bengkel Penulisan. Aminah Mokhtar @ Kak Min. Katanya sebagai titip pesan buat saya, "Janji 2 tahun lagi akan jadi penulis hebat. Kita naik pentas sama-sama"

Bertuah dan rasa dicabar. InsyaAllah, hasni bakal mengotakan janji. Dengan jiwa dan rasa berbekalkan iman kepada Allah, hasni akan menggapainya. Ya, Kak Min.

Seronok juga dapat berkenalan rapat lagi dengan Kak Salina Ibrahim, Kak Shamsiah Mohd Nor, Kak Damya Hanna dan Dr. Mawar Shafei...Saya bakal ikut jejak kalian. Saya akan usaha dan cuba.

*sekarang, mood untuk pulang ke kampung. Johorku. :)

Untuk Bekas Teman Saya

Untuk bekas teman saya,


Abang, maaf. Saya dah redha abang dengan dia. Pergilah abang bersamanya. Bina hidup bahagia bersamanya. Usah abang tagih lagi kasih ini. 14hb sudah hampir benar. Tarikh pernikahan abang dengannya. Maaf, atas sms dan panggilan abang semalam saya jawab dengan nada keras. Bukan maksud saya untuk melemparkan nada keras itu semahunya, tapi mahu abang menjauhi diri ini. Abang sendiri kata, abang tak mahu derhaka pada mak abang. Jadi terimalah dia dengan rela hati. Tak usah bangkitkan lagi rasa kecewa dan kesedihan saya. Cukuplah. Memang tiada jodoh antara kita. Hanya saya pinta, jika itu semahunya pilihan abang, jagalah dia jagalah hatinya sebaiknya. Jangan diabaikan. Saya pergi dari hidup abang. Bahagialah abang dengannya.

Tuesday, February 9, 2010

coretan manis hJ

Hanna kembali dengan kisahnya. Menyepi agak lama. Maaflah. Kesibukan tugasan, kesibukan masalah, kesibukan dugaan. Melanda segala hari. Itulah hidup. Sukar untuk menanggapi makna, tanpa semua ini. Masalah, dugaan dan cabaran. Namun, segalanya akan dan dihadapi dengan nada syukur. Walau adakalanya terucap keluh. Manusia biasa. Tidak sempurna. Kadang kala jatuh berdebuk. Bangkit kembali. Dengan semangat beribu erti. Ya, hanna.

Hanna, dan family sihat di Villa Kasih. Kak Long juga sihat. Tahu, kalian rindukan usikan dia. Kak Shira juga. Sangat manis dan dengar-dengar sedang bermain cinta. Iyakah? Oups… sekarang hanna jalani kehidupan seperti selalu. Setiap pagi akan ke hospital. Ikut Mak Su, macam biasa hanna akan singgah dahulu ke wad Melati. Wad ibu-ibu yang bakal dan sudah bergelar ibu untuk beberapa kali. Kemudian, hanna ke wad Melur. Wad paling hanna suka. Ada ramai pesakit yang seusia ibu dan nenek. Hanna suka berbual dengan mereka. Pengalaman hidup yang sangat indah dari mereka, adakalanya membuatkan hanna terjentik hati. Dan adakalanya kisah yang sedih, merakam tiap detik kepergian. Oh, selepas ke wad Melur, hanna akan cepat-cepat ke bilik Mak Su, ambil bahan mainan dan gula-gula untuk hanna bawakan ke Wad Cilik. Wad kanak-kanak, yang banyak menyimpan kenangan riang buat hanna. gelak tawa mereka, kesedihan dan segalanya kami kongsikan bersama. Begitulah rutin yang indah.

Tengah harinya, hanna pulang. Makanan terhidang. Oh, mengenyangkan. Terima kasih ibu dan Mak Cah tersayang. Sedap masakan kalian. Kami (hanna, ibu, Mak Su, Kak Shira) kemudiannya akan solat berjemaah. Kadang-kadang Pak Mail dan Mak Cah turut sama mengerjakan ibadah solat bersama. Kak Long hanya akan ikut serta jika dia pulang ke villa bersama familinya. Maklumlah, sejak jadi isteri ni. Mestilah melekat di rumah suami. Kak Ieza pula kalau tak sibuk, dia akan pulang untuk makan tengah hari bersama. Tapi, jarang-jarang dia pulang. Tugas anggota polis ni, sibuk sikit. Lagi pula Kak Ieza berpangkat Inspektor. Pagi keluar lewat malam baru pulang. Bangga punya kakak yang bersemangat seperti Kak Ieza. Hanna pula lebih suka jadi sukarelawati. Tak terikat dengan peraturan. Bebas.

Begitulah sedikit kisah hanna. Untuk diri dan bacaan hanna sendiri. Hanna suka menulis. Hanna suka membaca. Adakalanya hanna membentuk watak hanna sendiri. Hanna boleh jadi watak remaja, watak dewasa dan watak wanita yang matang (tersenyum). Hanna dengan angan-angan yang berguna. Kerana, melalui angan-angan kita boleh berjaya. Tapi jangan angan-angan kosong saja. Perlu usaha juga, ya.

Sekian, dahulu. Khabarnya Kak Long mahu pulang bersama keluarga kecilnya. Keluarga kecil yang bakal bertambah. Kak Long sekarang berbadan dua. Tepat sungguh tekaan hanna, waktu kisah hanna dipaksa ambil buah rambutan untuk Kak Long dulu. Apa pun moga kami sefamili bahagia dengan kesungguhan mengerjakan ibadah dunia dan akhirat. Ya!


Coretan manis hJ

Staccato Perlahan hJ

Berjalan-jalan. Lalu melangkah perlahan. Si dia sedang bertahan. Menahan. Payah kelihatan. Ah, wajahnya tampan. Menahan desakan. Perlahan-lahan. Pawana bertiup. Segar. Menghembus nafas bugar. Si dia sedang enak lena di bawah mentari sinar. Sesekali menutup pandang sinarnya. Dengan selendang merah jambu. halus dan gebu. Bermain-main di kalbu. Berkerut seribu. Perasaan berbaur haru. Perlahan-lahan. Langkah belum berpadu. Si dia memegang tangan. Berpaut janji. Manis menusuk di hati. Tiada terperi. Berbunga di hati. Melihat senyum tak bertepi. Berbisik seri. Si dia riang sekali. Perlahan-lahan. Tusukan pandang menyorot riang. Pada wajah. Dengan senang. Malu. Merah jambu pipi gebu. Rangkul yang erat. Terima kasih diucap. Tanda iktiraf terungkap. Si dia senang tersenyum. Memaut janji. Berpegang madah setia. Pada si kecil di dalam. Si dia berpesan. Agar jaga diri. Jaga peribadi. Kelak membesar. Berguna diri. Bercita-cita yang tinggi. Perlahan-lahan. Erat dakapan hangat. Bakal ibu dan ayah menanti.

hJ

Monday, February 8, 2010

Liku-liku Seorang Aku by hJ

Pagi-pagi lagi tiada senyuman terhulur.
Pagi-pagi lagi sebuah pesanan panjang terukir menghiris.
Entah kenapa, pagi-pagi lagi begini terjadi.
Aku bingung, langkah longlai, sepi mengatur perjalanan pagi-pagi lagi.

Masa terasa begitu lembam,
Perbuatan menjadi bungkam,
Tiada bahasa yang mampu mengungkap,
Kusam dan terpendam,
Remuk redam,
Diam.

Bibit perpisahan sekali lagi menerjah,
Jauh terbang membawa lara hati,
Entahkan langkah akan terhenti,
Membawa pergi,
Retakan hati.

Duri,
Tajam menikam diri,
Robek segala sukma janji,
Beku,
Menahan pilu,
Sekali itu,
Aku tidak diperlu.

Sayang aku, rindu aku,
Entahkan ada tujunya lagi,
Selain ayah dan ibu,
Yang masih kekal bersemadi,
Menitip semangat kata,
Menyeru doa berjuta.

Pada sujud syukurku,
Aku menyatu,
Pada Allah, tempatku mengadu
Yang kekal dan Maha Mengetahu
Setiap rencana yang dikisarkan,
Tentang aku yang masih di situ,
sendiri berteleku,
mengharung liku-liku.


hJ 5.07pm 090210