BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

Lentera Bunga Purnama

Sayup azan menggegau telinga,
sapaannya penuh sayu,
melaung seruan Ilahi,
pada insan bergelar hamba-Nya.

Gegeran hati,
memaut rasa rindu,
mahu bertemu dan sujud kepada-Nya,
apakan daya,
Masih dilindung bulan purnama,
kekal mengalun zikir dan doa.

Pada hati nan suci,
cekal menggigit nubari,
Moga nanti bertemu kembali,
dalam sujud menyembah Ilahi,
kan melaksana setiap seru janji.

Pada laungan azan lagi,
geger hati terus memaut rindu,
Sujud pada-Mu dinanti selalu,
Menghitung waktu kitar bulan kan berlalu,
Zikir dan doa terus berlagu.

hJ
30 Disember 2009

Tuesday, December 29, 2009

dengan izin-Nya


Sebelum lena berbicara,
terbit suatu perasaan indah,
tatkala mata tidak mahu lagi pejam,
sementara meninggalkan dunia,
dengan izin-Nya.

dengan izin-Nya,
kenangan menitip bicara,
mengenal ayah dan bonda,
memeluk halus tubuh kakak,
menyisip sopan jemari adik,
bahagia tiada peri.

bahagia tiada peri,
tatkala memori riang berbicara,
ayah dan bonda senang memberi senyum,
kakak tenang menyambut berita gembira,
adik berjaya mencari arah,
PMR yang satu,
ditempuh tabah dan usaha,
hasil yang marak,
menebar mekar harum indah maruah keluarga.

Harum indah,
dengan izin-Nya,
adik menggondol anugerah,
ungkapan tahniah selaut bahagia.

Memori indah terus berbicara,
adik kini mekar dan berjaya,
kakak bahagia menghulur madah indah,
ayah dan bonda menadah kepada-Nya,
mengucap syukur tidak terhingga.

dan adik,
binalah jaya dengan tabah,
atas izin-Nya,
lunakkan mekar hadiah,
doa ayah dan bonda,
doa kakak setia,
pada adik yang menggunung harap impian.

hJ.

Monday, December 28, 2009

Pada awal


Seawal 6.45 pagi, walau terasa sudah lewat untuk menunaikan fardhu keatas-Nya, dia lantas bergerak hebat ke kamar mandi. Tepat jam 7.15 pagi segalanya selesai dalam kadar sederhana laju. Alhamdulillah, masih lagi Tuhan memberi dia kesempatan untuk terus menjalani segala nikmat di dunia ini, tanpa dia lupa akan dunia-Nya yang lain. Syukur.

Kuliah am 8 pagi dihadiri tepat pada masa. Biru pilihan hatinya hari ini. Dalam langkah menuju jalan ke kelas, dia tersenyum sebagai alas kepada lelah yang mengejar waktu. Sudah ada misi untuk sampai ke kelas sebelum pensyarah masuk, dan dia berjaya lalu dirayakan dengan senyuman manis yang panjang.

Kuliah berjalan lancar. Seperti biasa lontaran soalan daripada pensyarah yang suka menduga pelajarnya, tidak lekang tersua. Dia juga dijadikan pilihan untuk mengungkap setiap jawapan. Ada yang dapat dijawab, ada juga yang tidak. Sebulan sudah otak dan benak direhatkan sehabis-habisnya, beginilah aksi setiap kali bermula semester baru. Ada yang menggaru-garu, dan ada juga yang bersemangat waja melontar jawapan, walaupun salah. Tidak salah mencuba. Bukan dimarah pun, sekadar memenuhi tuntutan keyakinan untuk bersuara.

Kuliah kedua, agak melenakan. Tekad untuk tidak lena berjaya diatasi.

*****************

Tuesday, December 22, 2009

instrumental diri dan hati

Pernah suatu hari dia bercerita padaku. Katanya, demi sayang dan cintanya dia rela menanggung seribu duka. Dia rela terdampar dan hanyut dalam segala luka. Dia pernah bermohon agar duka dan luka menetap dalam dirinya, supaya dia tetap akan bersama insan yang disayanginya itu. Namun, Tuhan tidak merelakan segala duka dan luka yang diminta olehnya, dia hingga kini masih merasa nikmat bahagia dan sempurna. Alhamdulillah.

Pernah juga suatu hari dia meluahkan perasaannya padaku. Bicaranya berbaur rindu dan pilu. Dia sukar menahan segala gejolak perasaan itu. Dia menangis dan meratap sayu, pada balik helai-helai kertas putih, dia mencoret segala resahnya. Moga dia beroleh ketenangan dan sentiasa aman.

Esok harinya, dia akan pulang bersama keluarga. Insan-insan yang disayangi dan dicintai dan dikasihinya. Dia kulihat bahagia, walau sedikit resah bersarang dalam dada. Tidak mengapa, kuyakin dia tabah mengharung segala lemah dan godaan jiwa. Dia kuat. Aku tahu.

Sebelum pulang, dia menoleh kepadaku. Pada wajahnya ada seri, walau kulihat ada manik-manik halus bersinar di matanya. Dia menangis. Ah, mungkin saja itu tanda tangis gembira daripadanya. Ya, tangis gembira. Aku relakan kepergiannya bersama keluarga yang disayangi, dicintai dan dikasihinya. Dia berlalu dalam senang.

Suatu ketika, hatiku berdetik menyatakan, alangkah bahagianya jika hati punya ketabahan menanggung segala resah. Alangkah nikmatnya jika jiwa sama-sama kuat berpadu tenaga, membantu hati terus dilamun kekuatan melawan resah.
Sememangnya hati dan jiwa sama-sama berpadu memasang segala kekuatan. Hasilnya, air mata tetap jua mengalir. Itu tandanya resah dibantu untuk selesai ke akhirnya. Adakalanya air mata gembira mengalir kerana memperolehi kesenangan dan adakalanya air mata yang gugur terhampar akibat hati dan jiwa yang gagal mendapatkan kesenangan.

Namun segala usaha masih tetap dihargai, yang duka tidak selamanya akan terluka. Tuhan telah memberi suratan bahawa perjalanan yang masih ada untuk hamba-Nya mengenali duka dan suka sebaiknya. Air mata duka berganti rasa suka dan tiada lagi hiba. Segala pilu, dan sendu yang dulunya mengurung duka jiwa, menjadi sempadan agar diri tetap berpegang kepada iman. Mengakui Qadak dan Qadar sebaiknya.

..ketika mendapat khabar, bahawa dia kini gembira, aku juga merasakan sukanya. Walaupun tempoh yang diberi pinjam oleh-Nya hanya seketika, dia tetap merelakannya. Katanya, dia akan perteguhkan hidup dan hayat yang diberi pinjam ini sebaiknya. Duka dan suka dinikmati bersama kalam Tuhan yang Maha Esa. Moga begitu sentiasa dan keakhirnya...

"terima kasih sahabat. Maksud hidupmu begitu memberi aku inspirasi untuk terus menghadapi gejolak rasa dan resah dunia. Moga syurga menjadi milik kita, dengan Hendak-Nya. Amin."

Prinsip hidupmu: "Tidak selamanya kita akan ada di dunia ini, hargai dan jalani segala hayat yang ada sebaiknya, moga iman kekal bersama, membawa kita ke syurga Ilahi."

..nyaman petang itu, kuhayati segala nurnya. Penuh keinsafan dan aku berdoa agar segala perjalanan hidupku di dunia ini, membawa redha Ilahi, dan nikmatnya dapatku tebarkan pada insan-insan yang aku sayangi...

hJ

membaca,
pada kulit dan tajuknya,
tertarik dan terus memilih,
untuk dikunyah bahasa,
dan dilumat sehingga hadam kejap.

~dengan awal lafaz basmallah, mula bicara terus santun mengikut rentak irama bahasa dan lenggok tulisnya~~ moga menjadi ilmu yang benar dan bermakna. sehingga itu, mula menilai, kebenaran dan makna yang sebenar untuk dijadikan panduan dan amalan hidup~

hJ

Monday, December 21, 2009

dia kan tetap berseri

semalam,
berlalu indah suatu pagi,
tika mentari mula tersenyum,
dan bulan masih segan untuk pergi,
terpancar sinar pada wajah,
berseri disapa bayu,
harum dilamun rindu.

hari ini,
berlalu indah sang pelangi,
menitip khabar gembira,
tersenyum riang pada wajah,
bersinar dan berseri,
harum terus mewangi,
disapa rindu lagi.

kini dan semalam,
akan pasti datang lagi,
dalam khayal dan lamun indah,
semerbak harum mewangi,
tersebar terus pada hati,
yang menyayangi,
yang mengasihi,
dan yang mencintai.

sesungguhnya,
dia kan tetap berseri,
untuk hari ini, dan
semalam yang berlalu pergi.

hJ

lirik lagu cipta sendiri, nyanyi sendiri... tentang kasih yang pergi dan rindu

semenjak kau hadir dalam hidupku, raga dan kalbu jadi tidak menentu, kurindu kurindu, padamu selalu. kau hadir tanpa kuduga, menyeri duka dan nestapa, kau beri riang dan tawa padaku.

semenjak kau hadir, aku menjadi rindu, untuk bertemu dan bersamamu, selalu di hatiku, kau yang satu, tiada dua, hanya kau yang satu.

kekasih, aku merindu dan merindu, kehadiranmu, dan keakrabanmu. kekasih, jangan kau tinggalkan diriku, kekasih aku rindukanmu.

malam ini, kau tiada aku juga pergi, sendiri dan sepi, cuba mencari-cari. Jauh, kau pergi, tinggalku sendiri.

Monday, December 14, 2009

yang indah boleh dikejap selamanya...melalui cara kita mengenanginya.

"Pelangi Petang untuk dia...untuk kita semua. kamu rasa?"

"Lebih dari rasa, saya menyelaminya sedalam-dalamnya."

"wah, bersungguh betul kamu ya!?"

"Pastilah. itu lagu kita kan?"

"hmm...tersengih-sengih. apa ya makna lagu tu buat kita?"

"saja mahu menduga ya?"

"hmm...ya...saya sengaja."

"kamu ni, tersenyum saja. Indah saya lihat senyuman itu. kekalkan, ya!"

"Sudah. Jangan banyak memuji. Cepat khabarkan pada saya, apa makna lagu itu pada kamu?"

"segala yang indah,
segala yang indah,
segala yang indah,
walau kita mahu milikinya,
walau kita mahu milikinya,
kita hanya mampu mincintainya,
dan kita hanya mampu menyayanginya,
dan kita hanya mampu mengasihinya,
sepenuh hati,
sepenuh jiwa,
sepenuh rasa cinta dan sayang."

"indah bahasa dan makna kamu. terima kasih."

"Senyuman kamu indah, Kekalkan ya!"

"saya boleh kekalkan, tapi segalanya terpulang pada Pencipta kita."

"Maksudnya?"

"kita tak selamanya kekal. Entah bila kita akan dipanggil-Nya."

"Yalah. walau apa pun, saya akan tetap menyayangi dan mencintai kamu. Selama hayat kita. ya."

"terima kasih memahami saya. terima kasih menerima saya seadanya. hmm..."

"Ini penawar kamu. kita hadapi dugaan dan cabaran ini sama-sama. moga kamu disembuhkan oleh-Nya. Pelangi Petang untuk kita bersama."

kami berlalu dalam iringin senyuman. Walau pahit untuk dia rasa, temannya akan sentiasa bersama. dan takkan pernah meninggalkannya walau sekejap. kenangan indah yang ada, akan sentiasa dikejap dalam ingatan dan senyuman. walau tidak selamanya unutk dimiliki, pasti akan ada masa nanti kita bersama lagi. segalanya kami serahkan pada Allah, Maha Pencipta kita.

Monday, November 30, 2009

dah putus!


Tiga purnama,
biarkan dia pergi dengan rela.

Tiga purnama,
akan terhakis segala resah,
akan hilang segala ratap rindu,
walau masih meninggal bekas.

Tiga purnama,
bahagia dia derita merana,
dalam pangkuan sepinya,
aku sendiri.

:untuk si A sayang, moga anda bahagia bersamanya. Tiga purnama lagi menjejak pelamin, aku relakan sayangmu berpihak padanya. Moga perkenalan kita selama ini membawa kenangan manis buat dirimu. sudah bukan engkau jadi milikku. Aku redha.

Thursday, November 26, 2009

Pengorbanan dan Adha

Seminggu sudah perkara ini berlarutan. kasihan Adha, menanggung beban. Air matanya hampir jadi kering. setiap hari meratapi nasib. Entah bala apa yang menimpa keluarganya.

Adha sering berkorban air mata dan sabarnya. Menanggung rasa perit. Kerinduannya pada lunak suara ibu dan ayah semakin geter terasa. Hangat pada tubuhnya begitu juga kasar pada pandangannya. Ah, mengapa ibu dan ayah Adha tidak pernah peduli tentang hati Adha yang semakin mahu ranap dan musnah?

Adha berkorban demi ibu dan ayah. Moga ibu dan ayah Adha sempat menjengah bahagia bersama Adha sebelum Adha pergi bersama kekasihnya yang Satu. Allah Akbar.

"dalam lerai rintik hujan, Adha berteleku dan menangis, sambil berdoa yang padu pada Ilahi. Amin untuk doa Adha. Moga dia masih punya masa bersama teman bahagia."

Tuesday, November 24, 2009

Berperang dengan Mimpi

Untuk sekian kalinya, penantian menjadi episod duga yang amat tinggi.

Awal november 2009 sudah mula merapatkan diri dengan sepenuhnya tugasan menaip. Waktu lapang sementara menanti mulanya semester baru tahun 2010, saya hidangkan dengan ilmu taip menaip di rumah. tiba waktu malam, menjengah pula debar dan sepi lena.

sebenarnya, kisah tentang mimpi yang mahu saya kirimkan pada ruang tulis kali ini. Ah, benak telah larut dengan pelbagai sogokan rasa pilu. Tulisan juga jadi haru. hmmph!

setiap malam, saya menanti ruang detik jam 12 untuk mula lena. dan apabila sudah mula mata berkelip-kelip, saya pula sentiasa asyik dilamun mimpi. Harapan untuk mimpi itu sebenarnya. Namun...

setiap kali bangkit dari lena, adakalanya saya tersenyum dan adakalanya saya tidak senyum. Kerana mimpi adalah ruang untuk saya yang suka mengelamun ni, mengecap bahagia. Kononnya lah kan. :)

Tak mengapalah jika mimpi yang diidam-idamkan tidak sampai, tetapi watak-watak mimpi yang diharapkan tiba-tiba muncul. Pada mulanya saya sangat suka dan senyum. Namun... Jalan ceritanya pula tidak seindah yang dimahukan. betullah, tidak segalanya yang kita mahukan akan tercapai. Mula hari itu saya mula jadi leka dengan bayangan mimpi hampa itu. rasa tidak semangat untuk terus lena.

setiap malam, sebelum lena saya berwuduk dan berdoa agar kebahagiaan yang diimpikan dalam lena tercapai. Syukur pada Allah, malam semalam mimpi saya amat indah. Saya bertemu dengan guru yang amat saya sayang tanpa saya rancang untuk mimpi ini. dalam mimpi, saya berbual-bual panjang dengan cikgu. Kisahnya seolah-olah menggambarkan cerita yang sebenar. Namun sedikit hampa apabila sms yang saya kirim pada cikgu di awal pagi tidak berbalas. Mungkin cikgu saya sibuk. Saya mengerti.

Terima kasih Allah. Kisah kurang enak dari mimpi Kau balaskan jua dengan mimpi indah sebegini. Aku sahaja yang berlebih-lebih perasan untuk mengecap bahagia pada mimpi yang aku ciptakan selalu. Tak mengapalah, aku redha dan pasrah atas setiap yang Engkau berikan. dan aku tidak akan berhenti usaha untuk mengecap bahagia yang lain. Syukur pada-Mu.

Cuti semester saya harungi dengan penuh liku dan cabaran untuk disiplinkan diri. Sesungguhnya, menulis dan terus menulis. Membaca dan terus membaca... :)

selepas ini mahu terbang pula...siap-siap untuk honeymoon! :)

Thursday, November 12, 2009

"Bila dah suka, sukar untuk lupa. Bagaimana ya? Buntu. Kadang-kadang aku jadi tersenyum sendiri. Kadang-kadang aku jadi haru sendiri. Segalanya sendiri."

"Mengapa sendiri? Kami kan ada. Kau boleh berkongsi kisah dengan kami. Mudah."

"Ya, Sharad. Memang mudah bila menitip kata. Tapi tak semudah melaksanakannya. Sendiri kerana aku suka pada sesuatu yang jauh, dan takkan mungkin akan tergapai."

"Maksudmu?"

"hmm...kau tahu aku bagaimana. Mimpi dan khayalan hidup kedua aku. Setelah berhempas pulas melawan arus dunia. Suka dan dukaku terluah juga, adakalanya dalam lena."

"Hanna, sukar benar mengerti hati dan fikirmu."

"Oh, maaf. Aku terlampau tinggi dilambung mimpi. Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa, hanna? Aku dan Sharad dah lama tunggu. Tolong, jangan berkias lagi, ya!"

"Oh, okey. Sebenarnya Sharad, Akshara...aku dilamun cinta."

"Benar!?"

"Eh, sabarlah. Belum habis lagi."

"Akshara, sabar sikit okey. Kita beri Hanna laluan habiskan cerita dulu, baru boleh kau melompat tinggi lagi."

"Okey, Sharad. Hanna, sambunglah."

"Okey-okey. hmm...aku dilamun cinta. Tapi cinta aku ini mustahil. Mungkin takkan tergapai. Ah, bukan mungkin, tapi pasti."

"Mengapa pula hanna? Luahkan saja padanya. Kalau kau segan, kami boleh bantu. kau bilang saja pada kami, siapakah gerangannya!"

"Apa ni Akshara? Tak sabar betul. Hanna tak habis cerita lagi tu. Sukanya menyampuk dia ni, ish!"

"Sharad, sudahlah. Akshara memang baik hati. Tapi walau baik hati manapun, kalian berdua pasti takkan dapat bantu aku. Kerana cinta aku ini, cinta mustahil."

"Mustahil bagaimana, hanna? Bicarakan pada kami!"

"hmm...nampaknya Sharad pula yang gelojoh."

"Eh, diamlah Akshara. Aku tak sabar nak tahu kemusykilan hanna ni."

"Hanna! hanna!"

"eh, itu suara Kak Shira. tapi dari mana ya?"

"Itu. Eh, Kak Long pun datang sekali lah. Akshara, jom kita balik."

"Eh, dah nak balik dah?"

"Ya, kak Shira. Kami pulang dulu ya. Dah nak senja ni."

"Ha, baguslah. Pulang nanti sampaikan salam Kak Long pada mak ayah kamu ya."

"Baik, Kak Long. Akshara, cepatlah."

"kejap. hmm, hanna...Jangan lupa beritahu kisah cinta mustahil kau tu ya. Ish, kacau je Kak Long dan Kak Shira ni. ish!"

"Apa dia tu Akshara? bisik-bisik dengan Hanna. Ada rahsia yang boleh kami tahu?"

"er...tak...tak...tak ada apa-apa kak Long. Cuma ucap salam rindu je."

"Oh, hmm...hati-hati tunggang basikal tu."

"baik...kami pulang dulu ya. Bye hanna! Bye all."

"Bye..."

"hanna, mari sayang. Mak Su cari hanna tadi. Terlupa pula kakak, hanna di luar dengan Sharad dan Akshara."

"Okey kak."

"Senyum panjang nampak. Cerita apa dengan Sharad dan Akshara tadi?"

"hmm...rahsia."

"hmm, hanna. Ubat hari tu masih ada lagi kan?"

"Ada kak Long."

"Ish, tersenyum je adik kita ni kak Long. Apalah yang dikisahkan dengan Sharad dan Akshara tadi..."

"Biarlah dia tersenyum. Kejap lagi kena makan ubat. Tengoklah wajah pahit dia. haha..."

"besarnya gelak. Kak Long ni!"

"hehe..."

Wednesday, November 11, 2009

Turut Bersama

~~setiap kali kupandang wajahmu, kau tidak pernah lekang untuk memberi senyum. elok sahaja, terpampang manis indah itu pada bibirmu. aku jadi riang pada kisah cintamu, yang engkau titipkan tiap kali kita berbicara. 'bertuah gadis itu, memilikimu.' kataku hanya pada hati.

~~namun, kini. aku turut lena bersama anganmu. Engkau tidak lagi mahu senyum. Tiada lagi manis indah terukir pada bibirmu. Aku jadi diam, bungkam tiada bicara. Memandang engkau juga aku jadi sayu. Matamu berperanan lebih. Sering sahaja kulihat berair dan terus-terus mengalir. Bicara indah tentangnya, mengalirkan air mata sucimu. 'sudah takdir dia pergi.' tidak terluah kataku ini padamu.





~~sahabatku, mengertilah. Tuhan lebih menyayanginya. Cinta sucimu berbalas kasih yang sangat indah. Sesuci kasih Tuhan padanya. Dan Tuhan memanggil dia kerana sayangnya Tuhan padanya. Bertuah engkau memilih dan memiliki hatinya yang memberi sepenuh cinta padamu. Cintamu dan cintanya berbalas suci kasih Tuhan. Redha dengan pemergiannya, suatu hari nanti pasti kau akan bertemunya jua. Dan sahabat, kita sama-sama mengingatinya dengan iringan doa sentiasa. Dan kita iring kasih sucinya pada bait-bait indah kata, suci air mata dan kasih sepenuhnya.

tiada lagi kata-kataku pada hati, segalanya kulontarkan untukmu. Untuk engkau mengerti, bahawa aku sangat menyayangimu. Walau tidak memilikimu, aku mahu engkau bahagia bersama kenangannya. Dan aku meraih setiap duka dan lukamu. Biar aku turut bersama, takkan biar engkau derita. sahabatku.

Sunday, November 8, 2009

Cuba untuk merepek yang sweet... :)

"hai Kasak. Hai Sneha. Amboi, cantiknya kalian hari ni. Ada apa-apa majlis khas ke? macam mana aku boleh tak tau ea?" Kasak dan Sneha, dua beradik yang cantik dan menawan. Tersenyum-senyum bila kena puji cantik.

"Lah, hari-hari kami cantik. Bukan hari ni je. haha..."

"Oh, gelakkan aku ye. Yalah, kalian memang cantik-cantik."

"eh, eh...merajuk pula dia. Cik Hanna, hari ni kan hari istimewa kau. Takkan dah lupa kot!?"

"Hari istimewa? hari apa tu? ish, macam mana aku boleh tak ingat apa-apa ni?hmm...bagi lah tau cepat, wahai Kasak dan Sneha sayang!"

"Arey Sneha. Kaise hai insan ho hanna? bhool gaye?"

"Ha. Sach hai Kasak. Today is your khas day ho..."

"Eh, kejap-kejap. Tak usah la celoteh bahasa Hindi pula. Kalau aku jawab karang, lain pula maksud. korang juga gelakkan aku nanti. Hmm...kan! aku tak habis cakap lagi, korang dah gelak. aish!"

"okey okey. kami tak gelak. hehe...kami sengih je."

"ish, cakaplah apa khasnya?"

"Tunggu sekejap ya."

"Okey. Sneha nak ke mana tu, Kasak? korang ni, main-main rahsia pula ye. eh, dahagalah. dah lama aku datang rumah korang ni. Tak hidang air pun? aish!"

"alah, Pichu Kaka cutilah. Nah, kau baca majalah ni sekejap ye. Aku ke dapur."

"Okey, tea ya!hehe..."

+++++++++++++++++++++++++++++++

"Hai, lambatnya buat air si Kasak ni. kering tekak aku. Kasak, Sneha! Mana korang ni...?"

+++++++++++++++++++++++++++++++++

'hmm...mengantuknya. Mana pula lah mereka ni?'

++++++++++++++++++++++++++++++++

"Mom, so gaye hai hanna. Ache hai chehra. cute cute hai."

"Shh...Cake ready!?"

"kasak, Sneha...ek do tin! happy birthday to you 2x, happy birthday to hanna, happy birtday to you!"

"Arey, yeh sleep ho gaye? kitna loud hai avaas, yeh..."

"Eh, boleh tak diam sikit? nak tidurlah...mengantuknya! hmm...p la nyanyi kat tempat lain ye. hmm..."

"Hai Rabba. yeh bacha! hahaha..."

"kuatnya ketawa! nak tidur ni."

"hanna, utho...utho na!"

"hah! kya hai? eh, kenapa aku speaking hindi ni."

"hahaha...." kuatnya mereka ketawa. rupa-rupanya, dah bertepek-tepek krim kek mereka sapu pada muka aku.

+++++++++++++++++++++++

"aaj hai mera birthday hai. hmmm...apa lagi nak cakap ni? korang janganlah ketawakan aku je. ish!"

+

Ya Tuhan... cinta ini....

Lyrics:
Rabba haaye rabba
Rabba haaye rabba

Trans:
Oh God!

Lyrics:
Kisi da tu kya laage
Lo toote kachche dhaage
Phire dil maara maara
Yaar da chhoota sahaara

Trans:
What are you to somebody?
The loose threads have broken
My heart is roaming in a very bad condition
The reliance of my beloved has left me

Lyrics:
Kyun hai bhala Ye dooriyan
Kyun hai Khala ab Darmiyan

Trans:
Why are these distances between us?
Why is there emptiness in between?

Lyrics:
Rabba tu itna bata de
Haan bata de
Bata de raaba

Trans:
God,please tell me this much,

Lyrics:
Ki Karaan main hun ki karaan ve
Haan bata de
Bata de rabba

Trans:
What do I do?

Lyrics:
Bhaaga bhaaga phirta hai yeh dil
Jaane aisi kya hai mushkil

Trans:
My heart is roaming here and there
I don't know what is the problem

Lyrics:
Tere bina jeena nahin hai
Tu to meri saanson mein shaamil
Ho teri duhaaiyaan tere sadke soniya
Dede rehaiyaan mainu dil se soniya

Trans:
I don't want to live without you
You are present in my breath
Please free me from your heart
And your cries,beloved

Lyrics:
Dil ka kahin hai kya saharaa
Kyun hai bhala ye dooriyaan

Trans:
There is no reliance for my heart
Why is this distance?

Lyrics:
Rabba tu itna bata de
Haan bata de
Bata de raaba

Ki Karaan main hun ki karaan ve
Haan bata de
Bata de rabba

Tere bina jiya na mora laaga
Tere bina
Tere bina jiya na mora laage
Tere bina
Jiya na laage

Trans:
My heart does not like anything without you

Lyrics:
Rootha rootha rehta hai yeh mann
Jaane aisi kya hai uljhan
Tere bin hansta nahin hai
Jaane mera kyun hai dushman

Trans:
My heart remain's sad
I don't know what is this confusion
It does not laugh without you
I don't know why is it my enemy

Lyrics:
Ho meri tanhaaiyaan dasein mujhko soniya
Hongi ruswaiyaan tere dil ki soniya
Mera nahin hai ab guzaara
Kyun hai bhala yeh dooriyan

Trans:
My loneliness is biting me
There will be a disgrace on your heart
Now I can not live without you
Why is there this distance?

Lyrics:s
Rabba tu itna bata de
Haan bata de
Bata de raaba

Ki Karaan main hun ki karaan ve
Haan bata de
Bata de rabba

Rabba haaye rabba
Rabba haaye rabba
Rabba haaye rabba
Rabba haaye rabba
Source(s):
http://krazylyrics.com/ViewSong.aspx?ID=…

Saturday, November 7, 2009

Aku cuba untuk tidak keliru lagi.

"aku keliru pada perasaan aku sendiri, syifaq! kenapa sukar sangat aku nak buat keputusan? kenapa?"

"Hey, sabarlah. semua yang kau hadapi ni adalah dugaan dari Allah. Aku tahu kau mampu hadapi. Allah beri dugaan ini pada insan yang mampu hadapinya. aku tahu kau boleh lawan perasaan itu."

"entahlah, aku sendiri keliru. keliru pada perasaan aku sendiri."

"P, aku faham, kau memang seorang yang lembut hati. Mudah benar menerima cinta. Cinta manusia dan sekeliling. Aku faham. Jadi Allah turunkan beban ini untuk kau benar-benar bijak memilih cinta. dan jangan sesekali kau lupa pada cintamu yang Maha Agung. Allah SWT."

"P, menangislah semahunya. Menangis untuk legakan hatimu. Takkan aku halang kau menangis. Cuma pesan aku, kau menangis pada yang benar-benar kau cinta. Kisah itu akan khatam pada penghujungnya. Aku pasti kau akan dapat memilikinya suatu hari nanti."

"Ya, P. yang penting sekarang kau usaha untuk lebih maju. dan seiring langkahmu kuatkan ibadah dan doamu pada Allah. Jangan dilupakan itu."

"Tapi P, andai kau tak dapat memilikinya. Cukuplah kau rasa ia hadir dalam hatimu. Kau sayang dia dalam hatimu. Mungkin kau takkan milikinya, namun separuh daripada kisahnya telah engkau hadiri. Dan kau letakkan kekeliruanmu ini pada usaha dan langkahmu ke hadapan. Moga kau dapat memilikinya jua."

"Benar P. Mungkin kau takkan gapainya semahu yang kau hendakkan. Tapi rasalah kehadirannya dalam hatimu. aku pasti kau bahagia, walaupun hanya separuh yang kau ada."

"aku cuba melawan kekeliruan ini Syifaq, Shah. Terima kasih sebab selalu ada di sampingku. Aku cuba dan aku akan usaha. Aku redha andai aku tak dapat miliki kisah itu sepenuhnya. Akan aku sematkan kasih sayang dan cintanya walaupun separuh sahaja yang ada. aku terima takdir yang ditentukan."

"Begitulah P. Tabah dan mulakan langkah baru yang boleh membawa kau kepadanya. Dengan izin Allah, pasti kau akan ketemunya secara keseluruhan juga. bukan mahu kau berharap, tapi cukuplah sekadar kita berfikiran positif. okey P!?"

"Ya, aku akan usaha. Terima kasih sekali lagi pada kalian. aku Cuba! Pasti lakukan dan usaha."

"Macam tu lah."

"Ya!"

:)

Wednesday, November 4, 2009

Bengkel bersama penulis.



Jemput hadir semua! :)

iyah!



membaca pada kadar alam yang tidak bisu,
aktiviti ketika peperiksaan, duduk di cafe, sambil menanti pesanan makanan, buka sehelai demi sehelai buku nota, berteman segelas milo ais, dan kamera telefon, membaca.

bising lagi, dan bising lagi suasana, semakin pantas pembacaan masuk menerjah otak.dan akal mula ligat memutar fikirnya. :)

saya ketika peperiksaan. iyah!

Monday, November 2, 2009

sekali lagi terpahat berita gembira pada dada akhbar: Berita Harian

* SASTERA

Warna Kehidupan: Tuah novel Azizi
Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my

SAIFUDDIN (tengah) bergambar bersama pemenang Pertandingan Peringkat Akhir Akademi Sastera 2009 di Dewan Bahasa dan Pustaka, baru-baru ini.

Bantu kemenangan utama kepada dua peserta Akademi Sastera 2009

DUA novel Azizi Abdullah yang mendapat perhatian peserta Akademi Sastera 2009 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, membawa tuah kepada mereka apabila masing-masing menggondol tempat pertama dan kedua pertandingan kritikan.

Juara Akademi Sastera 2009, Nur Fatiha Fadila Abu Bakar memilih novel Sangeetha dengan menggunakan Teori Psikoanalisis Lacan, manakala naib juara, Hasni Jamali pula memperkatakan Harga Sebuah Maruah dengan mengaplikasi Teori Hermeneutik.

Pembentangan lengkap dengan kertas kerja yang mantap melayakkan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,500 berserta watikah penghargaan, hadiah buku dan hamper.

Hal ini ditegaskan Ketua Panel Hakim Akademi Sastera 2009, Prof Dr Mohamad Mokhtar Abu Hassan yang menyifatkan kedua-dua peserta menampilkan pembentangan yang baik apabila menguasai teori dan teks, sekali gus menunjukkan pembacaan pemenang yang luas.

"Peserta memperlihatkan keyakinan yang tinggi didorong oleh pemahaman terhadap teori dan teks berkenaan, sekali gus menyampaikan pembentangan dengan bersemangat," katanya yang dibantu panel hakim, Dr Mawar Shafei dan Dr Mohd Hanafi Ibrahim.

Nur Fatiha Fadila yang mewakili Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), berkata melalui Teori Psikologi Lacan, Sangeetha dilihat mempamerkan suka duka kehidupan warga tua dan kepincangan jiwa manusia lanjut usia yang ditimpa kesunyian.

"Teori Psikoanalisis Lacan dilihat sangat sesuai dalam meneliti konflik kejiwaan watak dalam novel ini kerana dengan mengaplikasi konsep imejan, simbol dan real Lacan, gelora kejiwaan watak dapat diketahui.

"Hal ini diketahui melalui penelitian terhadap bahasa yang digunakan watak dan perincian yang dilakukan oleh pengarang melalui teknik arus kesedaran," katanya ketika membentangkan Prahara Kejiwaan Dalam Sangeetha: Satu Kajian Kebahasaan.

Baginya Sangeetha bukanlah cerita cinta warga tua, tetapi cerita jiwa manusia yang menghadapi kesunyian sebagai teman hidup sehingga kesunyian serta kelohongan hidup membawa kepada pergolakan batin yang tidak diuruskan dengan baik.

"Gejolak narsisime, delusi kejar dan neurosis antara gejala kejiwaan yang terpancar melalui watak utamanya, Sangeetha dan kebijaksanaan pengarang menggabungkan tiga jalur plot berbeza, tetapi mengarah pada konflik jiwa serupa, menjadi mekanisme penulisan yang baik dalam memperlihatkan krisis psikologi watak.

"Meletakkan Derus sebagai medium perantara kenangan Sangeetha bersama Viralal ketika hidup dan selepas hayat Viralal, menarik ruang sunyi yang menghuni dunia pikun Sangeetha, manakala konsep kebahasaan dalam Psikoanalisis Lacan, pembaca dapat merasai emosi watak dalam kreatif Azizi lewat Sangeetha," katanya pada sesi yang dipengerusikan Ketua Bahagian Teori dan Kritikan DBP, Mohamad Daud Mohamad.

Peserta dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hasni Jamali, berkata Harga Sebuah Maruah ialah karya yang memaparkan perjuangan menuntut hak tanah sawah oleh petani yang bersungguh-sungguh mempertahankan pusaka milik mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa dan jiwa.

"Melalui Teori Hermeneutik, pembaca dapat meneliti makna sebenar yang ingin disampaikan oleh pengarang menerusi konsep biografi pengarang, makna teks dan konteks.

"Dari sudut biografi pengarang, latar belakang Azizi merungkai persoalan dalam ruang novel itu kepada pembaca apabila mendedahkan beliau lahir dan membesar dalam lingkungan masyarakat bersawah padi, sekali gus menjadikan novelis itu berjaya melukiskan latar sawah dengan jelas dan menarik," katanya ketika merincikan Mencari Makna Harga Sebuah Maruah: Analisis Hermeneutik.

Melalui makna teks pula, Hasni melihat dua aspek untuk menyampaikan interpretasi yang tepat, iaitu persekitaran pengarang yang mempengaruhi karyanya untuk berkembang, manakala luahan perasaan dan pandangannya memberi panduan kepada pembaca, memperhalusi naskhah itu.

"Hermeneutik memberi ruang kepada pengarang menyuarakan apa yang bersarang dalam diri, manakala makna konteks yang disampaikan melalui aspek fenomena sosial menjadikan novel itu sebagai karya yang memberi makna berdasarkan setiap yang dizahirkan pengarang.

"Kehidupan sebagai anak sawah yang mendasari fenomena di sekeliling Azizi memperlihatkan ciri karya ini dihasil dan pengalamannya menjadi tulang belakang dalam memandu pembaca untuk menilai makna sebenar karya ini," katanya.

Tempat ketiga Akademi Sastera 2009 dimenangi Nur Hafizah Mohd Rusli dari Universiti Malaya (UM) yang membawa pulang hadiah wang RM2,000, manakala pemenang sagu hati, Mohd Azrein Abbas (Universiti Pendidikan Sultan Idris)); Roziah Adama (Aswara) dan Zulfazlan Jumrah (UPM).

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada majlis yang turut dihadiri Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan; Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Ketua Bahagian Kesusasteraan Moden, Siti Aisah Murad.

Mentor Akademi Sastera 2009 yang dilantik pula ialah Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Mohamad Saleeh Rahamad, Naffi Mat, Che Abdullah Che Ya, Abdul Halim Ali dan Azman Ismail, manakala pengkritik, Dr Norhayati Ab Rahman dan Mohamad Shahidan.

tidak mengapalah, mimpi

semakin akrab dengan mimpi. Indah dan tidak indah. dua-dua saya hargai. dan mimpi datang lagi tatkala mata mula memejam untuk lena. yang indah pasti saya tunggu sentiasa, namun datangnya adakala tidak seindah yang diminta.

Saturday, October 31, 2009

lena kala hujan malam ini.

hujan malam ini. dingin menusuk hati. mesra sanubari. terbuai dek irama rintik hujan.

hujan malam ini. dingin menyusup deru bayu. aku lena sendiri. lena longlai berteman rasa sepi.

hujan malam ini. menyata dingin sepi. sepi yang indah. sunyi dan hanya rintik dingin hujan yang mengalir pada deru hati. lena lah...lena lah aku kala hujan malam ini.

~~hasni Ijmal~~ salam lena ya.

tertunai hasrat hati...

bukan mudah memilikinya dalam satu masa. alhamdulillah, berbekalkan rasa syukur, saya dapat memiliki barang-barang kesayangan dalam satu masa. komik kegemaran saya, dan almari buku sebagai tempat simpanan buku agama, novel, koleksi puisi, koleksi cerpen dan majalah yang semakin bertimbun. :)


(almari buku baru yang terdapat piala-piala di atasnya) :)

sekarang ini sedang menyemai kasih pada komik-komik yang baru dibeli, jalan ceritanya ringan namun sarat dengan nilai dan pengertian yang mendalam. adakalanya pembacaan ini memberi ilham pada saya. ilustrasi, anime, lukisan landskap dan warna-warnanya amat menarik minat saya untuk berimaginasi. ah, alangkah indah...

ini gambarnya:










(sudah habis dibaca sewaktu perjalanan pulang ke rumah dalam keretapi. saya jadi haru membaca kisah ini) sedih.


(juga sudah khatam, membuat saya tersenyum)

MInggu itu dan kini

beberapa minggu yang lalu, saya sibuk menyiapkan tugasan. kerap kali juga saya memesan nescafe di kantin. kononnya bagi mengubat rasa kantuk. ya, ada benarnya. namun, pesan seoarang rakan, 'jangan diamalkan selalu minum cafe, tidak elok untuk kesihatan.'

beberapa minggu itu juga, susuk wajah mula berubah. kata kakak, kelihatan sedikit cengkung. mungkin kerana tidak enak tidur. mungkin.

dan beberapa minggu itu, saya seperti tidak menghiraukan persekitaran. bukan tidak, hanya kurang. ya, kurang.

saya jadi hairan, seorang sahabat email saya sudah jarang bersua khabar pada Yahoo Mail. dan sahabat saya itu juga sudah jarang sms saya. adakah kerana kesibukan saya dia menyepi? adakah kerana dia juga sibuk, lalu mendiamkan diri? segalanya berputar pada benak. itu sahaja.

moga sahabat saya itu, sihat-sihat sahaja. dan tiada apa-apa yang buruk berlaku padanya. moga segalanya selamat. amin.

beberapa minggu yang sibuk, dan kini menjelang sudah minggu peperiksaan. sedikit lega kerana saya punya masa untuk meluah rasa. menulis dan membaca. membaca dan menulis. :)

moga segalanya berjalan lancar. dengan izin Tuhan. amin.

Friday, October 30, 2009

cerah langit...

"ibu hadiahkan meja baru untuk anak kesayangan ibu. teruskan menulis ya, nak. ibu sentiasa menyokong kamu." jari lembut ibu menyentuh dan membelai rambutku yang sedang leka mencuba duduk di set meja baru baru yang ibu belikan. Ah, tampak indah sekali.

'mengapa aku masih begini, sering sahaja bermenung. tiada tinta kata walau setitis pun. tidak pula aku seperti dulu, di mana-mana sahaja aku boleh meluah rasa. dalam kelam dan bercahaya lilin juga aku boleh. namun sekarang? apa sudah jadi pada benakku? tidak mahu lagikah terisi dengan ilham indah meluah rasa?'

"anak ibu, teruskan usahamu. ibu tahu bukan mudah. sesungguhnya Allah menduga kita dengan nikmat-NYA. ibu mahu, anak ibu gunakan ia sebaiknya. mungkin belum sekarang ilham itu mahu hadir. tak mengapa. bacalah lebih banyak buku dan galilah ilmu-ilmu. pasti kan bawa hasil lumayan nanti. ya. jangan bersedih dan jangan kusutkan minda dengan hanya bermenung. tidak mengapa untuk sekali sekala, sekurang-kurangnya anak ibu bijak merenung kelemahan dan kelebihan diri. sudah, kemaskan meja. berwuduk dan berdoalah. minta petunjuk Tuhan. ibu senang melihat kamu tersenyum. bangun, berwuduklah." aku pantas saja mengikut kata ibu. Ya, ada benar kata-katanya. aku jadi lebih tenang dengan berwuduk. duduk semula di sisi ilmu. berdoa agar Tuhan merahmati setiap gerak lakuku. amin ya Tuhan.

ibu tersenyum dan aku juga.

Thursday, October 29, 2009

sama-sama bantu hati

malam ini saya memilih untuk tidur lebih awal. sebenarnya mata masih tidak mahu lelap, jadi saya bangkit semula, dan mencatat di sini. entah mengapa hati tiba-tiba jadi resah. Mata gelisah tidak mahu lena. buku? sudah banyak yang dibaca. namun isi-isinya masih terawang-awang, mencari arah akal dan otak saya.mungkin.

Ah, kenapa begini? paling saya tidak suka akan keadaan gelisah hati ini. gusar dan resah jiwa. amat minta dijauhkan. tapi malam ni ia hadir pula. segala aksara ilmu saya letakkan penuh hormat di atas meja. rasa mahu berhenti membaca sebentar. esok akan bersambung semula. ya.

hati, tolong usirkan gusar ini. Selawat dan doa sudah bibir saya titipkan. moga jiwa merasa kemurniannya. saya ikhlas bicara. bantu saya ya, wahai hati. mohon saya pada Tuhan. Moga ketenangan diberi kembali. dan esok berlalu dengan lancar. amin.

saya tutup bicara, pada mata moga ada lena buatmu. sama-sama kita bantu hati ini, agar tenang kembali. amin.

terima kasih mata, dan jasad. Usaha dan doa. amin.

Perjalanan baru bermula

alhamdulillah, tertunai sudah hasrat hati. Syukur sangat.

kini perjalanan yang baru pun bermula, moga yang lepas akan dikenang dengan baik sekali. Yang buruk, jadikan ia sempadan. andai tidak terlalai, jangan diulang lagi. tambahkan kemanisan selagi hayat masih ada. ya? :)

bermula 30hb. oktober, peperiksaan pertama HISTORIOGRAFI MELAYU TRADISIONAL akan diselusuri dengan indah hendaknya. Saya akan lakukan terbaik untuk menjawab kertas ini. amin.

seiring itu, perjalanan baru akan bermula. akan terlaksana perlahan-lahan. dengan izin Allah, saya pertaruhkan segala rahmat-NYA. amin.

Ya Ilahi, hanya pada-MU aku tunduk dan serahkan segalanya. Ya Ilahi, hanya pada-MU. restuilah perjalanan baruku ini. amin.

Sunday, October 25, 2009

ya Rabba


Rabba,
Tu itni batade,
ha batade batade,
Rabba...

Friday, October 23, 2009

Tahniah, naib Johan Akademi Sastera 2009, -hasni Jamali







syukur, tiada kata mengungkap gembira. jelas terpancar pada wajah. terima kasih Tuhan. alhamdulillah. amin.

Wednesday, October 21, 2009

...dan malam berlalu. debaran juga mungkin akan berlalu. biarkan ia terus bisu. dalam sepi yang bukan sendiri. dan siang akan ada untuk dirimu. moga bangkit dengan segar rasa diri. moga yakin terus pada diri. biar tinggi atau rendah dudukmu, akan ada... ucap tahniah, kerana yakinmu berdiri teguh di situ.

Tuesday, October 20, 2009

Amin.


saya, terlampau resah...esok Akademi Sastera Musim ke-2 berlangsung di DBP. Saya masih resah dan berdebar-debar. Saya bermohon agar Allah memberkati setiap langkah perjalanan saya meniti detik-detik untuk membentang kertas kerja esok. Ya Allah, rahmatilah saya dan kurniakanlah saya dengan kemanisan iman, keyakinan, kesihatan yang baik dan kemenangan. hanya pada-MU aku bermohon. amin.

kepada rakan-rakan yang menyokong, terima kasih. anda semua tulang belakang saya untuk terus bersemangat. dan keluarga saya yang amat saya sayang. terima kasih juga dorongan dan doa kalian. moga saya berjaya nanti. Amin.

Sunday, October 18, 2009

dia dan dia I

DIA

"acapkali dia datang menjengah. tiada senyum pada bibirnya kali ini. dia sugul dan tunduk. entah mengapa jadinya dia begini? tertanya-tanya saya di dalam hati. adakah dia menerima kejadian itu, seperti yang dihebah-hebahkan sekalian alam? adakah dia mangsa selepasnya...? adakah dia...? ah, tidak. jangan hitung dia dengan kekejian itu. oh, dia berlalu tanpa berkata sepatah pun. saya hanya merenung langkah geraknya sonder bibir mahu bertanya khabarnya."

DIa I

"dia semakin mendesak untuk keluar. mulutnya tidak henti menghela nafas yang kuat. sentakan tubuhnya payah sekali saya lihat.sesekali kerut pada dahinya yang amat erat itu, membuatkan saya merasakan betapa nyliu goresan kesakitan yang ditanggung. ah, sesungguhnya amat perit sekali menjadi dia...dia semakin lemah, dan pandangannya juga semakin hebat tidak bermaya. saya yang memandang menjadi sayu. saat helaan nafas akhir sebelum dia lena panjang kedengaran. mungkin esok akan ada buatnya."

Sunday, October 11, 2009

kala petang kami bertiga, riang girang




kala petang, disambut riang
menjelma seribu tawa
dalam duka yang masih terbeban
hilang perlahan-lahan.

kala petang, disambut girang
melambai duka pergi
menyambut senang di hati
perlahan-lahan meresap jiwa.

kala petang, takkan terpadam lagi
biar saja ia terus riang dan girang
kerna pastinya
akan perlahan-lahan mekar
dan kembang,
menginap segenap ruang jiwa.

tinta hJ

Thursday, October 8, 2009

Voice Over : Sangkar Kehidupan... hJ



7 oktober 2009. hari2 sibuk dalam hidup. semalam telah saya harungi segalanya dengan gembira. walau kepenatan dan masih berbaki kurnia Ilahi selsema ini.

Saya tambah jadi haru dengan kehidupan Pak Yassin, yang saya bacakan pada skrip Sangkar Kehidupan. Tika menyebut bait-bait skrip yang ditulis sahabat Cikin Comey, saya sudahkan dengan rasa kagum dan penuh semangat. kehidupannya sangat memberi saya makna kehidupan yang sukar dilalui dengan pelbagai onak.

Syukur, saya masih mampu membina bahagia sehingga kini. moga diberkati Tuhan seterusnya. amin.

pertama kali menjejak kaki ke studio rakaman dan menyumbang suara untuk rakaman dokumentari sahabat saya. terima kasih CIkin sudi memberi peluang ini kepada saya. moga lebih berkembang lagi bakat yang ada dalam menyampaikan ilmu dan mesej kepada semua insan. amin.

sesungguhnya segala yang saya lakukan, niat kepada-MU ya Allah. amin.

Tuesday, October 6, 2009

relakan senyum... hJ


<

relakan senyuman ini terus mendakap,
relakan senyum ini terus,
merayakan hiba yang kejap di jiwa.

tinggalkan lara, usir segala duka.

relakan senyum ini terus,
bersama biru.

biru yang mesra.

Saturday, October 3, 2009

rela dan redha saya



"kubiarkan dia terus berbicara. kudengari penuh setia. tawa dan sendanya. aku tahu, suatu hari nanti kami akan dipisahkan. Ilahi penentu segala jalan takdir kami. ketawalah sayangku. riangkan hatimu. aku setia di sini, walau sesekali lelah kulihat pada wajahmu. namun kau masih tabah untuk menemaniku. kita kan bersama untuk sedetik ini. tabah dengan rela hatimu. sesungguhnya Ilahi, menguji kekuatan kita sebagai hamba-NYA. moga di sana nanti kau pergi dengan rela. aku juga, redha...walau pahit untuk kuterima."

detik cekal



lurus,
tegak ke bawah.

setia bersamanya, hayati kisah indah hidup ini.
mesrakan duka bersama-sama.

moga tekad terus cekal. membawa segulung ijazah ke pangkuan bonda dan ayahanda. memberi nikmat dunia dan akhirat untuk bonda dan ayahanda. moga segalanya mengikut rentak irama yang gemilang.

cekal harapan, terus terus ke hadapan. dan akan melahirkan fitrah hanya kerana Allah yang Maha Satu.

amin.

Friday, October 2, 2009


...sakitnya bukan kepalang, saya jadi hampir tidak gagah untuk menanggungnya, mengusap dan membelai, memujuk agar ia hilang kejang...

kita berkongsi rasa riang
... kita utarakan bait2 indah berupa cinta
... kita wajarkan senyum manis di bibir mesra
... dan kita mula menyusur janji2
... agar kita jangan terleka antara kita
... apabila duka mula datang membawa luka
... dan apabila radang membawa halang
... janji kita ... kan sentiasa bersama
... walau duka dan radang menjadi lelah yang panjang
... kita harungi bersama

Thursday, October 1, 2009

harapan bermakna ```

padanya masih ada harapan suci bermakna. mentari seolah-olah faham denting hati tak keruan. bukan saja tiada cahaya, malah bahangnya turut disimpan untuk menemani kesejukan cuaca. diam diam ada juga di sana. jejak mata dan langkah seiring menuju ke puncak. tiada lagi dodoi manja. tiada lagi rengek-rengek mesra. tak mahu minta disimpati. berterima kasih kepada mentari yang sudi menemani. menanti tiba malam pula, cahaya purnama meruntun segala dengusan sang pungguk.

dunia tanpa batasan, alam diteroka merelung jiwa.

Friday, September 18, 2009

Nikmat Syawal, alhamdulillah.

salam manis salam lebaran untuk semua yang menggemari blog saya. :)
ampun maaf diminta atas setiap keterlanjuran kata dan laku... moga aidilfitri ini bertamabh bahagia buat diri saya dan kalian juga.

sekarang saya menulis entri ini di terminal 2 seremban. sambil tunggu bas jam 8.50 pagi ini. sempat lagi saya berfacebook di sini. teknologi WiFi semakin meluas. tidaklah kebosanan menanti bas...

hmm, aidilfitri ke-3 nanti, akan tersiar puisi saya di Siaran Televisyen Brunei (RTB) dalam program Rampai Pagi jam 9.20. terima kasih kepada kakak yang memberi peluang kepada saya berkarya dan alhamdulillah karya itu akan menjadi selingan untuk rancangan tersebut. Puisi Aidilfitri itu akan dideklamasikan oleh sahabat penyiar di Brunei. Puisi saya ini berkisarkan tentang kehilangan ayah ketika Aidilfitri. sangat menyayat hati hingga tidak terlakar saya untuk menulisnya. namun saya turutkan hati untuk peluang yang tiba.

alhamdulillah, rezeki Syawal kali ini. Moga puisi dan karya saya yang lain akan terus mendapat perhatian pihak2 penerbit media cetak dan elektronik yang lain. Segalanya kerana Allah taala. amin....

saya akhiri dengan salam lebaran sekali lagi. mahu bergerak ke ruang tunggu bas. selamat bercuti semua. silalah bertandang ke rumah nanti ya. di Labis Johor. :)

wasalam.

Tuesday, September 15, 2009

bicara 2 hati, cinta dan air mata... (hj dan ZAH)

jika hidup penuh dengan cinta dan air mata, biarkan ia terseksa menanggung segala duka

CINTA DAN AIR MATA IBARAT IRAMA DAN LAGU...JIKA DIPISAHKAN MUSNAH SEGALANYA...

tidak juga...jangan mudah pertaruhkan kedua2 ini dengan segalanya. pasti ada resapan rasa sayang yang boleh mengatasi cinta....

CINTA TAK BERERTI SAYANG....AIR MATA TAK BERERTI DUKA...WALAU RESAPAN SAYANG MAMPU MENGATASI CINTA, AIR MATA AKAN TETAP JADI PENAWARNYA...

penawar untuk segala rasa sakit dan perit. itulah kebahagiaan menjadi air mata, di kala suka ia mengalir, di kala duka ia turut merasakannya

KEBAHAGIAAN DAN DUKA MEMERLUKAN AIR MATA, LALU MENYIKSA JIWA. NAMUN, CINTA TANPA AIR MATA, IBARAT MUSAFIR KEHAUSAN DI PADANG PASIR...

Monday, September 14, 2009

bEnih


petang itu kami berbual-bual tentang benih. Kami bertapis-tapis menyemai bait bicara. Bimbang terdengar pada yang tua, lain pula nanti tafsirannya.

Sudah beberapa musim dia berada dalam lingkungan semaian. Namun, masih belum ada berita atau khabar semaiannya itu akan memucuk mekar.

Dia sabar sentiasa. Lagi pula, keadaannya sekarang tidak mengizinkan untuk menabur dan menyemai benih. Bimbang tidak terjaga apabila pucuk mula mekar. Komitmennya tinggi kepada yang lain.

Keadaan struktur tanah dan landskap juga tidak mengizinkan benih ditabur dan kemudian disemai hingga menjadi pucuk yang mekar.

Kami akhiri perbualan dengan semangat masing-masing. Jitu mahu benih dan berbunga. Walau bukan sekarang waktunya. Moga akan tiba masa, dapat dijaga dan dihitung hari-hari bahagia saat benih mula ditabur, disemai dan mengeluarkan pucuk mekar.

Biar benih itu nanti kan jadi bunga yang marak dan harum sentiasa. Takkan pernah layu dek godaan kumbang dan ulat-ulat yang cuba untuk singgah. Segalanya kan dapat ditepis sekuatnya.

Kami pulang dalam senyuman. Menanti musim baru yang bakal tiba dengan penuh ceria. Dengan Izin Tuhan.

aidilfitri untuk kakak. :)


Adik, kakak dan kenangan kita
Meraih mesra nan indah
Aidilfitri tahun pertama kita
Disambut bersama rindu yang terus tersemat
Hari ini dan selamanya.
Untuk kakak tersayang.


nantikan ya!///

Saturday, September 12, 2009

dari sekeping kad, tertera tulisan ini.

sayangku hanna,

'hanna, dalam dakapan lembutmu aku bersatu...
suara yang merdu, melangit aku menderu.
aku mahu kamu, satu dalam hidupku. satu dalam hatiku.
dakaplah aku, semahumu.

tika baringku, engkau datang.
jangan biar aku bangun, biar dirimu terus menyatu denganku.'

Thursday, September 10, 2009

"Syuhada, mahu ke mana? nampak tergesa-gesa. wajah awak, pucat. tak sihatkah?"

"tak...tak...saya sihat. hmm, tak apa-apa. saya mahu cepat. maaf."

itu kali terakhir saya bercakap dengan Syuhada, teman serumah saya. Entah mengapa, hati saya jadi bimbang.

*****************************************

"Chika, apa kau buat kat sini? tv tu dah habis siaran. Kau tunggu siapa?"

"pandainya kau teka. aku lagi tunggu Syuhada. tak pulang-pulang lagi. dah tengah malam ni."

"oh..."

*****************************************

sudah dua malam saya menanti Syuhada. Kepulangannya tidak kunjung tiba. ke mana dia? kali terakhir dia saya lihat keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa, sambil memeluk bungkusan plastik hitam. wajahnya pucat. dan terus saja pergi dengan lafaz maaf di akhir kata.

"Chika, aku nak keluar ni. kau mahu kirim makan apa-apa?"

"takpa lah Lisz. Kau saja makan. Aku sudah kenyang."

"Ok, nanti aku belikan kau mee goreng, ya!"

"Suka hati kau lah Lisz. Eh, kau tak nampak Syuhada ke? Ke mana dia?"

"Syuhada? bukan ke dia dah pulang kampung 2 hari lepas? Kau tak tahu?"

"tak. aku tak tahu pun. Apa sebab dia pulang ya?"

"Entah, eh...aku dah lambat ni. aku pergi dulu, ya."

"ooo...ok."

****************************************

"Hai, Chika."

"Eh, Syuhada. awak sudah pulang?"

"ya, saya sudah pulang. kenapa awak duduk di sini? siaran tv pun sudah habis ditayangkan. tak mengantuk?"

"Tak, 3 malam saya tunggu awak. apa hal awak pulang ke kampung?"

"terima kasih kerana ambil berat. saya masuk bilik dulu, ya."

"tapi Syuhada, saya belum habis bertanya..."

*****************************************

Syuhada, Chika dan Lisz. 3 watak ini menampilkan perwatakan masing-masing. Masih belum terteka dasar hati setiap mereka.

Lisz yang pemurah, Chika yang sungguh mengambil-berat, dan Syuhada perahsia yang kejam.

moga ada hikmahnya...amin.

tamat jam 4.30 pagi, latihan kebakaran.
Dalam perjalanan pulang ke kamar, saya terasa ada yang tidak kena pada tubuh. rasanya berdenyut-denyut. Saya gagahkan perjalanan dengan sesekali mengungkap rasa sakit, dan sesekali bergelak tawa dengan rakan-rakan yang berteman sama untuk kembali ke kamar. namun, tawa saya jadi tawar. saya mengerang kesakitan dari dalam.

tiba di kamar, cepat-cepat saya rebahkan tubuh. tatkala lampu dipadam, mata dipejam seperti pura-pura untuk lena. Ah, lama sekali saya ambil masa untuk lelap kerana kepala saya semakin berdenyut rasa. Akhirnya, saya lelah dalam lena. Lena saya dihiasi dengan titik-titik jernih air mata.

pagi ini, saya terjaga tepat jam 10.05 pagi setelah bangun sebentar jam 5.06 pagi untuk sahur (hanya seteguk air) dan subuh. sakitnya masih berbaki, saya lena hingga tidak sedar mentari cuba-cuba masuk dari celahan tirai jendela. dan saya terpaksa untuk tidah hadir ke kuliah pada jam 10-12. maaf atas kesakitan ini, tidak dapat banyak kerja saya lakukan.

dugaan Allah ini saya cuba ringankan dengan meluahkan rasa di kamar blog, dan berbual seketika bersama Kakak di Facebook-hanya seketika. dan kanda juga sebagai penguat rasa. panggilan ke ibu juga menyentuh hati saya supaya kuatkan semangat. namun, saya kembali berbaring di katil. untuk hilangkan rasa sakit ini secara total, hendaknya. moga migrain ini akan pergi secepatnya. tidak tertahan menanggung rasa resah dalam neuron-neuron yang mungkin sedang bertelagah tentang hidupnya.

sagala nikmat Tuhan ini, saya syukuri sepenuh hati. moga ada hikmah di sebalik kesakitan ini. dan moga saya dapat meneruskan puasa hingga ke hujung waktu. amin.

Wednesday, September 9, 2009

'pikul ilmu, dengan senyuman...'

sedang saya melangkah, mendaki satu demi satu anak tangga, yang akan menghubungkan saya dari satu jalan kepada jalan yang lain...mendaki dan terus mendaki. kuat nada nafas dihela, dalam dakap saya beg kain berisi komputer riba dan buku-buku agak tebal isinya, di bahu kiri pula tersandang juga beg bertali biru, isinya juga separuh daripada kudrat saya. Agak berat rasanya lagi-lagi apabila menghitung langkah dakian tangga ini.

sebenarnya, beg yang dibawa hanya muat-muat untuk buku-buku yang sederhana tebalnya. namun, akibat hati yang rakus dengan buku-buku, saya ke perpustakaan bagi menemani seorang teman. tidak lengkap rasanya apabila langkahan tiba di dalam isi perut segala ilmu ini tetapi tiada buku yang dipinjam. Saya lagi terus menyambar tiga buah buku yang sederhana tebalnya, dan apabila dicampur tiga, bisa jadi tebal.

saya mula menyusun langkah ke perpustakaan pusat pengajian. duduk bersama teman, dan mula bicara tentang teori yang akan dirisik kelebihan dan kelemahannya untuk menganalisis atau lebih tepatnya untuk mengkritik karya. nafas semakin kuat dihela apabila memanjat 6 tingkat sebelum sampai ke perpustakaan. kemudian, pintu perpustakaan dibuka, saya jadi lega apabila segala rasa berat tadi dapat diletakkan dan mula masuk ke dalam bilik hawa dingin. selesa berbicara dengan teman.

KEMBALI kepada cerita saya kuat melangkah dakian tangga yang tinggal sedikit lagi untuk sampai ke puncak. hampir tiba 3 lagi titian anak tangga yang perlu saya harungi. namun, bahu terasa semakin perit dan dakap saya semakin renggang. Akhirnya, kedua-dua beg saya jatuh dan menghamburkan isi-isinya. saya juga hampir terduduk di sisi anak tangga itu. Syukur tiada apa-apa yang luka.

sedang saya leka mengeluh dan mengutip buku-buku yang jatuh, saya diusik suatu suara dari belakang. "Maaf saudari, boleh saya bantu?" wajah manis itu cepat-cepat menghulur bantuan tanpa sempat saya memberi jawapan untuk dibantu. saya terkesima. habis segala yang terurai dimasukkan dengan sempurna dalam beg saya.

"Ehem, hmm...saudari, saya bawakan yang ini ya?" dia memegang erat beg sandang saya dan menghulurkan beg komputer riba kepada saya. seperti tiada halangan yang menolak, saya seraya mengeyakan.

"hmm, maaf susahkan awak. beratlah beg tu. buku di dalamnya berat-berat." separuh dengar suara saya kepadanya. dia membawa seperti tiada rasa berat langsung. walaupun saya lihat urat-urat di tangannya keluar timbul, namun wajahnya masih lagi tersenyum. Ah, apalah sangat kudrat seperti dia, merasa akan berat kandungan beg begitu sahaja. kudrat adam.

"saudari, tidak salahnya memeluk dan menggalas ilmu seberat mana pun. Pahalanya banyak. lagi tinggi faedahnya. tak mengapa, saya hantarkan saudari hingga tangga di sana, ya." dia menunjukkan tangga pemisah asrama yang tidak boleh dinaiki bangsa adam.

"Ya, terima kasih." saya jadi diam apabila mendengar kata-katanya. hanya sesekali saya menyapa senyum dengannya. 'apalah sangat beban yang saya galas, ilmu itu lebih tinggi faedahnya. lagi berat, lagi sarat kelebihan dan pahala yang saya dapat' monolog hati saya.

"hmm, sudah sampai. pikul ilmu ini sebaiknya, dengan senyuman dan rasa hebatnya membawa ilmu ke mana-mana sahaja, ya. moga jumpa lagi. salam."

dia menyapa dalam senyuman. laungan kepergiannya terasa meninggalkan seribu hikmah tentang ilmu. "pikul ilmu ini sebaiknya, dengan senyuma dan rasa hebatnya membawa ilmu ke mana-mana sahaja." suatu ungkapan yang memukau jiwa saya. mungkin raut lelah saya sudah tergambar dalam ekor matanya sejak saya mula mendaki anak tangga tadi. mungkin.

dia, saya lihat hingga hilang dari pandangan. senyumnya masih melekat dalam hati. moga pahala ilmu ini bersama dia yang sudi membantu. terima kasih, untuk dia.

saya berlalu mendaki anak tangga kecil-kecil ini sebelum bertemu pintu kediaman asrama. gagah melangkah dan membawa senyuman berseri. Pikulan ilmu mesra dalam dakapan.

Monday, September 7, 2009

sedang menguliti ini...


sekali lagi, di kampung halaman, niat mahu menjenguk kedai buku yang tidak seberapa ni...akhirnya saya ketemu sesuatu yang berharga. hmm, novel "KuUsir Lara Ini" karya Aminah Mokhtar.

Saya sangat meminati tulisannya, sastera yang diujarkan sangat menusuk hati dan pembacaan saya. Pada kali pertama saya jatuh cinta dengan tulisan antologi cerpennya iaitu "Penawar"... dan kini saya sudah memiliki 3 buah buku cernaan ilham Aminah Mokhtar iaitu "PENAWAR", "SETEGUH FIKRAH SALEHA", "KUUSIR LARA INI".

sambil berasmara dengan tugasan ilmiah (masih berbaki banyak), di samping mengerjakan esei untuk pertandingan Akademi Sastera, saya masih mahu manjakan diri dengan pembacaan yang pelbagai ini. Pelbagai genre, pelbagai juga ilham terhasil untuk saya berkarya. alhamdulillah.

moga mendapat berkat Ilahi atas segala usaha. amin. :)

'dil boleh hadippa'...saya dilamun cinta dengan filem ini.





sekurang-kurangnya, saya dah dengar dan hafal kesemua lagu dari filem ini. paling suka lagu, 'hadippa', 'Ish Hai Rab', 'bhangra bistar' dan paling rancak sekali 'disco khisko'... hmm (semua suka) :)

itulah, kalau dah terlekat sedikit resam hindi dan pakistan, hmm...susah mahu ditinggalkan. (terkenang zaman kanak-kanak, sering ikut Mus Uncle Ji, :) makan capati, dan segalanya sealiran darah dagingnya yang memang berasal keturunan hindi)

namun kebelakangan ini, naluri saya mahu dan lebih menjangkau irama punjabi. seperti lagu-lagu daripada filem "Dil Bole Hadippa" ini. 100% irama dan rentaknya punjab.

Tidak sabar mahu menonton aksi Rani yang kiranya membawa 2 watak, sebagai perempuan (ya) dan sebagai lelaki (?)... :) sukses untuk mereka, Rani aur Shahid...

untuk sekian kalinya, hati cuba menafikan. namun, jawapan masih menepis masuk tentang itu. keyakinan yang tinggi perlu. Perlu diperketatkan, agar tiada hati dan jiwa yang bakal tercalar.

sengaja tidak dengar, namun masih mencuri rasa puas. dan sekarang, tiada lagi harapan yang akan diserahkan kepadanya. lebih baik begini. hidup dalam angan gembira dan tidak perlu rasa bersalah, atau apa-apa lagi perasaan yang menyakitkan.

maaf buat segalanya yang telah merosak dan mendukakan hati...akan saya perbaiki untuk hati ini yang banyak menerima rasa duka daripadanya. kita gembira sekarang, ya. :)

dan kepada Tuhan diserahkan segalanya, berkat usaha dan amal yang istiQamah ini. mohon segalanya pada-MU ya, Rab. amin.

kembali menceriakan hati, dan berduka kepada yang sepatutnya. sahaja.

Friday, September 4, 2009

untuk 3 hari

ini saya tinggalkan untuk 3 hari saya pulang ke kampung. bertemu keluarga yang saya cinta amat. cinta amat. cinta amat. moga puisi ini (saya petik daripada Antologi Bunga yang Menangis karya Ja'afar Haji Hamdan- buku puisi kegemaran saya) akan membawa beribu makna kepada pembaca yang sudi singgah di blog saya.



Aku Cinta Pada-MU

Sungguh,
aku cinta pada-Mu
sekalipun sukar buatku
mengubah bebait kata
menjadi bahasa bunga
untuk kunyatakan
betapa amatnya cintaku pada-Mu
kecuali hanya aku mampu
menyebut dan menyeru nama-Mu
berulang kali dalam kepasrahanku pada-Mu


Bukan Rindu Biasa

Mengutip sengsara di pantai duka
sambil melihat laut dosa
aku jadi malu untuk menyatakan
tentang cinta yang semakin malap
dihembus angin bayu waktu
yang berlalu tanpa menegur sapa
makna sebuah rindu.

Wednesday, September 2, 2009

Atas NamaMU.

atas namaMU,
seluruh hidup kuserahkan,
raga jiwaku, hanya untukMU.

cinta ini,
dengan kalam untukMU,
cintaMU dalam hatiku.

bersam cintaMU,
kudahagakan rasa lenaku,
bersama cintaMU,
kurelakan segalanya untuk dekat padaMU.

tanpaMU,
tidak mungkin kurela,
seluruh hidupku,
takkan pernah ada dan sempurna.

atas namaMU,
aku memeluk waktu,
yang akan membawaku padaMU,
walau dalam sukar dan senangku,
akan aku selalu berada dalam dakapMU.

hanya untukMU,
keserah segala jiwa dan raga,
seluruh hidupku hanya mendamba padaMU,
Tuhanku yang Satu.


hasni Jamali,
2/9/09
UKM

Tuesday, September 1, 2009

hanya sekadar nama.

dia kupanggil sayang, tapi tidak bermakna dia adalah yang tersayang. dia kusebut kasih, tapi tidak bermakna ada rasa kasih dalam hatinya untuk aku.

aku hanya sekadar di pinggiran buatnya. yang aku nantikan sering tidak kunjung tibanya. dia masih enggan.

namanya hanya sekadar panggilan, untuk nyatakan rasa tersirat, jauh sekali. tidak jelas pada pandangan, dan sering kabur dalam bayangan.

walau sekian lama, sepi bertandang dalam diri. namun kali ini, sepi itu lebih kuat. apabila tiada langsung, nama itu bermakna padanya.

hanya sekadar nama begitu saja ia dilemparkan, sepi yang entah bila kan hilang dalam amukan rasa kasih dan sayang terhadapnya.

itu sahaja. hanya sekadar nama.

tiba giliran dinda... :)

alhamdulillah, 3 hari cuti minggu berlalu dengan sedikit kisah. Namun segalanya gembira. Duka ada juga, tapi sempat saya baiki semahunya. Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan, segalanya pulih kembali.

Cuti Merdeka, saya ditinggalkan kawan2 satu blok, mereka sempat bersama keluarga. dan saya, masih sendiri di rumah 3 tingkat ini. Sunyi. Sekejap saja, kerana ada rakan lain yang senasib sudi menemani. ana, nira dan sha. kami berbuka sama-sama, dengan menu istimewa daripada nira "tom yam mee hun" nya. tambah lagi dengan ayam krispi. sedapnya menjilat jari. :)

dan kanda juga pulang. rezeki mendapat tiket lebih kepada kanda. saya juga ditinggalkan. :)

hmm, 1 perkara menggembirakan, Jumaat nanti 4 hb 9, akan saya ganti giliran dengan kanda pula. saya akan pulang ke rumah waktu itu. Nuzul al-Quran, cuti istimewa bagi negeri Selangor. :)

tiba giliran dinda, ya kanda. :) moga dinda juga dapat kecapi bahagia seperti kanda lalui di rumah. :) amin.

dan, seterusnya menanti debar saat berkejar bas hari Jumaat nanti, kerana kuliah akhir habis jam 12 tengah hari. tiket KTM pula jam 2.40 petang. moga2 sempat ke stesyen hari itu nanti. amin.

saya akan pulang! :)

Sunday, August 30, 2009

Pantun: Di Mana Kasih Harapan

Kekasih sejati sukar dicari,
Sejatinya dia melingkari hati;
Namun apakan daya masih sendiri,
Di manakah dia impian hati.

Bisik hatiku terasa malu,
Menyaksi warkah penuh azimat;
Namun jiwa meronta sayu,
Mengenang kekasih entah di mana.


pernah saya tuliskan pada 14 Mei 2005. Bertemu kembali dengan catatan ini dalam buku nota atau juga nota biru saya dalam buku berkulit biru (juga). :)

Saturday, August 29, 2009

iringan doa buat kanda. :)

salam rindu,
buat kanda, semoga pemergian kanda akan dinda sisipkan selalu dengan doa kepada Ilahi. moga kanda selamat pulang ke kampung, dan selamat kembali ke ukm. moga perjalanan kanda diberkati Allah Taala.

buat kanda, moga kegembiraan kan selalu mekar pabila detik bertemu keluarga, kan terjalin mesra dan penuh kemeriahan. ya. :)

Thursday, August 27, 2009

mimpi oh mimpi!


mimpi, tafsiran yang sukar diramal.
semalam, saya mengalami satu pengalaman mimpi yang amat menarik sekali. entah mengapa saya bermimpikannya. dia, hadir dalam hidup. jelas sekali namanya saya sebutkan. dan jelas sekali saya sering berada di sampingnya. persoalannya mengapa dia yang berada dalam mimpi saya? dan saya seperti suka dan bahagia berada dalam mimpi itu bersamanya.

hmm, seringkali akan dikatakan bahawa mimpi itu mainan tidur. namun saya sudah terdidik dari kecil (didik dengan hati sendiri, tiada pengaruh famili atau guru) untuk percaya akan maksud2 dalam mimpi.

dia hadir dalam mimpi (sekali lagi saya ungkapkan untuk saya berfikir),REALITINYA dia kurang mendapat perhatian daripada saya. sedangkan dia pula sering juga untuk mendekati saya. ah, baru saya teringat, hari yang sama saya pernah memohon sesuatu kepada Tuhan. Mungkin Tuhan memberi alamat itu berdasarkan doa saya. Tapi mengapa ya hati saya sering menafikannya lagi...

hmm, mimpi oh mimpi!

(gambar di atas sekadar hiasan. Adnan Sami Khan, penyanyi kegemaran saya. :) )

suka duka adik sebagai jururawat, (Ramadhan dilalui penuh sabar)

semalam, saya menerima panggilan daripada adik perempuan yang kini bertugas di hospital sebagai jururawat (menjurus ke arah kebidanan). Kami bertukar-tukar kisah sambil dia menanti giliran untuk mandi. Katanya, dia baru pulang bertugas pada jam 10 malam. hmm, pada usia 20 tahun, dia sudah mula bekerja. Jururawat, sangat mulia tugasnya. saya bangga dan bersyukur kerana dia dapat berjasa untuk pesakit-pesakit, dan pada kami sekeluarga juga.

banyak pengalaman yang ditimba sepanjang dia bertugas di hospital. kagum saya mendengarkan kes2 yang berjaya dia selesaikan. tahniah adik, moga adik jadi hamba Allah yang bertakwa dalam menempuh ranjau sebagai seorang jururawat yang mulia. :)

dan takziahnya di sini, apabila adik bercerita tentang seorang ibu yang selamat melahirkan anak keduanya. namun kegembiraan itu terselit rasa duka amat, apabila ibu yang melahirkan itu meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. anak kedua yang dilahirkan menurut adik lagi sangat comel dan cantik. namun dia menjadi yatim pada hari itu juga. takziah pada keluarga itu. ibu itu meninggal dalam keadaan mulia dia bulan ramadhan ini, dan sucinya dia kerana menerima janji Tuhan sama sepertinya mati syahid- meninggal dunia tatkala melahirkan.

bilang adik lagi, sudah 16 kes dia kerjakan. untuk lengkap sebagai bidan profesional, dia perlu menyambut 30 kelahiran bayi, dan dari situ juga saya diperdengarkan pelbagai pengalaman daripada adik.

selamat bertugas untuk adik, dan salam takziah untuk keluarga yang menerima berita sedih ini.

Tuesday, August 25, 2009

tatkala minda diasak keindahan


(hari kedua Ramadhan, memasak dengan kawan2)

Di ruang rindu,
menyemai resipi kasih,
untuk kanda yang jauh di mata,
namun masih dekat di hati.

Di ruang rindu,
Ramadhan disambut penuh redha,
kepergian kanda,
menyemat rasa sayang yang erat.

Di ruang rindu,
Terawih dihadir selalu,
penuh taat mendakap mesra Ilahi,
mendoakan kanda di rantauan,
moga pulangnya dinanti yang pasti.

Di ruang rindu,
dengan senyuman terindah,
menyambut kepulangan kanda,
pada Syawal yang mulia,
pada Syawal terindah.

tinta hJ,
23 Ogos 2009.
K4N ruang makan, Aminuddin Baki, UKM.

Monday, August 24, 2009

hidup.

(segala tersurat dan tersirat hanya kerana Allah Taala)

Ramadhan ke-3 buat semua insan Islam, berpuasa yang pertama untuk diri saya, setelah menjalani ibadah sebagai hawa yang normal. alhamdulillah.

namun hari ini sedikit sedih, emosi bercambur baur. kepala berat, pandangan berpinar memaksa diri terlantar di perbaringan. selimut menutup seluruh tubuh, mata terpejam, namun sempat juga saya menghantar sms kepada syikin (rakan sebelah bilik) bahawa keadaan saya. pabila jadinya situasi begini, hati jadi sayu. rindukan pada isi rumah. :(

sekarang tubuh terasa sejuk. saya bangkit juga. meluah rasa dalam ruang maya ini. moga hati menjadi tenang, dan puasa hari ini menguatkan semangat untuk terus hidup.

syukur Tuhan, memberikan saya peluang untuk terus rasa nikmat-MU. amin.

Sunday, August 23, 2009

Berbahgi pelbagai kisah pagi ini.

(dengan nama Allah, saya bicara kerana-NYA)

sejak Ramadhan muncul, hati saya jadi lebih tenang. Masuk hari kedua, bangkit dari lena juga tenang sekali. namun ada ketika ini, saya sedikit gusar dengan mimpi tentang hanna semalam. pabila membuka mata, terasa tusukan lukanya pada tubuh saya. adakah kerana saya terlalu obses tentang hanna? ah, bukan obses. Segalanya berlandaskan rasa kasih mendalam pada hanna, mungkin.

Pagi ini, saya membuka lembaran bicara di facebook (satu lagi ruang bicara) untuk saya berbahgi kisah dan cerita. saya mulakan dengan kisah mimpi ini. hmm, entah apa pula reaksinya pada teman-teman di sana.

dan pagi mulia ini juga, saya berbahgi cerita di Yahoo Massenger (laman bual maya). rasa seronok menerjah hati, seorang rakan lelaki, membantu ibunya menjemur pakaian. dapat saya imaginasikan saat indah membantu ibu. rindu pula pada ibu di rumah. :)

dan siang ini juga, saya mula membahagi tugas (kerja rumah dan kerja kelas). pasti mahu saya siapkan sebelum menjelma esok (permulaan hari yang ada kalanya indah, namun ada kalanya tidak begitu indah.

moga-moga perjalanan saya menyiapkan tugasan, berlalu dengan aman dan sempurna.amin.

selepas segalanya selesai bolehla saya memulakan episod baru dalam hidup, iaitu -membaca novel. membelah isi karya secara bersungguh-sungguh. :)

gusar hanna-luka yang nampak

kepul-kepul awan berarak sendiri. pawana hilang tiupannya. tiada aliran, sunyi seketika. Jauh hanna membuang pandang. Di jendela hanna merenung detik dia dirempuh bahu kasar petang tadi. terasa lagi nyilu koyakan baju pada sikunya. sedikit tercarik luka dan darah.

"hanna. Asalamualaikum." hanna berpaling laju ke arah suara di sudut pintu kamarnya. Kak Long dan kak Shira datang menjengah kepala. Senyuman manja Kak Shira dan jelingan Kak Long melegakan hatinya yang sedikit gusar.

"Masuklah Kak Long, Kak Shira. Wa'alaikumsalam." ringkas hanna menjawab. Dukanya masih jelas kelihatan. tiada senyum pada wajah hanna, mungkin balutan luka merimaskan pergerakannya.

"hanna, kenapa ni? Masamnya muka dia? hmm? senyum sikit." Kak Long memujuk lembut.

"Sakit ya tangan tu? Mari Kak Shira tengokkan."pantas saja hanna melabuh punggungnya di sisi sudut katil, diapit kak Shira dan Kak Long. lantas kepalanya diletak tepat ke dada kak Shira, sambil turut didakap Kak Long. Manja disayang begitu.

"hanna risau Kak Long, Kak Shira. bagaimana kalau abang Johan dapat tahu. Pasti dia akan marah hanna. luka ni..." sedikit titisan air mata jatuh menitis ke peha kak Shira. hanna mula meluah rasa dalam esakan semakin mendayu. Kak Long dan Kak Shira setia memujuk adik kesayangannya itu. seperti anak kecil, rambut hanna diusap lembut mereka.

"kita tunggu Mak Su datang sekejap lagi, ya. hanna baring, rehat dulu. Dengan izin Tuhan, hanna baik-baik saja, ya." pujukan kak shira lembut sambil kak long menarik selimut untuk hanna diam di dalamnya. hanna mengikut saja arahan yang diberi. sedikit kerut di dahi dan riak wajahnya, bibir digigit tanda pergerakan yang lemah dan menyakitkan. lukanya seakan mencarik rasa dukanya.

"sakit ya? perlahan-lahan dik. mari akak bantu." kak long memapah hanna. lembut caranya. terus membawa hanna berbaring dalam selimut yang dipegang kak shira. air mata masih lagi laju mengalir. sakit dalam dan luar. hanna menangis.

********************************************************************

Mak Su datang membawa alatan doktornya. satu persatu dia memeriksa tubuh hanna. Kak Shira dan kak long berdiri merenung. sekali sekala terdengar suara kak shira seperti menyebut rasa sakit. Tulus hantinya turut berasa sakit yang ditanggung hanna. Kak Long selamba melihat gerak laku Mak Su, hanya seketika dia turut membantu pergerakan hanna yang agak sukar apabila disuruh Mak Su mengiring dan duduk.

usai pemeriksaan. Hanna baring semula berselimut.

"bagaimana Mak Su?"

Mak Su hanya tertunduk, menahan rasa sayunya mungkin. diam Mak Su sangat mendebarkan.
lama Mak Su merenung alatan doktornya.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan al-Mubarak pertama hari ini.


(dengan nama Allah, saya bicara kerana-NYA)

Alhamdulillah, selamat hari pertama Ramadhan untuk umat Islam semuanya. Saya pula begitu rindu untuk berpuasa Ramadhan ini. hmm, mungkin lusa baru boleh mula. Seperti dicipta-NYA untuk hawa, ada ruang-ruang istimewa kami tidak diizinkan berpuasa dan melakukan ibadah lain.

hari ini, saya turun ke dapur, memasak untuk rakan-rakan yang berpuasa. Kami berkongsi seramai 6 orang untuk juadah berbuka selama 1 bulan ini. InsyaAllah. Saya masak telur sambal dan taugeh campur cendawan goreng. Alhamdulillah, hasil masakan sedap (pujian dari rakan-rakan). hmm, moga dapat masak untuk yang tersayang suatu hari nanti (bila sudah ada yang bergelar kekasih ya. :) ) sekarang masih single. jadi masak untuk diri sendiri dahulu. :) berlatih untuk tambahkan perencah supaya lagi sedap. :)

sesungguhnya, Ramadhan ini saya bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk terus merasai keindahan bulan mulia ini. Syukur pada-MU Tuhan.

Moga terasa indah juga ayah, ibu dan adik di rumah. Untuk adik yang berbakti pada pesakit-pesakit, moga bersabar terhadap segala ujian Allah yang getir ini.

dan buat kanda tersayang (masih belum hadir), dinda mendoakan kanda dari jauh. moga pertemuan kita nanti dihiasi segala keindahan ILahi. AMin.