BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 22, 2009

dari kotak mesej telefon Sony Ericsson W550i,

Eziana : selamat hari lahir. semoga panjang umur dan murah rezeki.

abg zul : ...abg wish happy birthday kat Has...

Sam : Slamat hari lahir doaku utkmu mg mndpt kebrktn Allah,n bhgia hdp d dunia n akhirat.'SMILE NEVER DIE' =) doakan kjyn brsama.. SYAMZ,unimas

Yui : Selamat hari lahir yg ke 22 thn smg pnjg umur & murah rzeki.dh mkn dewasa jgn lupa tjwb pd kluarga.dia adalah segl2nya dlm hdp kita

Ezam : hppy bsday 2 u.moga panjang umo.murah rezeki.

En.Syazwan : yeaaa.....slmt hri jdi smoga dipnjgkn umur siht selalu dn dimrhkan rezki.

azian : Hapy buzday.. Smga bjya dlm hdup n hepy slalu.

Cah : (gambar) DELIVERY of Birthday Cake from Me to U..Happy Birthday!!

Adik IJa : selamat hari lahir yg ke 22 thn.

Suhaila : Selamat hari lahir. Muah!!

Nira: Hepi birthday 2 hasni, wish u pjg umur n mrh rzeki...

Maknah : Slmt ari lhir, smge pnjg umur

fara : Slmt hari lahir...smOga pnjg umO,murh rzeki n d'berkati Allah...

Abg jerin : slmt ari lhir

kutemu kasih di hari lahir ini

alhamdulillah, 22 januari 2009, genap sudah 22 tahun aku. Bersama simpulan dua dua ini, akan aku jalani sebaiknya. selayaknya akan aku leraikan simpulan dua dua menjadi satu impian bahagia. Segalanya hanya pada-Mu kuberdoa. Hanya pada-Mu aku mengaharap. Ya Tuhanku, sedayanya aku mahu mencuri kemurniaan yang Engkau berikan yang belum pernah aku rasa dan punya.

kutemu kasih di hari lahir, bersama senyum dan tawa. ramah mesra. mula segala dengan baik, akanku akhiri dengan yang baik juga. InsyaAllah, kepada Tuhan juga aku memohon keberkatan dan kebahagiaan ini. Kasih ibu, ayah, adik-adik, sahabat, rakan dan suadara yang mengingati.

Sahabat se blok, bubur dan tembikai bersama kejutan tetap mencuit rasa hati, terharu. aku berterima kasih kepada kalian. walau hanya sekecil ucapan dari bibir-bibir jujur kalian, aku terima lasfaznya seluas rasa ikhlas. terima kasih. Syikin n kak Jila, thanks hadiahkan hasni sesuatu yang cantik dan sedap.

segala yang duka, biar ia berlalu dalam kepingan dua satu, semoga aku sentiasa dalam lindungan-Nya, dan menjadi insan yang lebih gemilang. amin.

Wednesday, January 21, 2009

selangkah ke dua dua


kutemu bayang-bayang suci,
menyelinap ke seluruh sanubari,
datang berbisik,
melafaz kata cinta.

berhembus lalu pawana harum,
menyebar debunga indah berwarna-warni,
terus sampai ke jiwa suci,
kasihnya itu.

kasihnya itu,
lembut nan seri,
bertamu pelangi menyapa bayu,
mahu asmara kepada yang SATU.

Monday, January 19, 2009

Apa kata hati...(dil kya kare)...

video

6 kisah cinta, berbeza hal, namun di penghujungnya....kemanisan cinta digapai penuh sungguh.
salaam-e-ishQ (salam kemanisan bagi yang bercinta).

Saturday, January 17, 2009

kuterasa kesyahduan,
menyelimut malamku sepi,
kumenanti kepulanganmu,
kau janji-janjikan satu masa dulu.

Hanya kau kasih, kau kukasihi,
kata-kata yang dilafazkan,
mengikat jiwa dan cinta,
hingga tak termimpi pengganti yang lain,

Biarku dicengkam gelisah,
dibuai rindu yang mendalam,
resah mendamba belaianmu,
yang teramatku dahaga,

kumasih lagi setia,
biarpun takdir mencabar kita terpisah
kumasih lagi di sini
berpegang teguh kalimah cinta

kubisikkan dalam tangisan yang gugur berderai ke bumi
menjadi bingkisanku yang akhir
untuk bekalan jalanmu
mencari mahkota menghiasi pelamin kita.

Ziana Zain: Setiaku di sini.

maya bertaut mesra....


Kepulangan Kak Ira petang itu kusambut mesra. Bersalaman dan menyapa indah bicara. Kak Ira tersenyum lebar. Aku juga. Disaksi ibu dan Mak Sum. Mereka juga tersenyum. Aku bahagia, punya keluarga yang sering mengasihi. Hari ini dan beberapa hari berikutnya aku mahu bermanja segenap waktu bersama kalian. Tika suami jauh dirantauan. Rindu terubat pada yang kasih itu apabila aku diizinkan ke rumah ibu dan ayah.

Friday, January 16, 2009

maya kembali bersiri...

januari 2009.

semakin datang detik itu, dekat dan menebarkan kemanisan hawanya. dan semakin hampir juga aku menemuinya. bersama lazatnya masa. walau sepayah manapun aku mahu menghindar, ia kerap mengorek benak dan minda agar dapat mendiami hati ini.
adakalanya aku bingung, mahu atau tidak? itu yang menjadi persoalan hati. ilusi yang datang adakalanya nikmat indah yang tidak semua boleh rasa. namun adakalany, apabila ilusi itu tiada, bagaimana boleh hati ini bergembira, hanya rindu yang dirasa.
benarkan ia atau tidak? mahu hadir dalam bayangan dan ilusi diri. sudi dia menjadi suri ramah dan mesra, bergaul kasih dan sayang sekuatnya. sebati dan tidak boleh dipecahkan lagi.
kata hati, aku terima. aku sudi. aku mahu. "hanya hati yang boleh memberi keputusan dalam soal hati dan perasaan". maya kembali bersiri...



Wednesday, January 14, 2009

berfikir yang baik...


biasanya bila aku buntu, aku akan senyap dan diam.
tangan akan cuba menggapai apa-apa yang dekat, dan mula mengatur mengikut sedap pandangan.
(hobi ketika susah hati-mengemas).
dalam masa aku diam dan senyap itu, yang bisu tanpa bicara...aku sentiasa memujuk hati supaya tuju ke arah yang baik. Positif. Ya, itu sebaiknya.
Jangan bicara kesat dan kasar. Itu sangat menyakitkan dan mengguris sesiapa saja yang merasa. termasuklah tuan punya tubuh. Tak enak jadikan yang buruk itu sebagai tuduhan yang melulu. Ya, perbaikinya.

Think positive, jadikan yang baik itu sentiasa dekat di hati.

Tuesday, January 13, 2009

tiada lagi rasa...


pernah dahulu hatiku mencuri masuk ke ruang hatinya. aku sering beria merapatinya. Senyum tidak lekang dari bibir merah ini. adakalanya mata bersinar walau juga menempuh malam tanpa lena. Dia selalu membayangi diri, ke mana sahaja ada nafasnya. indah rasa masa itu.


sekarang pula, bicara aku seakan sepi. kurang tersenyum kerananya. atau mungkin hilang sudah seri sinar mataku, walau lena tepat pada masa. bayangnya juga sudah pergi. tiada rasa lagi. aku pula, termanggu sendiri. tidak mahu kuungkap kata sepi pada diri. kerana aku tahu, Tuhan masih ada bersamaku.


Biarlah dia tak mahu. apa daya aku, menuntut kasih yang tidak berbalas. sayang ini bukan untuknya. Rasa hati, sayang ini ada lagi di ruang yang selayaknya. yang sekian nampak tulis cinta ini.


tiada lagi rasa untuknya.


sedang asyik dibuai kisah ini. suka sangat!

Sunday, January 11, 2009

luahan mukus sekalian...heheh..


alhamdulillah, diri masih dalam lindungan-NYA. dan masih disayangi-NYA. dilanda sedikit ketidaksedapan badan (boleh gunakah ayat sebegini), aku masih dikurnia kudrat untuk meluah rasa dan berbicara. Terima kasih Tuhan, syukur pada-Mu. amin. helaian tisu sentiasa dalam genggaman, menanti detik kejutan, (bersin) yang menggegarkan isi jantung. Ubat? hmm..... ada talian hayat lain tak? (insan susah makan ubat masih wujud). heheh....

Tinta Kasih

sekejap bangun sekejap duduk,
maya tidak selesa,
meraba kesedihan sendiri,
berdiri pula, berjalan sedikit
berbunga rasa,
datang kelibat yang disayangi,
mendakap erat luahan rindu,

dalam samar itu,
terbit tinta kasih,
buat dirinya,
si maya cahaya indah.

Thursday, January 8, 2009

Jika ada.


mata masih bulat. Tidak mahu tutup lena. Jam 1.32 pagi sudah. Aku masih lagi setia bersama embun-embun dingin. Sambil putaran lagu dari filem Jannat, "Ha Tu Hai"....terbuai perasaan menjalar ke ruang maya. Liriknya sangat asyik, bahawa lelaki sejati yang sedang mengasihi teman jiwanya. hmm, indah jika ada jejaka kini yang masih romantis seperti itu. Berpuisi bersama kekasihnya. Rasa dihargai...ya kan!

Ya, romantis...jika ada kesayangan yang mengasihi dalam puitis kata. Lahir dari hati suci, ikhlas di jiwa.

teruja, Puisi Kasih Buat Kanda tersiar "Tunas Cipta" november 2008


alhamdulillah, dalam keterujaan ini, aku sangat bersyukur, karya puisiku akhirnya mendapat perhatian. terima kasih Tunas Cipta.

Karya "Puisi Kasih Buat Kanda", dalam khayalan, menyentuh kalbu. lahir ia dengan sepenuh jiwa yang menyanyangi kasih itu. hmm, di mana kanda sekarang ya?

Puisi ini jadi simpanan dinda dahulu, sebelum ia datang berbisik kepada kanda.

terima kasih, kepada yang mengerti.

Sejambak Ilham (Puisi)

1. Pancaindera (Sahibul Anuar Asrani, SK Dit Debak, Sarawak)
2. Demi Sebuah Hidup (Juwita MN, Shah Alam)
3. Salahkan Siapa (Siti Rabiatul Adawiyah ABdul Hadi, ASWARA)
4. Timbunan dan Angin Berdarah (Shahril S.M., Ranau, Sabah)
5. Puisi Kasih Buat Kanda (Hasni Jamali)
6. Tuah Jebat (Mariam Mohamed, Kampar Perak)
7. Kembara Harapan (Zuraine Mahadun, Jasin Melak)
8. Kasih Kita (Mata Pena Cinta, Dungun, Terengganu)
9. 'Syukran' Wahai Tuhan (Siti Aisyah Mat Saad, Ranau Sabah)
10. Sebuah Kisah Rindu Ramadan (Munira Latip, Batu Berendam, Melaka)
11. Pedagang Suci (Mohd. Fahmi, Sungai Batu, Kuching)

Tuesday, January 6, 2009

"Jangan Berulang!" rayu aku.


Sejak semalam lagi, hati rasa tak tenang. Tidur tak lena. Dalam lena aku berperang dengan jiwa. lebih tepat lagi atmaku meronta keras. Mahu bangkit dari lena yang kasar. Tubuhku kebas, seperti ditimpa sesuatu yang berat. Ah, sangat menyeksakan. Dalam lena juga aku merayu menyebut kebesaran Tuhan. "Allahuakbar!". Alhamdulillah, tidak lama selepas itu aku terjaga. Namun masih mamai dan sangat menyakitkan. Kepalaku terasa berat sekali. Pening yang kasar. Rakus menarik urat-urat segala.

Berlaku perkara yang sama di malam hari. Lebih tepat lagi, awal pagi. Mataku hanya mengantuk jam 4 pagi. Dalam beberapa jam sebelum aku terjaga untuk ke kuliah jam 8, aku dihantui sekali lagi perkara itu. Dalam lena yang tidak asyik itu, sayup-sayup suaraku membisikkan ayat kursi. Beberapa kali diulang. Alhamdulillah, aku berjaya sedar. Bersiap ke kuliah. Sangat singkat.

Kini, aku seakan hanyut dengan lamunan. Resah ini aku luahkan dalam catatan blog, dan juga rakan-rakan. terima kasih kepada mereka. Pesan aku pada diri, aku boleh mengatasi lamunan ini, dan hidup seperti biasa. Amin.

Monday, January 5, 2009

Aku dalam linkunGan dan lindunGan...


aPabila aku melangkah keluar, kanan dimulakan sebagai azimat keberkatan. Wajah dihiasi senyuman, keluar daripada kepahitan. Kanan sekali lagi memulakan bicara. Sapaan salam bersambut mesra. Hangat pertama meresap melaluinya.

Terus menerus aku melangkah. Pawana yang berhembus lembut, curi-curi masuk ke ruang terbuka. Langsung mendinginkan tubuh ini. Sambil mata dikejam, tangan dua mendepang. Memberi izin ikhlas, pawana menyentuh segalanya.

Melangkah sekalian ke sana. Menuju kepada suatu arah, kanan. Berhenti. Mata bulat menghunus pandangan tepat ke hadapan.... Tiada kata. Hilang bicara. Kosong. Pawana yang menghilir lembut berubah menjadi garang. Panahan kasar dan tajam tepat ke arah satu sasaran.

Aku masih lagi dalam lingkungan. Kanan dan dingin pawana. Hanya melihat lingkungan di hadapan terus merobek dan menghancur lumat sesuatu yang tadi membuat aku hilang kata dan bicara.

Syukur, aku masih dalam lindungan.

Saturday, January 3, 2009

Setiap Kali Hujan Datang


Sejuk. Menggigil. Berdebar-debar. Sorok dalam kelambu.
Tak kebah, makin menggigil. Kabur, rintik menderu. Sejuk.
Ubi Kayu rebus, berasap dengan sambal tumis ibu. Hangat.
Mata tersenyum. tersipu-sipu. Sebab ada mata lain yang pandang.
dari setiap pelusuk. Hangat. Disapa basahan air teh O panas. barasap.