seperti biasa, setiap kali tibanya penghujung cuti semester, hatiku berdetak ronta, tak mahu kembali ke sana. resah sepanjang malam, terasa diri seakan jauh dengan insan-insan tersayang. Perpisahan bakal dan akan berlaku lagi. Tanpa aku mahu dan minta, ianya tetap akan kembali terjah ke ruang benak ini. Mengganggu ruang fikir. Air mata jadi saksi, dan perit hati memanggil kesepian datang menemani diri.
Kuatkan hatimu, wahai diriku yang tabah. Perpisahan yang bakal berlaku nanti, mengajarmu kembali erti rindu sebenar. Memberi sinar baru di sebalik air mata jernih yang mengalir itu. Nur rindu itu kau genggam erat, dan semakin kasihlah kepada insan-insan yang kau sayang selayaknya. (begini aku menasihati diri, dalam sayu namun bersemangat di sebalik perkasa perasaan ini)
Tuesday, December 30, 2008
air mata rindu
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 4:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 lonjakan suara:
hey kekanda sahabat,
tidakkah kekanda rindu pada taulan dan handai.. ubati lukamu dengan mengingat pada yang disini. sesungguhnya saya sedang seronok di bumi orang..
Post a Comment