BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 22, 2009

kenangan musim buah-buahan hanna.

"Hanna, yang atas tu!" Jerit Kak Long penuh semangat. Pasal makanan serah je pada dia. Aku sekarang dah di tahap tinggi kat atas dahan pokok rambutan belakang rumah. Kena paksa dengan Kak Long panjat pokok. Wah, sengsara. dengan kerengga lagi.

"Kak Long, kenapa biar Hanna tu panjat tinggi-tinggi? Jatuh pula karang. Yang rendah-rendah ni kan ada buahnya." Syukur, Kak Shira sampai tepat pada masanya. Bolehlah aku turun sekarang.

"Hoi, Hanna! Siapa suruh kamu turun?! Naik balik! Tolonglah, tekak Kak Long ni, rasa nak sangat makan buah rambutan yang merah pekat kat atas tu. sikit je lagi kamu nak sampai, atas kepala kamu je. Tolong Kak Long ye hanna..." Wah, sandiwara apa yang Kak Long buat ni? sayu pula rasa hati. Hmm, kena panjat semula lah dahan tadi. Waduh, kerengga, janganlah kau gigit hanna lagi.

"Kasihan Shira tengok Hanna. Kak Long ni memang suka mengusik. Kejap lagi kalau jatuh Si Hanna tu.hmm, kesian dia." terdengar sayup suara kak Shira di bawah pohon. betul katanya. lagi pula dengan keadaan hanna yang macam ni. eh, keadaan apa tu? hmm, shhh...rahsia.

dari jauh kelihatan Abang Fahmi dan Ameera, laju berlari. mesra sungguh mereka. terasa seperti peninjau jarak jauh pula bila duduk atas dahan pokok rambutan abah ni. hmm, dapat pun buah merah ni. suka lah kak long kejap lagi. "wah, cantiknya pemandangan. Luasnya Taman Kasih ni. wah!!!" seketikan hanna terjerit melihat keindahan kawasan perumahan yang didiami bersama famili. terasa indah taman rekreasi yang berhampiran, sememangnya lengkap dengan pelbagai kemudahan riadah. di situ juga hanna dan Kak Shira ber-jogging.'hmmm...' eh, berkhayal pula.

"hanna! sudah. turun! apalah kakak kamu ni. tak patut betul suruh kamu panjat. galah ni kan ada. jolok saja lah.ish...sudah tu. turun. hati-hati." terima kasih Abang Fahmi. memang syok dapat abang ipar yang memahami. hmm, ameera yang comel. terima kasih sebab selamatkan Mak Su Hanna.

"hmm, setapak lagi. iyah! akhirnya. hmm, Kak Long. ini buahnya. betulkan yang ini?" sampai ke tanah jua akhirnya. tersenyum kak long melihat buah rambutan yang merah berada di telapak tangannya.

"Abang Fahmi, hanna tengok Kak Long ni macam ada apa-apa je? ha, jangan-jangan...."

"jangan-jangan ameera nak dapat adik tak? ya ke Kak Long?" hmm, Kak Shira pula menyampuk. tersipu malu pula wajah kak Long.

"Mak Su juga yang jadi mangsa, ya Meera. panjat tinggi-tinggi. Syukur selamat naik dan turun. tahniah juga pada Meera, bakal dapat adik yang baik hati macam Mak Su ni. haha..." meera pun tergelak sama melihat gelagat Hanna yang terliang liuk badannya.

"terima kasih Hanna, adik kakak yang baik hati."

"sama-sama Kak Long kusayang."

itu gelagat kami bila tibanya musim buah-buahan. ada yang mengidam, hanna juga yang jadi mangsa panjat tinggi-tinggi pokok rambutan tu. nasib baik bukan pokok durian, huhu...hmm, dan masa ini juga pemandangan sekitar rumah terasa indah sekali. halaman penuh daun-daun, halaman penuh tapak kaki, dan halaman penuh gelak tawa. tak kurang juga halaman yang sedikit terisi tangisan, tangisan hanna sebab terjelepuk ke tanah, salah langkah panjat dahan. (tersenyum kepada si dia)...dan musim itu juga cinta kita mula bersemi. bersaksi kerengga dan dedaun yang hijau. hmmm!?

1 lonjakan suara:

Org Ganu said...

salam ziarah..
wahh bestnyer ada kebun buah sendiri..