
hanya Maya!
Dua pasang telapak itu, menyentuh erat susuknya yang kian membesar.
Sepasang insan ini menampil riak bahagia, sangat menghargai dan berterima kasih. Johan dan Hanna besatu memberi jiwa. Menyentuh dan menyisip cinta pada bakal yang lahir itu. Yang kecil di alam sana, riang menanti mentari pagi, bersorak menanti dingin bayu malam. Sebenarnya lebih teruja bertemu dua insan kekasihnya ini.
Aku yang melihat tanpa merasai erti sebenar kasih itu, hanya memandang dan mengukir senyum. Berbahagia mereka dengan kasih yang bakal berbahgi kelak. Tidak, memberi dan menerima lebih baik. Ya, lebih baik begitu.
Dia datang memimpin tanganku, kami berlalu seiringan, meninggalkan dua kasih itu bersama layar mereka. Katanya, "hanya Maya!". Aku tersentak, kemudian terkerisin sendiri. Aku tunduk kerana kutahu, matanya mencari pandanganku yang sedikit malu.
"Nantikan, hanya Maya!."
Thursday, October 23, 2008
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 3:57 PM 6 lonjakan suara
Monday, October 20, 2008
Yang Hanya.
Yang terindah
dalam hidup
hanya ibu.
Yang menawan
dalam kalbu
hanya ayah.
Yang terpendam
dalam hati
hanya kasih.
Yang kucintai
hanya satu
dalam semua
hanya Tuhan.
hasni Jamali, 3 Jun 2008, K6G107.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 6:59 PM 4 lonjakan suara
Thursday, October 16, 2008
Hasni dan kegemarannya.
Di sini biasanya saya belanjakan masa yang lapang. Seronok membelek dan meneliti helaian-helaian setiap tinta. Saya lebih suka mengumpul antologi atau kumpulan puisi dan cerpen. Dan yang paling indah sekali menghabiskan waktu kelapangan dengan menyingkap helaian novel grafik yang paling banyak dalam koleksi saya. Gambar ini baru separuh yang berada di kamar kolej, jika di rumah, ianya bersusun serak bertingkat-tingkat. Rindu pula pada yang lain di sana.
Sahabat sejiran senantiasa datang memburu bahan bacaan baru daripada saya. Setiap bulan pasti. Ada kalanya, saya menyembunyikan yang terbaru di dalam kotak rahsia, bimbang dirampas kerana belum sempat membacanya. hahaha...kepada sahabat, maaf ya.
Inilah perpustakaan mini saya di kamar K4N!
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 1:10 AM 6 lonjakan suara
Tuesday, October 14, 2008
tadi,
saya cuba melawan,
berjaya,
terpaksa senyum dan gembira,
walau ia perit sekali,
namun, saya paksa kudrat terus melangkah.
dia sinonim sudah bersama saya.
sekali dia datang,
saya rasa "bahagianya".
sakit? itu semestinya.
kata sahabat saya,
sakit itu menguji dan menghapus dosa-dosa kita.
bersabar menghadapinya.
ya, saya mengerti maknanya...
p/s: buat 'insan berdua' bersama saya dalam meeting sebentar tadi, alhamdulillah saya dapat mengawalnya supaya tidak terganggu pertemuan kita.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 8:12 PM 0 lonjakan suara

ada sahabat bertanya kepada saya;
Sahabat: Mengapa Johana?
Saya: (tertunduk senyum)
Sahabat: Mengapa diam? Jawabla....
Saya: (fikiran melayang mengimbau sesuatu)
Sahabat & saya:(memandang ke hadapan, melihat sesuatu yang bergerak melangkah kepada kami)
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 2:42 PM 0 lonjakan suara
Kaalaa sudah sampai ke penghujungnya,
aku tidak pernah menyumpah,
aku rela engkau begitu.
Kaalaa,
walau seribu luka menggaris hatiku,
kau kerana,
kerana kau, aku rela begini.
Kaalaa,
biar hitam debu jasadku,
kerana kau,
aku sisip insaf buatmu.
Kaalaa,
tika aku menjerit duka,
aku sentiasa menanti kasihmu,
berbalas gelap juga aku rela.
kaalaa.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:53 PM 0 lonjakan suara
Bersama Farris, saya sempat merakam putih dan merah jambu bersama. terima kasih saudara Nisah yang sudi memberi dan berkongsi pengalaman di kampus saya, UKM. silalah datang lagi bila lapang bersama anda. Kali itu bawalah sahabat Farris pula, ya...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:49 AM 0 lonjakan suara
Friday, October 10, 2008
sudah kumiliki...
berjaya!
terima kasih ibu dan ayah,
memberiku wang belanja secukupnya,
alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan 3 naskah ini serentak kali.
akan saya garap hasilnya,
menjadi bahagia buat ayah dan ibu jua.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 10:47 PM 4 lonjakan suara
Thursday, October 9, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Muzik kita
hari-hari ini saya ditemani si dia,
si dia itu sangat pengasih,
sering setia menanti saya,
ungkapan sayangnya walau tidak kedengaran,
namun manis senyumnya jelas menyatakan,
bersamamu yang tersayang,
cukup buat hidup ini sempurna.
sala kasih buatmu.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 1:20 PM 3 lonjakan suara
Juadah Kasih.
juadah 4 September,
dinginnya terasa hingga ke hulu hati,
terima kasih seuntai kata,
salam lebaran semanis sayang.
hanya dia yang memahami...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 1:14 PM 1 lonjakan suara
aAg aur kHun

bahaya ia apabila hadir bersama,
entah apa sebab,
kehdirannya,
Masih lagi libang-libu di kotak fikiran dia.
belum lagi bertitik noktah,
kabur di pinggiran sana.
aag (api) aur (dan) khun (darah).
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:49 PM 0 lonjakan suara
Kaalaa

sesungguhnya,
jauhilah kebencian dan dendam...
yang hitam itu, tetap kan hitam,
jernih kan hatimu wahai kekasihku.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 12:33 PM 0 lonjakan suara
Wednesday, September 17, 2008
Parah Yang diCari.

Pagi lagi saya bangkit dari lena, menyelak daun akhbar, menanti khabar gembira dari segenap pelapor.
Ah, setiap hari ada saja laporan tentang darah dan nyawa. Hanya kerana bahaya yang dicari.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 10:20 AM 2 lonjakan suara
Tuesday, September 16, 2008
kak diba...

hari ini hasni menyapa kak diba,
alhamdulillah dia turut membalas,
walaupun kesenangan kini dimiliki dia,
namun setianya masih ada,
baguslah begitu.
terima kasih, kak diba.
sekuntum senyum untukmu.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 10:08 PM 0 lonjakan suara
Wednesday, September 10, 2008

keindahan sesuatu, begitu indah....entah yang ke berapa kali saya menatap dan membelai naskah ini. Remember... detik yang payah untuk dijemu. Falsafah di dalamnya cukup mendalam. Sesekali dibawa layar, saring kisahnya turut jua menyisip cahaya. Terhibur sepanjang lena. Terima kasih, Sang Pujangga: Benjamin.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 8:16 PM 0 lonjakan suara
Tuesday, September 9, 2008
daun rezeki pelbagai warna,
lambangmu cukup berbeza nilai,
hari-hariku selalu memerlukanmu,
kekangan banyak menduga,
engkau hadir jarang sekali,
hanya pergi sentiasa dan berhari,
keluhan dan tangisan,
bagi diri yang lemah ini,
tiada erti bagi dirimu,
kerna yang menanti pasti,
usaha keringat perlu mendapatkanmu,
pelbagai warna,
pelbagai nilai,
engkau si daun rezekiku.
Ptsl, UKM, 9 September 2008
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 2:37 PM 2 lonjakan suara
Monday, September 8, 2008

Kupejam mata, terbayang wajahmu,
Terasa hangat titis air mata mengalir,
Seiring gesekan pilu biola,
Sedetak paluan hiba gendang,
Merobek hati ini,
Peritnya menusuk dada,
Kasih,
Takdirmu ke Sana tidakku duga,
Tidakku mengerti,
lambaianmu semalam memori terakhir buat diriku,
Dalam hujan renyai,
Kuterbayang wajahmu lagi,
Menadah ke langit, senyum dan hilang...
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:36 AM 0 lonjakan suara
7 September 9.38 pagi.
lakaran tinta oleh hasni Jamali detik 11:19 AM 0 lonjakan suara




