BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 30, 2009

Pantun: Di Mana Kasih Harapan

Kekasih sejati sukar dicari,
Sejatinya dia melingkari hati;
Namun apakan daya masih sendiri,
Di manakah dia impian hati.

Bisik hatiku terasa malu,
Menyaksi warkah penuh azimat;
Namun jiwa meronta sayu,
Mengenang kekasih entah di mana.


pernah saya tuliskan pada 14 Mei 2005. Bertemu kembali dengan catatan ini dalam buku nota atau juga nota biru saya dalam buku berkulit biru (juga). :)

Saturday, August 29, 2009

iringan doa buat kanda. :)

salam rindu,
buat kanda, semoga pemergian kanda akan dinda sisipkan selalu dengan doa kepada Ilahi. moga kanda selamat pulang ke kampung, dan selamat kembali ke ukm. moga perjalanan kanda diberkati Allah Taala.

buat kanda, moga kegembiraan kan selalu mekar pabila detik bertemu keluarga, kan terjalin mesra dan penuh kemeriahan. ya. :)

Thursday, August 27, 2009

mimpi oh mimpi!


mimpi, tafsiran yang sukar diramal.
semalam, saya mengalami satu pengalaman mimpi yang amat menarik sekali. entah mengapa saya bermimpikannya. dia, hadir dalam hidup. jelas sekali namanya saya sebutkan. dan jelas sekali saya sering berada di sampingnya. persoalannya mengapa dia yang berada dalam mimpi saya? dan saya seperti suka dan bahagia berada dalam mimpi itu bersamanya.

hmm, seringkali akan dikatakan bahawa mimpi itu mainan tidur. namun saya sudah terdidik dari kecil (didik dengan hati sendiri, tiada pengaruh famili atau guru) untuk percaya akan maksud2 dalam mimpi.

dia hadir dalam mimpi (sekali lagi saya ungkapkan untuk saya berfikir),REALITINYA dia kurang mendapat perhatian daripada saya. sedangkan dia pula sering juga untuk mendekati saya. ah, baru saya teringat, hari yang sama saya pernah memohon sesuatu kepada Tuhan. Mungkin Tuhan memberi alamat itu berdasarkan doa saya. Tapi mengapa ya hati saya sering menafikannya lagi...

hmm, mimpi oh mimpi!

(gambar di atas sekadar hiasan. Adnan Sami Khan, penyanyi kegemaran saya. :) )

suka duka adik sebagai jururawat, (Ramadhan dilalui penuh sabar)

semalam, saya menerima panggilan daripada adik perempuan yang kini bertugas di hospital sebagai jururawat (menjurus ke arah kebidanan). Kami bertukar-tukar kisah sambil dia menanti giliran untuk mandi. Katanya, dia baru pulang bertugas pada jam 10 malam. hmm, pada usia 20 tahun, dia sudah mula bekerja. Jururawat, sangat mulia tugasnya. saya bangga dan bersyukur kerana dia dapat berjasa untuk pesakit-pesakit, dan pada kami sekeluarga juga.

banyak pengalaman yang ditimba sepanjang dia bertugas di hospital. kagum saya mendengarkan kes2 yang berjaya dia selesaikan. tahniah adik, moga adik jadi hamba Allah yang bertakwa dalam menempuh ranjau sebagai seorang jururawat yang mulia. :)

dan takziahnya di sini, apabila adik bercerita tentang seorang ibu yang selamat melahirkan anak keduanya. namun kegembiraan itu terselit rasa duka amat, apabila ibu yang melahirkan itu meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. anak kedua yang dilahirkan menurut adik lagi sangat comel dan cantik. namun dia menjadi yatim pada hari itu juga. takziah pada keluarga itu. ibu itu meninggal dalam keadaan mulia dia bulan ramadhan ini, dan sucinya dia kerana menerima janji Tuhan sama sepertinya mati syahid- meninggal dunia tatkala melahirkan.

bilang adik lagi, sudah 16 kes dia kerjakan. untuk lengkap sebagai bidan profesional, dia perlu menyambut 30 kelahiran bayi, dan dari situ juga saya diperdengarkan pelbagai pengalaman daripada adik.

selamat bertugas untuk adik, dan salam takziah untuk keluarga yang menerima berita sedih ini.

Tuesday, August 25, 2009

tatkala minda diasak keindahan


(hari kedua Ramadhan, memasak dengan kawan2)

Di ruang rindu,
menyemai resipi kasih,
untuk kanda yang jauh di mata,
namun masih dekat di hati.

Di ruang rindu,
Ramadhan disambut penuh redha,
kepergian kanda,
menyemat rasa sayang yang erat.

Di ruang rindu,
Terawih dihadir selalu,
penuh taat mendakap mesra Ilahi,
mendoakan kanda di rantauan,
moga pulangnya dinanti yang pasti.

Di ruang rindu,
dengan senyuman terindah,
menyambut kepulangan kanda,
pada Syawal yang mulia,
pada Syawal terindah.

tinta hJ,
23 Ogos 2009.
K4N ruang makan, Aminuddin Baki, UKM.

Monday, August 24, 2009

hidup.

(segala tersurat dan tersirat hanya kerana Allah Taala)

Ramadhan ke-3 buat semua insan Islam, berpuasa yang pertama untuk diri saya, setelah menjalani ibadah sebagai hawa yang normal. alhamdulillah.

namun hari ini sedikit sedih, emosi bercambur baur. kepala berat, pandangan berpinar memaksa diri terlantar di perbaringan. selimut menutup seluruh tubuh, mata terpejam, namun sempat juga saya menghantar sms kepada syikin (rakan sebelah bilik) bahawa keadaan saya. pabila jadinya situasi begini, hati jadi sayu. rindukan pada isi rumah. :(

sekarang tubuh terasa sejuk. saya bangkit juga. meluah rasa dalam ruang maya ini. moga hati menjadi tenang, dan puasa hari ini menguatkan semangat untuk terus hidup.

syukur Tuhan, memberikan saya peluang untuk terus rasa nikmat-MU. amin.

Sunday, August 23, 2009

Berbahgi pelbagai kisah pagi ini.

(dengan nama Allah, saya bicara kerana-NYA)

sejak Ramadhan muncul, hati saya jadi lebih tenang. Masuk hari kedua, bangkit dari lena juga tenang sekali. namun ada ketika ini, saya sedikit gusar dengan mimpi tentang hanna semalam. pabila membuka mata, terasa tusukan lukanya pada tubuh saya. adakah kerana saya terlalu obses tentang hanna? ah, bukan obses. Segalanya berlandaskan rasa kasih mendalam pada hanna, mungkin.

Pagi ini, saya membuka lembaran bicara di facebook (satu lagi ruang bicara) untuk saya berbahgi kisah dan cerita. saya mulakan dengan kisah mimpi ini. hmm, entah apa pula reaksinya pada teman-teman di sana.

dan pagi mulia ini juga, saya berbahgi cerita di Yahoo Massenger (laman bual maya). rasa seronok menerjah hati, seorang rakan lelaki, membantu ibunya menjemur pakaian. dapat saya imaginasikan saat indah membantu ibu. rindu pula pada ibu di rumah. :)

dan siang ini juga, saya mula membahagi tugas (kerja rumah dan kerja kelas). pasti mahu saya siapkan sebelum menjelma esok (permulaan hari yang ada kalanya indah, namun ada kalanya tidak begitu indah.

moga-moga perjalanan saya menyiapkan tugasan, berlalu dengan aman dan sempurna.amin.

selepas segalanya selesai bolehla saya memulakan episod baru dalam hidup, iaitu -membaca novel. membelah isi karya secara bersungguh-sungguh. :)

gusar hanna-luka yang nampak

kepul-kepul awan berarak sendiri. pawana hilang tiupannya. tiada aliran, sunyi seketika. Jauh hanna membuang pandang. Di jendela hanna merenung detik dia dirempuh bahu kasar petang tadi. terasa lagi nyilu koyakan baju pada sikunya. sedikit tercarik luka dan darah.

"hanna. Asalamualaikum." hanna berpaling laju ke arah suara di sudut pintu kamarnya. Kak Long dan kak Shira datang menjengah kepala. Senyuman manja Kak Shira dan jelingan Kak Long melegakan hatinya yang sedikit gusar.

"Masuklah Kak Long, Kak Shira. Wa'alaikumsalam." ringkas hanna menjawab. Dukanya masih jelas kelihatan. tiada senyum pada wajah hanna, mungkin balutan luka merimaskan pergerakannya.

"hanna, kenapa ni? Masamnya muka dia? hmm? senyum sikit." Kak Long memujuk lembut.

"Sakit ya tangan tu? Mari Kak Shira tengokkan."pantas saja hanna melabuh punggungnya di sisi sudut katil, diapit kak Shira dan Kak Long. lantas kepalanya diletak tepat ke dada kak Shira, sambil turut didakap Kak Long. Manja disayang begitu.

"hanna risau Kak Long, Kak Shira. bagaimana kalau abang Johan dapat tahu. Pasti dia akan marah hanna. luka ni..." sedikit titisan air mata jatuh menitis ke peha kak Shira. hanna mula meluah rasa dalam esakan semakin mendayu. Kak Long dan Kak Shira setia memujuk adik kesayangannya itu. seperti anak kecil, rambut hanna diusap lembut mereka.

"kita tunggu Mak Su datang sekejap lagi, ya. hanna baring, rehat dulu. Dengan izin Tuhan, hanna baik-baik saja, ya." pujukan kak shira lembut sambil kak long menarik selimut untuk hanna diam di dalamnya. hanna mengikut saja arahan yang diberi. sedikit kerut di dahi dan riak wajahnya, bibir digigit tanda pergerakan yang lemah dan menyakitkan. lukanya seakan mencarik rasa dukanya.

"sakit ya? perlahan-lahan dik. mari akak bantu." kak long memapah hanna. lembut caranya. terus membawa hanna berbaring dalam selimut yang dipegang kak shira. air mata masih lagi laju mengalir. sakit dalam dan luar. hanna menangis.

********************************************************************

Mak Su datang membawa alatan doktornya. satu persatu dia memeriksa tubuh hanna. Kak Shira dan kak long berdiri merenung. sekali sekala terdengar suara kak shira seperti menyebut rasa sakit. Tulus hantinya turut berasa sakit yang ditanggung hanna. Kak Long selamba melihat gerak laku Mak Su, hanya seketika dia turut membantu pergerakan hanna yang agak sukar apabila disuruh Mak Su mengiring dan duduk.

usai pemeriksaan. Hanna baring semula berselimut.

"bagaimana Mak Su?"

Mak Su hanya tertunduk, menahan rasa sayunya mungkin. diam Mak Su sangat mendebarkan.
lama Mak Su merenung alatan doktornya.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan al-Mubarak pertama hari ini.


(dengan nama Allah, saya bicara kerana-NYA)

Alhamdulillah, selamat hari pertama Ramadhan untuk umat Islam semuanya. Saya pula begitu rindu untuk berpuasa Ramadhan ini. hmm, mungkin lusa baru boleh mula. Seperti dicipta-NYA untuk hawa, ada ruang-ruang istimewa kami tidak diizinkan berpuasa dan melakukan ibadah lain.

hari ini, saya turun ke dapur, memasak untuk rakan-rakan yang berpuasa. Kami berkongsi seramai 6 orang untuk juadah berbuka selama 1 bulan ini. InsyaAllah. Saya masak telur sambal dan taugeh campur cendawan goreng. Alhamdulillah, hasil masakan sedap (pujian dari rakan-rakan). hmm, moga dapat masak untuk yang tersayang suatu hari nanti (bila sudah ada yang bergelar kekasih ya. :) ) sekarang masih single. jadi masak untuk diri sendiri dahulu. :) berlatih untuk tambahkan perencah supaya lagi sedap. :)

sesungguhnya, Ramadhan ini saya bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk terus merasai keindahan bulan mulia ini. Syukur pada-MU Tuhan.

Moga terasa indah juga ayah, ibu dan adik di rumah. Untuk adik yang berbakti pada pesakit-pesakit, moga bersabar terhadap segala ujian Allah yang getir ini.

dan buat kanda tersayang (masih belum hadir), dinda mendoakan kanda dari jauh. moga pertemuan kita nanti dihiasi segala keindahan ILahi. AMin.

langkah pertama yang panjang

(saya mulakan dan akhirkan segalanya kerana Allah Taala)

Semalam (21 ogos 2009) saya menghadiri BENGKEL PENULISAN KREATIF II, anjuran pusat PBKKM, UKM. Panel pencerita diundang khas oleh dr.Mawar Shafei ialah Shamsiah Mohd.Nor (penulis novel TANGISAN BULAN MADU yang kini telah diadaptasi menjadi drama di RTM, antara wataknya ialah BOGAT dan AMIRA).

Saya begitu terjentik dengan pengalaman-pengalaman yang diceritakan. sangat indah, pahit dan begitu manis untuk dicipta sebagai suatu kepuasan. Sangat-sangat membuatkan saya rasa indah dalam lamunan. kagum.

semasa sesi bengkel diadakan saya kira, hanya saya dan aisyah saja pelajar (setahun jagung) di kalangan itu. mana tidaknya duduknya saya diapit DR.Mawar Shafei (yang sudah terbilang karyanya), dan Damya Hanna (novelis terhebat) disusuli Nisah Haron (pengkarya terbilang) dan pensyarah-pensyarah lain. Di hadapan saya pula duduknya betul-betul SHamsiah Mohd. Nor. Sangat puas mendengar dan bergelak tawa merasa sentuhan kisahnya.

habis bicara, kami makan beramai-ramai dalam jamuan kecil namun cukup mesra.

hmm, dalam suasana riuh melontar kalam, saya sempat berkhayal dan mengelamun akan suasana yang seakan indah (dalam khayalan saja). bila pula saya mahu jadi penulis berjaya seperti mereka?

langkah pertama yang panjang akan saya mulakan saat semalam berlalu dengan indah dan pantas sekali. dengan curahan idea, ilham dan pengalaman yang banyak daripada cikgu Shamsiah sangat menyuntik hati saya bersemangat untuk menulis semula. Karya-karya saya yang telah lahir di majalah dan yang masih terperam akan saya keluarkan untuk dibawa bersama langkahan yang panjang ini. dengan izin Allah, segalanya akan terjalin rapat untuk saya dedahkan pada pembaca. moga mendapat restu yang kuat dari Ilahi. amin.

Friday, August 21, 2009

ringkas tentang hujan dan bulan. :)


hmmm, hujan di luar membangkit rasa romantis. saat diri dilamun bulan yang masih segar bersatu. hati mula tertawan dengan bunyi rintik-rintiknya. indahnya hujan.

Thursday, August 20, 2009

bukan hanna. hasni meluahkan.


sejak bulan bertandang penuh, hati saya jadi sering gelisah. adakalanya resah merusuh. adakalanya jiwa dibuai-buai rasa duka. air mata sukar sekali mahu mengalir. tak mudah mahu menjenguk hati lara ini.

sejak datang bulan penuh, diri adakalanya bermenung sendiri. melihat keping-keping angin, berserakan meniup daun-daun kering. jelas kelihatan dari luar jendela. hati mengikut pandangan mata ke sana daun berterbangan.

sejak bulan penuh awal tikanya, hati dan diri sentiasa berlagu sepi. merayu-rayu kembali. kemenangan semalam (Akademi Sastera Akhir) sedikit mengubat rasa pilu. tersenyum walaupun ada rasa pahit menanti di hujung hari.

Ah, sudah lumrah perasaan bila datangnya bulan penuh begini. adakala rasa suka, adakala rasa resah. segalanya membawa hati yang rela. setia menemani perasaan ria dan duka. moga, pertemuan baris kata di sini, dapat menyejuk rasa gundah. ya.

Wednesday, August 19, 2009

Tiba Saat yang dinantikan.

(PETIKAN DARIPADA AKHBAR BERITA HARIAN ONLINE)

15 peserta Akademi Sastera berentap


Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my

AKADEMI Sastera Peringkat Saringan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada 19 Ogos ini, akan menyaksikan persaingan 15 peserta daripada lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk merebut lima tempat ke peringkat akhir pertandingan berkenaan.

Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), masing-masing menghantar tiga wakil untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah RM1,000.

Tempat kedua pertandingan yang membincangkan karya terbitan DBP dengan menggunakan sebarang teori dan pendekatan sastera itu, pula bakal memperoleh RM700 dan tempat ketiga (RM500), manakala sagu hati masing-masing menerima RM300.

Pada peringkat saringan pertandingan, 15 peserta itu akan dinilai oleh panel hakim yang diketuai Dr Talib Samat dan dianggotai oleh Shamsudin Othman dan A Rahim Abdullah.

Pada 17 hingga 19 Julai lalu, peserta mengikuti bengkel bimbingan yang dikendalikan Dr Tengku Intan Marlina Tengku Ali sebagai mentor UM; Che Abdullah Che Ya (mentor UKM); Naffi Mat (mentor UPM); A Halim Ali (mentor UPSI) dan Azman Ismail (mentor Aswara).

Akademi Sastera Peringkat Akhir yang akan diadakan di DBP pada 8 Oktober ini, bertujuan menanamkan semangat mencintai dan menghargai khazanah bangsa ini, sekali gus memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai penyediaan kertas kritikan dan pembentangan dalam seminar seperti yang dilakukan sarjana.

Penilaian dibuat berdasarkan 60 peratus semasa pembentangan dan 40 peratus untuk penyediaan bahan dengan menggunakan teori dan pendekatan sastera seperti feminisme, takmilah, persuratan baru, hegemoni, kata kunci, pengkaedahan Melayu dan kajian kebudayaan.

Tuesday, August 18, 2009

maaf ya, hasni.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI,

Sesungguhnya, mohon maaf kepada hasni. kerana kisah hanna bertemu keluarga bonda tidak dapat dihabiskan. sebab mata sudah mengantuk sangat sangat saat kisah itu dilakarkan. Maaf, ya hasni. DENGAN IZIN ALLAH, kisah hanna akan disambung semula setelah masa ilham bersama kembali.

ya, ceria selalu/...amin

hasni, nira n syikin



aktiviti hujung minggu lalu.

hadirnya keluarga bonda -hanna

sekitar melangkah laju, tanpa menoleh. Gerakan terus berdegup kencang. Hanna berlari semahunya. Berlari mengejar arus dingin. Tanpa menghiraukan sekeliling. Sibuk dengan ragam tersendiri. Lari dan lari dan terus berlari. seketika matanya dipejam-pejam tatkala peluh melalui paras alis. Bunyi muzik instrumental koleksi lagu-lagu hindi ligat menutup ruang dengarnya. Langkahan semakin laju mengikut rentak lagu.

"Auch. Aduh, sakitnya!" jeritan kecil di hadapan Hanna benar-benar mengejutkan lariannya. Dia terjelepuk jatuh apabila bahunya tanpa sengaja digesel kuat oleh insan yang turut jatuh melutut.

"Emm, maaf cik. err..maaf. Saya tak sengaja." Entah salah siapa, tidak diketahui. Hanna keliru kerana terlalu asyik berlari dan mendengar lagu lalu terjatuh begitu rupa. Sedikit luka pada sikunya. Koyakan baju pada ruang siku jelas kelihatan kemerahan dan darah sedikit menitis.

"Tak...tidak mengapa. Saya yang salah. Berlari bertentang arah tanpa lihat kiri dan kanan. Saya mengejar bola itu. Terlalu seronok bermain hingga saya lupa tapak jogging ini penuh manusia berlari-lari." Dia merendah diri. Menyatakan salahnya dan cuba membantu Hanna bangun. Huluran tangannya lambat-lambat disambut Hanna. Matanya terus menangkap laju pada luka di siku Hanna.

"Awak luka ni. Mari saya papah awak ke sana." Dia menghulur tangan sekali lagi. Hanna mengerut dahi menggigit bibir menahan sakit. Sambut tangan Hanna digenggam erat sekali oleh dia.

"Kita mahu ke mana?" Hanna mula bicara setelah lama senyap memerhati tindak tanduk dia. Dengan senyuman dia terus memapah Hanna ke suatu kawasan yang penuh dengan insan-insan yang tidak pernah dilihat Hanna sebelum ini.

"Hmm, sampai pun. Hati-hati. Tunggu, saya bawakan ubat." Hanna mengikut segala arahan dia. Namun, hatinya dirusuh rasa seribu gusar. Ramai yang sibuk bertanya itu dan ini kepada dia tentang Hanna. Dia masih tekun mencari ubat yang sesuai untuk luka Hanna. Tiba-tiba datang seorang tua, mungkin bergelar nenek kepada Hanna.

"Asalamualaikum nak. Kenapa ni? Mengapa baju kamu koyak? Ada luka di siku. Kamu jatuh ya? Seorang tua yang dilihat Hanna penuh tanda tanya disambut baik dengan keramahan Hanna.

"Wa'alaikummusalam. Err..." Terhenti bicara Hanna kerana dicelah kemudian oleh dia.

"Hmm, ini ubatnya. Mari saya sapukan pada luka kamu. Oh, ya. Ini nenek saya. Kami baru saja berpindah di Villa Qaseh ini sebulan dahulu. Mahu berkelah di hujung minggu. Tidak sangka terlanggar awak hingga luka begini. Hmm, maafkan saya ya?" Dia mula bercerita tentang kisah kedatangan keluarganya di kediaman Villa Qaseh. Menurut dia, neneknya digelar Bonda oleh orang sekeliling. Di perkelahan tepi tasik buatan ini, dalam Taman Villa Qaseh, Hanna mengenali rakan dan keluarga baru. Sebuah keluarga besar. Tersenyum Hanna melihat gelagat mereka, ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil.

"Okey, dah siap. Hmm, yang sedang masak bbq itu, ibu saya. Yang sedang kipaskan makanans itu ayah saya. hmm, anak-anak kecil 3 orang itu, anak saudara saya.....(bersambung)

Wednesday, August 12, 2009

Nur Ilahi

"sekarang, saya mahu yang itu. pilihan hati yang paling tepat. boleh kan?"

"yang itu? awak serius? mahu yang itu?"

"ya, walaupun lambat, namun pilihan saya ini pasti akan menuju kebahagiaan. pasti juga akan bersatu dengan Ilahi sebaiknya, InsyaAllah."

"baiklah, ambillah yang itu. saya berdoa agar awak kan selalu di landasan-NYA. Ingat, kesungguhan dan taQwa akan jadi panduan untuk awak terus ke jalan bahagia. ya!"

"terima kasih sentiasa menjadi penyokong saya. terima kasih juga berdoa untuk saya. terima kasih, ya!"

"tak usahla awak menangis. sudah tanggungjawab saya. Memberi rangsangan kepada yang memerlukan. pastikan awak terus bahagia pada jalan kebenaran. saya bersama awak selalu. memberi yang terbaik dan memberi awak yang terbaik dan terbaik."

----hilang, namun masih ada. hilang namun masih terasa. ada bersama senyuman. ada bersama sokongan. takkan sirna lagi. akan terus bersinar. Nur Ilahi untuk saya. amin.----



di malam kelam,
aku masih berjaga,
mahu berirama senandung,
dan jari memetik laju tali-temalimu.

di siang riang,
aku lena sendiri,
mimpi asmara bersama lagu-lagumu,
dan jari memetik laju tali-temalimu.

irama asmara,
terus mendesak,
mengasak-asak,
jari menari,
terus berlari,
mendakap bahagia,
bersama riang bunyian tali-talimu.

terima kasih penghibur hati,
terima kasih segala ajaran diri.

Tuesday, August 11, 2009

takkan sirna.


kalau begini rupanya,
akan tersemat terus dalam hatinya,
akan rapat terus bersama nadinya.

kalau begini ukirnya,
akan terisi terus dalam mindanya,
akan terselam terus bersama degupnya.

kalau begini sungguhnya,
akan kekal terus dalam ingatannya,
akan abadi terus bersama hayatnya.

takkan sirna selamanya.


(bunga-bunga matahari...lalala...eh bukan bunga matahari la!)



(lamunan terindah dari dalam kereta lembu 2 roda. hihi, berkhayal jap)



(tumpang duduk je, kesian pula pak cik beca kalau aku suruh dia bawa g jalan2...hehe...tak larat ye pakcik.!)


(tut...jangan meletup ya!- Meriam yang ada di sekeliling Kota A' Famosa)


(tersergam indah masih- Kota A' Famosa. baju pink tu saje meraikan keindahan yang ada. hehehe)


(di dalam Menara- peace! tak gayat pun...hehe)


(Menara Taming Sari- gambaran dari luar! tinggi!)


hujung minggu,
tiada bicara terungkap.

berjalan,
senyuman dan teruja.

di sini memori,
takkan sirna.

hJ di hatimu,
Puisi kasih buat Kanda.